Travelog - Paris, France (Part 2)

April 24, 2013

Meneruskan perjalanan dalam kebasahan.....

Hee, bila hujan most of times, rasa dia memang gloomy sikit. Tapi, hujan tu kan satu rahmat yang menghidupkan dan membersihkan. Ouch, I should remember this.

Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian dengan (air hujan) itu, Dia mengeluarkan berbagai buah-buahan sebagai rezeki untukmu; dan Dia telah menundukkan kapal bagimu agar berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai. (Ibrahim. 14:32)

Just imagine, orang yang memerlukan hujan as sources of water. Mesti dia menunggu-menunggu hujan kan? Kita ni, urgh, mengeluh saja.

------------------------------------




Macam yang ramai sedia maklum, Paris is a city of fashion & design. Berderet-deret kedai pakaian kat sini, mostly berjenama la kot (pernah nampak kat shopping mall either kat Malaysia / Czech). Cuma, saya bukanlah peminat fashion sangat, so, kedai-kedai tu tak mengujakan untuk saya T_T. 

Basically, kat Paris ni banyaknya bangunan yang macam biasa, with European style. Kat bawah ni ialah satu bangunan yang bertentangan dengan Perrault's Colonnade. Tak pasti apakah dia, nampak macam another church T_T































Perrault's Colonnade, dia ni salah satu bahagian Louvre Palace, di belah timur. Dan dikatakan kat sini, kita boleh tgk architecture French yang klasik kat setiap bahagian dia :p Buta seni bangunan. 

So, go through Perrault's Colonnade, nanti sampai lah ke Louvre Pyramid!




Tadaaa, piramid yang dibuat dari kaca, dan ada lagi 3 piramid kecil kat sekitar dia. Terletak betul2 kat tengah courtyard Louvre Palace dan inilah dia pintu utama nak masuk ke Louvre Museum, antara museum yang terbesar di dunia :p Museum ni letaknya bawah tanah. Dari luar piramid ni, boleh la nak tengok-tengok kat bawah tu ada apa. Oh ye, tarikan utama sudah pasti potret Mona Lisa. 

Tiba-tiba teringat zaman belajar tentang Leonardo da Vinci kat sekolah, ada dalam buku teks sejarah. 

Solat.

Pertama kali dalam hidup, solat kat dapur restoran. Ibrah #3 - Alert dengan waktu solat, plan kat mana nak solat T_T. Pemilik restoran tu Muslim, dan alhamdulillah, bila mintak nak tumpang solat, memang pakcik tu terus tunjuk satu bahagian kecil kat area dapur. Janggal. Sempit. Tapi solat tak boleh tinggal. Hmm, kat sini baru sedar, kita ni duk berjalan kejar masa nak explore Paris, masjid kat mana pun tak buat research habis-habisan. T_T Ada google sebelum ni, silapnya tak cari terus map, cara ke situ.



Jazakallah khairan katheera pakcik.

Alhamdulillah, next destination - Eiffel Tower


Memang excited nak tengok Eiffel Tower depan mata. Jujurnya, tak pernah terfikir saya akan jejakkan kaki ke Paris pun. But, here we were. 

Terletak kat Champ de Mars, dan ada dua cara rasanya nak ke sini, sama ada melalui area sungai (stop kat RER Champ de Mars) or area taman (stop kat Metro Ecole Militaire). Dah plan dah nak naik tower ni, tapi tiket dah habis. Hee.

------------------------------------

At the end of the day, bila fikir balik, apalah bestnya bersemangat sangat nak tengok bangunan. Walaupun hmmm, memang diakui, bangunan kat Europe sangat cantik, preserved heritage. 

Teringat ada akhawat pernah share, bila tengok bangunan tu, kadang-kadang kita kagum dengan rekabentuk dia yang unik, dengan arkitek dan jurutera yang plan sebab mampu come out dengan idea baru, dengan buruh-buruh yang bekerja keras untuk pembinaan yang kukuh lagi tersergam indah.

Tapi kita lupa, siapa yang memberi ilham kepada arkitek kalau bukan Allah? Siapa yang memberi tenaga buruh tersebut kalau bukan Yang Maha Satu? Siapa yang menjadikannya cantik di mata kita kalau bukan Pencipta kita?

Everything in life, we need to turn back to Him. Dia yang menguasai bumi, Dia yang mencipta manusia dan seluruh isi dunia, dan Dia jugalah yang empunya hari Akhirat. 

Sesungguhnya Allah memiliki kekuasaan langit dan bumi. Dia menghidupkan dan mematikan. tidak ada pelindung dan penolong bagimu selain Allah." (at-Taubah 9:116)

Manusia oh manusia....
Nina oh Nina..... haih


bersambung..........

