Hasil Kutipan Chestnut (Buah Berangan)

September 29, 2012



Kutip kat taman depan bangunan rumah. 

Heee tapi aktiviti ni terpaksa anggap sebagai aktiviti beriadah pagi-pagi je. Bila end up tak tahu nak masak macam mana chestnut tu. Dah google around dah. Ada 4 cara dan dah pilih untuk boil je memandangkan tu cara paling selamat dan senang. Takut jugak karang letak dalam oven/microwave, meletup nanti, naya. :p

Bakar dalam arang panas? Tak rajin haha :p 

Bila dah siap rebus tu, try rasa satu. Ya Allah, pahit yg teramat sangat sangat sangat. Kalah peria tahu. Mahunya 3-4 kali ganda pahitnya.

So, kitorang expect salah cara masak la ni. 

Then, abaikan kejap chestnut tu. Heee. Lepas tu, senior yang sama sekali kutip chestnut pergi la google image chestnut. Dan tadaaaaaa, baru la tahu chestnut ni ada 2 jenis utama.

Satu, boleh dimakan dan satu lagi, tak boleh dimakan.  

Hambekkkk.

Confirm ke yang dikutip tu edible? HAHA

credit to http://tree-species.blogspot.cz/2009/03/edible-chestnuts-vs-horse-chestnuts.html

Yang edible ni rupa buah dia macam rambutan sikit.

credit to http://tree-species.blogspot.cz/2009/03/edible-chestnuts-vs-horse-chestnuts.html


Ha, ni la dia buah chestnut yang ditunggu2 pagi semalam. T___T

Menunggu dia jatuh dah ala-ala menunggu durian gugur. Siap baling kayu bagi dia jatuh. Adoiii, tak dapat makan jugak akhirnya. So, disebabkan tak yakin yang dikutip tu edible, baiklah ambik langkah berjaga-jaga untuk tak makan. :(

p/s - Tapi kenapa orang Czech semangat sangat kutip niiiii? Aih, curious!



Ad-deen, Buzulucka
120929
S.K.Neumanna, HK, Czech
160309

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.