How To Make A Snow Girl?

February 21, 2012

To je naše snowgirl verze z Hradce Králové, Česká republika. Credit to my beloved Maryam Nabihah :) Hihihi



Actually we made another snowman the next 2/3days. Eerrr or should I say snowbear?


Love <3
Assalamualaikum

Budapest, Hungary - Part 3 (Last)

February 18, 2012

Kak Fara dah nak balik Hradec Kralove sbb ada hal and kena prepare jugak untuk exam dia. Tak dapat nak ikut kitorang continue jelajah Budapest :(  Pagi tu, hantar Kak Fara kat metro dekat stesen bas, then saya pun patah balik ke hostel, sambung berehat heee.

Makanan kat sini kitorang okay aja, syukur Allah ingatkan kitorang bawak roti, mentega, chocolate spread, macam-macam lagi. At least, makan jugak laaa :) Mini market pun ada, boleh nak beli sandwich tuna/telur. 

Dalam pukul 10, kitorang check out hostel then terus naik metro M1 ke Hősök tere (Heroes' Square).

Budapest, Hungary


Heroes' Square ni meliputi Millennium Memorial (statues ketua-ketua yang asaskan Hungary masa abad ke 9) kat tengah-tengah dan diapit dengan 2 museums - Museum of Fine Arts kat belah kiri & Art Gallery kat belah kanan .

Budapest, Hungary

Art Gallery. Dari nama bangunan pun dah boleh tahu apa yg ada kat dalam kan? Pameran modern art oleh orang-orang Hungary & international artists. :)


Budapest, Hungary

Yang ni pulak Museum of Fine Arts. Tak sure ada apa kat dalam dia, tapi rasa macam lebih kurang Kunsthistorisches Museum yg kat Vienna tu.

Jalan lagi then boleh jumpa Circus, Zoopark & Botanical Park, depan lagi ada Amusement Park (ala-ala funfair)

Budapest, Hungary

Budapest, Hungary


Masa on the way tu, kitorang lalu satu bangunan ni. Looks like a masjid kan? Not sure betul ke tak. Teringin nak masuk tapi tak jumpa langsung pintu nak masuk tu. :(

Budapest, Hungary
Budapest, Hungary



Szechenyi Medicinal Bath.


Budapest, Hungary

Museum lagi. T___T Museum of Hungarian Agriculture

Open air ice rink. Open masa winter je. Menarik jugak la tengok-tengok orang dari semua lingkungan umur skate sama-sama. Yang budak2 kecik ada kawasan diorang, siap ada jurulatih. Yang dah hebat tu, memang macam-macam gaya dah kitorang tengok. Kitorang ni takde rezeki lagi nak main. Insya-Allah satu hari nanti. 


Budapest, Hungary


Habis travel area City Park ni, kitorang ke Vorosmarty balik. Kat sini yang paling banyak kedai souvenirs yang kitorang jumpa. Harganya emm snowglobe Euro 12, kiralahhh :p Beli la satu, asal adaaa. Gambar-gambar pun dah banyak. Okay la tu kan :)

Then terus ke Nepliget, rehat kat waiting room bas OrangeWays untuk ke Bratislava, Slovakia pulak. Sambung nanti okayyyyy!

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain? -Al-'An`ām:6

Assalamualaikum.

Edited, 160810
SS, Perak, Malaysia

Budapest, Hungary - Part 2

February 17, 2012

Alhamdulillah, masuk Part 2 jugak :) Ingatkan tak berkesempatan nak sambung travelog.

Okayy, dari Fisherman's Bastion tu, boleh jalan ke Buda Castle. (rasanya tak naik bas masa tu hehe). Masa dalam perjalanan tu korang boleh lalu depan pejabat Presiden Hungary. Simple aja pejabat dia, guard yang kitorang nampak ada la dalam 4 orang aje. :) 

Budapest, Hungary

Best jugak masa nak mengacau pakcik-pakcik ni. Nampak anak mata je bergerak tengok gelagat kitorang. Pegang senapang memang straight habis la :P Hebat!

