Salam. Ni nak sambung cerita pasal KTT ni. Liyana cakap, i'm a good senior to be. Ecece. InsyaAllah.
------------------
Etika pemakaian.
Macam biasa. Kalau lelaki kena pakai kemeja, seluar slack & kasut. Kalau untuk perempuan, pakai yang formal, tak semestinya baju kurung, kasut. Certain lecturers kadang-kadang tak kisah pun budak perempuan pakai t-shirt lengan panjang, seluar and sandal bila pergi kelas waktu petang.
Duration A-Level.
Depend pada sponsor. Kalau under JPA, biasanya 1 tahun dan 1 tahun setengah. Kalau MARA pulak, 2 tahun. Combination subjects bergantung kepada negara mana yang korang akan fly sebab berbeza subjects requirement antara satu negara dengan negara yang lain.
1) Poland and Rep.Czech: Tak sure, better ask KTT
2) Indonesia: Math, Chemistry, Biology
3) India: Physics, Chemistry, Biology
Untuk fly, rasanya at least korang kena tengok 3 perkara ni:-
1) Cut off point universiti di negara yang bakal korang fly
2) Cut off point penaja (MARA & JPA)
3) Entrance exam dari university yang korang akan masuk (India takde entrance exam. YYEAY!)
Cut off point.
Ni pula merangkumi:-
1) Result A-Level untuk 3 subjek terbaik. Kalau untuk JPA (12/15) means korang kena dapat at least BBB untuk 3 subjek. Kalau MARA pulak (13/15) means korang kena dapat at least ABB untuk 3 subjek.
2) Result IELTS (kalau kat Malaysia, macam MUET). At least kena dapat band 6.5 out of 9.
Laptop & internet.
Untuk A-Level, tak penting sangat Asalkan ada buku rujukan, past years questions & lecturers’ notes kira insya-Allah dah okay dahhhh. Tapi kalau nak bawak laptop, broadband, PSP, ke apa2 je, silakan. It’s a bonus. Untuk mengisi masa lapang yang selalunya memang bosan. Dan siapa-siapa yang bloggers, exchange links eaaa. Jangan lalai sudahhh. HAHA.
Buku rujukan & past years questions A-Level.
Kat sini kebanyakannya kitorang fotostat je. Kat library pun ada, boleh pinjam kat situ. Kalau nak beli yang original, cuba cari kat kedai buku, tapi tak semua kedai buku ada jual. Boleh try tengok kat University Bookstore PJ SS14. kedai buku kat area Taylor's and Sunway College, Subang Jaya pun ada jual jugak rasanya, sebab kat sana ada student ambil A-Level. Disarankan beli je yang fotostat takpun secondhand takpun beli dari seniors sebab lagi murah. :)
Elaun!
HEHE. Saya memang suka part2 duit ni. JPA & MARA bagi RM 430 per month taw. Masa saya first sem dulu, terus dapat cek untuk satu semester (RM 2580) rasanya. Kalau dapat duit sekali harung macam ni, serius rasa kaya gila. Tapi kena pandai-pandai bahagi untuk 6 bulan la ye. Kalau sebulan2, memang selalu rasa tak cukup duit. Hahaha. Tapi kalau kat KTT ni, insya-Allah la korang boleh menabung dengan jayanya kalau korang bukan jenis keluar hang out tiap-tiap minggu. :D
Kaya seketika bersama MARA
Ni senior MARA korang nanti. :D
Edited,160810
SS, Perak, Malaysia