Cara Nak Isi Minyak Yang Baik (Part 1)

August 16, 2011


Pengalaman 2 bulan bekerja sebagai cashier stesen minyak banyak mengajar. Mana yang patut buat, mana yang tak patut buat. Biasanya lihat dari sudut customers je kan, sekarang jom ambik perspektif cashier pulak. (Petronas la eh, stesen minyak lain saya tak sure sama ke tak). Haha


1. Masa korang nak bayar kat cashier, bagitahu berapa ringgit nak isi > pam mana > minyak kuning ke hijau or nak lagi sedap RON 95 ke RON97, diesel pun sekali la > bagi kad Mesra.

Memang kita rasa benda ni simple je kan. Kalau rasa orang ramai sangat, please la beratur. Seorang-seorang. Jangan la fikir kau sorang je nak rushing kannn. Nak cepat sangat, guna kad kredit. Sumbat je dalam mesin kad kredit kat pam tu :p 

Make sure korang tengok betul-betul korang pam mana. Serius, dah banyak kali kena. Letak kereta pam lain, cakap kat cashier pam lain. Cashier pulak la nak kena usha korang pergi ke pam mana. :p Dah jadi mata eagle dah saya ni. 

Pastu, masa korang angkat nozzle tu, tengok kat skrin pam. Kalau tak appear no 00.00, silalah letak balik nozzle tu kejap. Jangan risau, cashier akan alert dengan pam korang sebab kat skrin cashier akan berbunyi-bunyi. Kadang-kadang Kad Mesra yang buat pam korang jem. :p

Yang penting, senyummmm. Ada kerja ada yang shif pagi dari pukul 6.30 am taw, larat je nak senyum walaupun dah jumpa ramai manusia dengan lain-lain perangai.


Cara Nak Isi Minyak Yang Baik
Skrin cashier


2. Kalau minyak kuning dah habis, jangan la marah cashier :(

"Ni mesti sorok/seludup minyak ke mana-mana ni"
"Banyak betul masalah korang ni"
"Asyik-asyik habisss!"

Dah biasa dah dengar. :p

Setakat ni kat tempat saya takde la sorok-sorok minyak ni. Biasanya kalau minyak kuning habis, bermakna dalam tangki bawah tu at least ada 1000liter kot, dia takde la habis sekering-keringnya. Cuma pam tu tak mampu nak sedut minyak yang dalam kuantiti sikit macam tu. Pressure punya hal rasanya.


Cara Nak Isi Minyak Yang Baik
Ni namanya tengah DIPPING. Untuk tahu kuantiti minyak yang tinggal dalam tangki.


Actually, lori tangki tu akan datang setiap hari, cuma berselang seli antara petrol dengan diesel. Biasanya stesen minyak dah ada weekly/monthly planning untuk volume penurunan minyak. Macam tempat saya, sekali turun minyak dalam 4 lubang petrol (Primax95), total volume lebih kurang 5460 L X 4 = 21 840 L. Ini untuk sehari setengah punya stok. So, katakan tak sampai satu setengah hari, minyak habis, kena la tunggu trip lori tangki minyak seterusnya. Huhu. Cuma sekarang dah naikkan volume jadi 32 760 L untuk musim raya ni.


Cara Nak Isi Minyak Yang Baik
 Lepas dipping, rujuk buku ni untuk tahu volume minyak. 


Dipping ni sangat penting. Lagi-lagi nak bajet berapa lagi minyak yang mampu bertahan sampai lori tangki sampai. 



p/s - Heee, rasa panjang pulak entry ni. Saya buat part 2 ye. Harap memberi input :)
p/s/s - Entry ni lebih kepada adab mengisi minyak sebenarnya :)


K, bye.
Assalamualaikum.


110816

Edited, 160810
SS, Perak, Malaysia

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.