Budapest, Hungary

So, ini lah dia Buda Castle. Boleh masuk free rasanya kalau nak jalan-jalan sekitar luar castle tu. Tapi masa ni salji tgh mencair then tangga-tangga sangat licin, tak berani nak ambik risiko. T__T

Sekeliling castle ni pulak ada macam-macam bangunan lain - Hungarian National Gallery, History Museum,  National Széchényi Library  & Matthias Fountain.

Budapest, Hungary
Matthias fountain tu macam tugu negara kita plus air pancut. Heee.

Pelancong memang ramai yang akan datang melawat castle, so, diorang ada sediakan siklo untuk turun dari sini. Emmm lupa nak cakap, most of sites kat area Buda ni on top of hills. Kalau datang masa winter, boleh aje nak mendaki. Just be careful sambil menikmati keindahan ciptaan Allah. Langit yg biru, sungai yg mengalir. Indahnyaaa :)

Budapest, Hungary


Budavari Siklo. Siklo ni maksudnya funicular. Em, dia macam kereta api yang kat Bukit Bendera, Penang tu.

Ni dia :)

Budapest, Hungary

Tapi, tiket dia agak mahal la one way - 900HUF then tak berbaloi sebab tak lama sangat pun. Heee. tapi bila lagi nak naik funicular kat Hungary kan? Alang-alang boleh juga tengok cantiknya pemandangan menuruni bukit. 

Budapest, Hungary
 Buda Castle dari bawah.

Then, kitorang pun berjalan ke bahagian Pest pulak. Insya-Allah dah habis cover bahagian Buda ni. Kali ni kitorang seberang guna Chain Bridge. Masa ni saya terkesima tgk ais-ais yang tengah retak-retak kat atas sungai tu, so takde gambar penuh Chain Bridge. Hehe. Saya ngan Kak Fara pergi tenung ais tu lama-lama, dah rasa macam kitorang pulak atas kapal yang bergerak menentang arus sungai. :p

Satu ibrah yang saya dapat masa ni. Kita kena jadikan diri kita tiang asas jambatan tu. Sambil menanggung tanggungjawab yang berat (jambatan orang lalu lalang), sambil mengharungi cabaran-cabaran yang datang (air sungai yg deras). But it still stand teguh je kan. :) I hope we can be like that. 


Pest.
Budapest, Hungary

St. Stephen's Basilica. 

Nak tahu pasal perbezaan basilica, cathedral, church gi google la eh.

Budapest, Hungary

Tadaaa, Chain Bridge waktu malam. Cantikkk :) Saya macam wonder jugak kenapa Chain Bridge ni famous padahal banyak lagi bridge lain yang boleh lalu untuk seberang Danube River. Chain Bridge ni jambatan yg first kekal kat sini dan dikira paling moden masa zaman dia.


Budapest, Hungary


House of Parliament dari bahagian belakang.

Budapest, Hungary


Ethnographic Museum. aka National Museum. Haih banyak jugak museum kat Budapest ni :p

Jangan malu bertanya nanti sesat jalan bazir masa :P

Konklusi yang saya dapat buat. Serius, kalau nak berjalan tapi tak tahu jalan, sila tanya orang tempatan. :) Siap dapat suggestion lagi tempat makan kat mana, nak beli souvenirs kat mana. Don't worry, setakat ni kat Vienna & Budapest, diorang sangat lahhhh friendly and English-spoken, siap diorang offer nak tolong n tunjuk arah bila nampak kita blur tengok maps. HEEE.

Kasut dah lembap sangat . Perut pun dah berkeroncong lapar. Misi mencari makanan yang boleh dimakan di Vörösmarty Square bermula!

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul). -Ali-'Imran : 137

K bye
Assalamualaikum

Edited, 160810
SS, Perak, Malaysia

Budapest, Hungary - Part 1

February 15, 2012

Kata sepakat yang kitorang buat at that time ......

Budapest lagi cantik dari Vienna. 

