Kat Malaysia tengah tayang cerita Kuch Kuch Hota Hai eh? Sampai trending kat Twitter heee.
Okayy, sambung 'travelog'. :)
120206
0815
0815
Alhamdulillah, my feet stepped on Vienna, Austria for the first time. Kat sini, Vienna dikenali as Wien. Macam orang tempatan panggil Prague as Praha.
Sampai kat Vienna emm kalau lebih spesifik kat U-Bahn Pratersten (u-bahn tu metro kot) disambut flurries yang turun dgn semangatnya. T__T Terus beli tiket 48 hours sebabnya kitorang akan spend 2 hari kat Vienna ni. Memang ramai orang cakap, kalau nak jelajah Vienna ni lagi best jalan kaki berbanding naik metro. Tapiii, memandangkan kitorang datang ni masa winter, tak mampu rasanya. Dah berselubung pun sejuk lagi. Heee.
Ni peta metro yang sentiasa ada dalam beg. Nampak complicated kan? First time saya pun rasa benda yang sama, tapi bila dah naik dua tiga kali, mudah sebenarnya. :) Metro kat Vienna sangat punctual. Dalam website apa entah ada cakap, "You'll never wait more than 5 minutes". Tepat sangat statement tu. Range masa dalam 2-5 minit interval.
Terpromote metro dia pulak :P
Okay, dari Praterstern kitorang ke Westbahnhof untuk ke hostel yang kitorang dah book through hostelbookers.com. Guesthouse Arabella, alhamdulillah, worth the money. Dengan staff yang sangat friendly & helpful. Before kitorang settlekan check in, dia dah siap explain most of the attractions kat situ, directions semua, memang terbaiklah. :)
Hostel dekat dengan stesen Metro, so, agak memudahkan jugak perjalanan :)
Tengah hari, terus gerak ke Schönbrunn Palace.
Ni palace masa era Franz Joseph dan Elisabeth. Dalam palace ni, boleh la tengok macam mana lifestyle diorang masa zaman tu. Tengok bilik tidur, bilik study, bilik rehat (with billiard table), ballroom etc. Saiz bilik dia sederhana, tapi sangatlah banyak bilik.
Kitorang ambik Imperial Tour (paling basic), harga tiket € 9.50 (student price). Kalau beli ticket yang lagi mahal, lagi banyak tempat boleh tengok. Oh ye, kawasan keliling palace tu sangattttt besar. Memang tak larat nak jalan semua.
Kalau ada orkestra buat performance, memang penuh kawasan palace ni dengan orang ramai. Dah macam berpicnic ramai-ramai pun ye jugak.
Ada senior suggest, alang-alang dah sampai Vienna, pergi la makan kat KFC halal. Em, google pasal ni, jumpa satu blog yang ada info, KFC halal tu kat food court Millenium City, satu shopping mall kat Haldenskai (via U-Bahn U6) dan agak jauh dari city center. Dalam blog tu jugak ada cakap pasal Chopstick House, the only Malaysian restaurant kat Vienna. Dah tawaf mall, dah tengok peta mall, tapi tak jumpa jugak. Maybe dah takde la agaknya.
Ferris wheel ni pernah terbakar teruk masa World War 2, dan sekarang reconstructed balik. Haa, ada jugak beberapa kabin yang disediakan khas untuk special occasion, kira kalau korang nak have dinner with family ke kawan-kawan ke, boleh la inform diorang. Nak buat meeting ke press conference pun boleh :)
Then, naik metro balik untuk ke Stephansplatz. Kat sini ada St . Stephen's Cathedral and banyak kedai-kedai yang jual branded items. Lebih kurang macam factory outlet yang kat Bandung tu.
Gambar kat sekeliling kawasan ni takde sangat, kamera dalam beg almost all the time. Kat sini jugak banyak kedai souvenirs, tapi hahahaha harganya memang terbaik. Everything in Euro dan antara yang paling murah pun € 5 T__T
Lepas habis jalan, beli Fish King kat Burger King, pastu beli poskad beberapa keping then terus balik hostel. Ingatkan dah lewat rupanya baru pukul 8 malam. Haaa takpelah, tak mampu nak keluar dah masa tu.
Snow was getting heavier actually.
Rindunya burger tepi jalan kat Malaysia :(
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. - Ali-Imran:191
Thanks Adie for the message. <3
To be continued,
Assalamualaikum.
Edited, 160810
SS, Perak, Malaysia