Ad-Deen, Buzulucka
130424
0441

Travelog - Paris, France (Part 1)

Assalamualaikum, :)

Alhamdulillah, hampir ke penghujung April dah kita. Memang cepat sungguh masa berlalu, dan Ramadhan pun dah on the way nak jumpa kita, berdebarnya rasa. ^_^

Dan kalau dihitung, sudah 4 bulan lebih jugaklah selepas perjalanan jauh penuh pengalaman dan pengajaran sepanjang cuti musim sejuk yang lepas. 

Ibrah (pengajaran) yang diperoleh seolah-olah memang Allah nak tunjuk pada diri tentang kelemahan diri yang selama ni mungkin tenggelam dek ego yang menggunung. Astaghfirullah. 

Allah ialah sebaik-baik perancang.

Merancang perjalanan 10hari di tempat yang belum pernah dijejaki bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak perkara perlu diambil kira dan diresearch terlebih dahulu, tiket kapal terbang, tiket perjalanan dalam kawasan, tourist spots yang nak dikunjungi, peta etc. Diapit pula dengan kesibukan belajar, serabut sikit jadinya. 

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Apabila keluar tiga orang untuk bermusafir maka lantiklah salah seorang ketua dari kalangan mereka ..” ( riwayat Abu Daud )

Akibat terlepas pandang perkara ni, hmmmmm. 

----------

Paris, France


Alhamdulillah, flight Air France ke Paris selamat mendarat di Charles de Gaulle (CDG) Airport pada 21/12/12 dalam pukul 10pm lebih, delay sedikit sebenarnya. Dan memandangkan kami tidak ada plan apa-apa untuk malam tu, just stay at the airport menunggu hari seterusnya. Tak sejuk dan siap ada kerusi untuk tidur ;) . Polis ada di mana-mana saja dengan guard dog yang agak besar. Tugas mereka ni untuk check orang yang tidur kat airport tu bukanlah homeless dan anjing tu pulak untuk detect drugs (agaknya). -_-'

Sepanjang malam hingga ke Subuh, kami gilir-gilir tidur dan berkawal. Kat tempat asing, public area pulak tu, anything can happen kan. 


Paris, France
Aktiviti tahan mengantuk

Subuh agak lambat daripada kebiasaan di Czech. Lewat pukul 8 pagi baru syuruk. Settle bersihkan diri, solat Subuh jemaah, masing-masing mengheret beg ke tempat Metro. Ramai sangat orangggg. Serius. Ada banyak pilihan tiket ni, T+, T10, Paris Visite Pass etc. Dan disarankan korang buat research dulu untuk plan perjalanan kat Paris ni. Either murah dan leceh sedikit, atau mahal dan senang. 

If korang datang on weekend and you are 26 years old and below, better beli tiker Jeunes Weekend. 7.60Euro for a day. Tapi tiket ni tak valid untuk metro airport-city center. Korang kena naik bas 350 / 351 kat tingkat atas airport, lebih kurang macam bas lompat-lompat, ambil masa dalam sejam untuk ke tengah bandar.

Sampai Gare d'Lest, kami terus naik metro ke Gare d'Austerlitz untuk letak luggage kami kat consigna (locker). Actually, kat Paris ni sekejap je untuk transit sebelum teruskan perjalanan ke Toulouse by train 23hb tu. So, menggunakan masa yang ada, memang cuba jelajah jugaklah Paris within a day.

Paris, France

Notre Dame - Mungkin sudah serik untuk masuk ke cathedral, memang kali ni tak sampai 2 minit, kami dah keluar balik. Penat hati, penat mata. Ingatkan nak naik menara ke atas, rupanya pintu masuk tu kat bahagian luar cathedral, dan bertiket, hee, terus rasa tak menarik.

Paris, France

Haa, nampak tak orang berdiri ramai-ramai tu? Kat situ lah beraturnya untuk naik menara. 8.50E rasanya tiket tu.

Hujan.
Pakai payung pun tak mampu bertahan, memang terbalik payung dek angin yang agak kuat. Mujur jaket berhoodie dan kalis air. Ibrah #1 - check weather forecast & check pakaian.

Satu perkara yang kurang menarik di sini, susah sangat nak jumpa WiFI free. If nak guna wifi, pergilah makan kat mana-mana, then gunalah wifi kedai tu ;) Ibrah #2 - Make sure phone ada banyak kredit dan paling penting bernyawa dan tak silent. Kalau terpisah dengan kawan, senang nak call terus dan cari balik. Public phone in Paris adalah sangat rare. Ada cuma jarang jumpa. 

Makanan halal kat Paris banyak, just find the right restaurant or cafe, and eat whatever you want. Biasanya tak makan banyak pun. Dan kalau travel tu under budget, bolehlah bawak bekal siap-siap. Macam roti, sardin, tuna spread, marjerin, chips, instant mee, fruits etc. Jimat.


Paris, France









Macarons ada di mana-mana, pilihlah :)

Kat area Notre Dame ni, ada sederet kedai-kedai souvenirs. Boleh lah nak survey harga apa-apa or beli terus pun okay ^_^


bersambung..........


Ad-Deen, Buzulucka
130423
1811



Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.