Hihi
Budapest, Hungary
Pemandangan dari hostel.
120208
Budapest, Hungary.
1015


Alhamdulillah, bas Euroliners yang kitorang naik selamat sampai Nepliget Bus Station. Hungary is still a European country walaupun dia ada currency sendiri, Forint (HUF). Euro hanya digunakan kat some places kat sini. 

Syukur sangat kat stesen bas tu ada money changer. Survey dulu harga tiket metro berapa, then baru tukar duit yang cukup-cukup untuk bayar tu je dulu. Stesen bas punya currency masa tu rendah sangat 1€ = 250 HUF. Biasanya around 280-290 HUF.

Aha, tiket metro tu better beli by group 2-5 orang, 24hours = 3100 HUF. Then, naiklah apa-apa pun. Dari Nepliget, kitorang naik Metro 3 ke Ferenciek Tere, hostel kitorang kat sini :)

Budapest, Hungary

Alhamdulillah, hostel kali ni pun okay and recommended untuk korang. :) 

Lepas settle check in, google apa-apa yang patut, then kitorang keluar terus. Destinasi - Buda. Oh ye, Budapest ni terbahagi pada 2, Buda & Pest dan one of the famous bridge yang hubungkan dua-dua ni ialah Chain Bridge. Nanti kita tengok gambar ea.

Budapest, Hungary


Ni kat Citadella & Gellert Hill. Kat atas ni ada church. Kalau ikut kisah yang aku baca, dulu-dulu ada seorang ni nama St. Gellert datang kat Hungary untuk kristiankan orang-orang situ. Tapi, orang pagan yang taknak terima, gulingkan St. Gellert tu down the hill. Jadi, hill tu dinamakan camtu. Err.

Citadella ni pulak macam fortress built by orang-orang Habsburgs. Dari atas, memang boleh nampak both Buda & Pest. So, I guess memang sangat strategik untuk diorang show control over Budapest. 

Budapest, Hungary


Liberation Monument - Symbol of peace katanya.

Budapest, Hungary
Rudas Medicinal Bath

Yang ni kitorang lalu je. Hehe. 

Kitorang sebenarnya nak ke Szell Kalman ter (bas & metro station?), as kat situ ada bas untuk ke next destination. Tapi tak jumpa tram stop heee. Ambikk, terpaksa jalan kaki dari satu bridge ke satu bridge lain. Jauh. 

Budapest, Hungary
Fisherman's Bastion. Emm, kat situ jugak ada Matthias Church. Penat dah asyik jumpa church. :(


Budapest, Hungary

Budapest, Hungary



Parliament dari atas :) Masa malam lagi cantikkkkk.

"Maka Kami jadikan (yang demikian) itu peringatan bagi orang-orang pada masa itu dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa." Al-Baqarah:66

Okayy, nanti sambung lagi.
Byeee, anyeonggg
Assalamualaikum.

Edited, 160810
SS, Perak, Malaysia

Vienna, Austria - Part 3 (Last)

February 14, 2012

Dari Rathaus, kitorang terus berjalan dengan kaki yang terasa lembap dalam kasut, dengan wayar headphone saya dah macam nak beku, jari jemari kurang deria rasa.


Just opposite Rathaus is Hofburg Theater.

Rasa lega bila nampak building yang ada nama Hofburg ni. Sebab nampak macam dah dekat dengan banyak building lain kat area2 ni.




Bangunan ni kat sebelah kiri Neue Hofburg (nampak macam tengah renovate). And meliputi Spanish Riding School, Sisi Museum, Silver Collection. Kitorang tak masuk pun. Heee. Oh ye, kereta kuda merata-rata. Kalau ada duit and malas nak jalan, naik je kereta kuda tu. 

Then, kitorang pergi balik area Stephansplatz. Target - rumah Mozart! One of the famous musician. Kalau nak singgah sini, better beli terus combined ticket Mozarthaus Vienna + Haus de Musik = € 12 (student price)



Nama penuh Mozart ni Wolfgang Amadeus Mozart. Mozart ni lahir kat Salzburg, pernah tinggal kat Vienna. Apartment yang dah jadi museum ni ialah satu-satunya apartment yang survived. Dia duduk sini dengan isteri dia Constanze & anak lelaki Carl Thomas. 

Dalam rumah ni tunjuk items dari masa Mozart dulu-dulu, kedudukan rumah ni untuk dapur ke ruang tamu ke ruang study dia ke. Gitu laa. Interesting part is, Mozart ni suka berhubung dengan ayah dia melalui surat, most of stories of his life dia share dengan ayah dia. 

But... yes, he was a Freemason and loved gambling so much T___T 


Then, kitorang cadang nak singgah masjid untuk solat jamak takhir asar & zohor. Syukur pagi tu sempat cari alamat, direction semua, siap ambik nombor telefon lagi.

Sampai-sampai je kat Masjid-E-Ibrahim, kat pintu ada note. It is closed sebab air takde. Takde rezeki. Solat kat hostel la nampaknya :)


Since malam tu the last night kat Vienna, kitorang makan kat restaurant. :) Check halal restaurant kat zabihah.com and found some lists. Kitorang pilih Osteria da Antonio sebab satu jalan nak ke Haus de Musik, the last place to visit masa tu. Restaurant ni dekat area U-Bahn Karlsplatz dan on the way tu kitorang jumpa Siam Restaurant :) Teringat terus kat tomyam. Uhuuu.



Vienna State Opera Museum - betul-betul depan U-Bahn Karlsplatz

Sebelum pergi Haus de Musik, singgah kejap kedai souvenirs nak beli something untuk diri sendiri.

Haus der Musik. Dalam banyak-banyak tempat kitorang melawat, Haus der Musik ni paling best. Unfortunately kitorang datang dalam pukul 8 malam, tempat tu pulak dalam 9.40 dia dah start clearkan orang yang masuk. So, tak banyak yg dapat explore. Tapi serius menarik maybe sebab it's more interactive dan tak kemuziuman sangat. Heee.




Dulu masa belajar Physics dengan Sir Zaini time A-Level dulu, sir ada cerita pasal video kat atas ni. Finally saya dah dapat gambaran kisah pasir dengan node antinode sound waves. Haha. Dah tengok video tu banyak kali pun saya still kagum. Cantik je ciptaan Allah kannnn :)


Unik?

Masa masuk memang rasa pelik apsal la tetiba ada shower n lubang-lubang kat dinding ni. Nak taw tak apa?

Letak je telinga kat each of them, semua ada bunyi yang berbeza. Kalau lubang-lubang dalam dinding tu, kita boleh dengar how other cities sound like. Haha. Saya sempat dengar Tokyo, Japan je. Yang shower tu pulak bunyi-bunyi harian macam orang berdengkur, flash toilet, alarm clock, orang masak etc.

Oh ye, kat sini jugak la saya jatuh for the first time dalam musim winter ni. :( Mind you, semua jalan sangattlahhh licin! Be careful when walking. 

Jalan-jalan Vienna sampai kat sini. Esoknya pagi-pagi kitorang ke Erdberg untuk naik bas ke Budapest, Hungary.

Budapest is more classic than Vienna. :)

:D Big smile to you
Assalamualaikum

Edited, 160810
SS, Perak, Malaysia

Vienna, Austria - Part 2

February 12, 2012

Yeah, within a night. Everything was white. So pure. Except jalan raya yang snow nya dah macam warna pasir. Err pasir yang kotor?

Vienna, Austria


Alhamdulillah, another day to explore Vienna. 

Bangun Subuh macam biasa dan dah terbiasa tak tidur balik. Google around of what can we do in Vienna this early. Kan dah kata, plan last minute. Heee haruslah survey apa yang ada pun time kritikal camni. :D

Cadang nak melawat museums. Tapi mostly semua tempat bukak pukul 10. Lama lagi tu. 

Lepak kejap sambil beli air mineral, then naik metro U6 dari Gumpendorfer Strasse (hostel kat depan stesen ni je) ke Westbahnhof, tukar U3 ke Volkstheater. Boleh je turun kat sini untuk ke museum, tapi kitorang malas nak jalan, tukar metro U2 ke Museumsquartier (MQ). Haa, senang, betul-betul turun depan museum. :)

Vienna, Austria



Kat kawasan ni memang kelilingnya museums. Kat MQ sendiri ada Museum Moderner Kunst Stiftung Ludwig (MUMOK), Kunsthalle, Kindermuseum, Leopold Museum. Bangunan depan MQ pulak ada Kunsthistorisches Museum (bawah kanan) dan Naturhistorisches Museum (bawah kiri)


Vienna, Austria

Entah kenapa kaki kitorang melangkah ke Kunsthistorisches Museum. Haha. Masuk je la. Museum ni sangat besar memang sampai tahap saya dah nak terlelap masa tengok pameran dia. Kunsthistorisches Museum ni ada banyak part. Khazanah Egyptian (?), Middle East (?), Roman, Greek etc. Masa kat tingkat bawah, banyak jugak barang2 macam slices piramid, mumia. Sejarah2 mumia ni ada yang kelakar. Heee, siap ada satu pintu dikatakan pemisah antara life & afterlife. Kat keranda siap dilukis mata, so that katanya mayat tu still boleh tengok apa yg ada kat luar. ERR?

Vienna, Austria




Kat tingkat atas mostly lukisan. Sebagai orang yang tak reti mentafsir lukisan2 tu, terpaksa la saya tengokkkk aja. Kalau ada yang macam faham, saya try relatekan. Banyak jugak pasal Jesus Christ masa tengah salib. Ada jugak lukisan pasal how Adam is created, Eve is created from Adam, Satan tengah hasut, Adam & Eve keluar dari Paradise. 

Most of the drawings are naked. Tak sanggup nak tengok lama-lama.

Vienna, Austria



Keluar je dari museum tu, terus tak sanggup nak pergi museum lain. Haha. Okayy, terus sambung berjalan atas snow dengan bunyi krak kruk. Dah sampai Parliament. Dekat sangat. Parliament ni pun boleh jugak kalau nak melawat, tapi kitorang takde interest nak masuk, so bye bye. :)

Depan lagi, ada Rathaus. Emm tak sure bangunan ni untuk apa, but still it is one of the tourist attractions. 

Vienna, Austria


Nampak tak khemah2 putih kat depan tu? Ada gerai-gerai tapi tak bukak lagi. :p

Sekarang ni sampai awal bulan 3 kalau tak silap, kat depan Rathaus (Rathausplatz) ni ada disediakan ice rink. Just imagine how large it is. 7000 metre square! Yang pasti bukan free la ye. Nak rent kasut pun boleh. 

Vienna, Austria
Source
Dah macam dokumentari je rasa. Hehe

But seriously, Vienna best sangat untuk melancong. Kalau korang banyakkkk duit, nak shopping sakan memang menarik! 

Okayy, nanti sambung lagi.
Assalamualaikum.

Edited, 160810
SS, Perak, Malaysia

Vienna, Austria - Part 1

February 11, 2012


Kat Malaysia tengah tayang cerita Kuch Kuch Hota Hai eh? Sampai trending kat Twitter heee.

Okayy, sambung 'travelog'. :)

120206
0815

Alhamdulillah, my feet stepped on Vienna, Austria for the first time. Kat sini, Vienna dikenali as Wien. Macam orang tempatan panggil Prague as Praha. 

Sampai kat Vienna emm kalau lebih spesifik kat U-Bahn Pratersten (u-bahn tu metro kot) disambut flurries yang turun dgn semangatnya. T__T Terus beli tiket 48 hours sebabnya kitorang akan spend 2 hari kat Vienna ni. Memang ramai orang cakap, kalau nak jelajah Vienna ni lagi best jalan kaki berbanding naik metro. Tapiii, memandangkan kitorang datang ni masa winter, tak mampu rasanya. Dah berselubung pun sejuk lagi. Heee.



Ni peta metro yang sentiasa ada dalam beg. Nampak complicated kan? First time saya pun rasa benda yang sama, tapi bila dah naik dua tiga kali, mudah sebenarnya. :) Metro kat Vienna sangat punctual. Dalam website apa entah ada cakap, "You'll never wait more than 5 minutes". Tepat sangat statement tu. Range masa dalam 2-5 minit interval. 

Terpromote metro dia pulak :P

Okay, dari Praterstern kitorang ke Westbahnhof untuk ke hostel yang kitorang dah book through hostelbookers.com. Guesthouse Arabella, alhamdulillah, worth the money. Dengan staff yang sangat friendly & helpful. Before kitorang settlekan check in, dia dah siap explain most of the attractions kat situ, directions semua, memang terbaiklah. :)

Vienna, Austria

Hostel dekat dengan stesen Metro, so, agak memudahkan jugak perjalanan :)

Tengah hari, terus gerak ke Schönbrunn Palace. 


Vienna, Austria

Ni palace masa era Franz Joseph dan Elisabeth. Dalam palace ni, boleh la tengok macam mana lifestyle diorang masa zaman tu. Tengok bilik tidur, bilik study, bilik rehat (with billiard table), ballroom etc. Saiz bilik dia sederhana, tapi sangatlah banyak bilik. 


Vienna, Austria


Kitorang ambik Imperial Tour (paling basic), harga tiket € 9.50 (student price). Kalau beli ticket yang lagi mahal, lagi banyak tempat boleh tengok. Oh ye, kawasan keliling palace tu sangattttt besar. Memang tak larat nak jalan semua.

Vienna, Austria


Kalau ada orkestra buat performance, memang penuh kawasan palace ni dengan orang ramai. Dah macam berpicnic ramai-ramai pun ye jugak.

Ada senior suggest, alang-alang dah sampai Vienna, pergi la makan kat KFC halal. Em, google pasal ni, jumpa satu blog yang ada info, KFC halal tu kat food court Millenium City, satu shopping mall kat Haldenskai (via U-Bahn U6) dan agak jauh dari city center. Dalam blog tu jugak ada cakap pasal Chopstick House, the only Malaysian restaurant kat Vienna. Dah tawaf mall, dah tengok peta mall, tapi tak jumpa jugak. Maybe dah takde la agaknya.



Settle makan, terus ke Praterstern untuk ke Giant Ferris Wheel. Emm, dia tak la besar sangat macam Eye of London tu, tapi nice lah nak tengok Vienna dari tempat tinggi :) Tiket € 8 (student price jugak)


Ferris wheel ni pernah terbakar teruk masa World War 2, dan sekarang reconstructed balik. Haa, ada jugak beberapa kabin yang disediakan khas untuk special occasion, kira kalau korang nak have dinner with family ke kawan-kawan ke, boleh la inform diorang. Nak buat meeting ke press conference pun boleh :)

Then, naik metro balik untuk ke Stephansplatz. Kat sini ada St . Stephen's Cathedral and banyak kedai-kedai yang jual branded items. Lebih kurang macam factory outlet yang kat Bandung tu. 




Gambar kat sekeliling kawasan ni takde sangat, kamera dalam beg almost all the time. Kat sini jugak banyak kedai souvenirs, tapi hahahaha harganya memang terbaik. Everything in Euro dan antara yang paling murah pun € 5 T__T





Lepas habis jalan, beli Fish King kat Burger King, pastu beli poskad beberapa keping then terus balik hostel. Ingatkan dah lewat rupanya baru pukul 8 malam. Haaa takpelah, tak mampu nak keluar dah masa tu. 

Snow was getting heavier actually. 

Rindunya burger tepi jalan kat Malaysia :(


(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. - Ali-Imran:191

Thanks Adie for the message. <3

To be continued, 
Assalamualaikum.

Edited, 160810
SS, Perak, Malaysia

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.