Assalamualaikum, :)
Alhamdulillah, hampir ke penghujung April dah kita. Memang cepat sungguh masa berlalu, dan Ramadhan pun dah on the way nak jumpa kita, berdebarnya rasa. ^_^
Dan kalau dihitung, sudah 4 bulan lebih jugaklah selepas perjalanan jauh penuh pengalaman dan pengajaran sepanjang cuti musim sejuk yang lepas.
Dan kalau dihitung, sudah 4 bulan lebih jugaklah selepas perjalanan jauh penuh pengalaman dan pengajaran sepanjang cuti musim sejuk yang lepas.
Ibrah (pengajaran) yang diperoleh seolah-olah memang Allah nak tunjuk pada diri tentang kelemahan diri yang selama ni mungkin tenggelam dek ego yang menggunung. Astaghfirullah.
Allah ialah sebaik-baik perancang.
Merancang perjalanan 10hari di tempat yang belum pernah dijejaki bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak perkara perlu diambil kira dan diresearch terlebih dahulu, tiket kapal terbang, tiket perjalanan dalam kawasan, tourist spots yang nak dikunjungi, peta etc. Diapit pula dengan kesibukan belajar, serabut sikit jadinya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Apabila keluar tiga orang untuk bermusafir maka lantiklah salah seorang ketua dari kalangan mereka ..” ( riwayat Abu Daud )
Akibat terlepas pandang perkara ni, hmmmmm.
----------
Alhamdulillah, flight Air France ke Paris selamat mendarat di Charles de Gaulle (CDG) Airport pada 21/12/12 dalam pukul 10pm lebih, delay sedikit sebenarnya. Dan memandangkan kami tidak ada plan apa-apa untuk malam tu, just stay at the airport menunggu hari seterusnya. Tak sejuk dan siap ada kerusi untuk tidur ;) . Polis ada di mana-mana saja dengan guard dog yang agak besar. Tugas mereka ni untuk check orang yang tidur kat airport tu bukanlah homeless dan anjing tu pulak untuk detect drugs (agaknya). -_-'
Sepanjang malam hingga ke Subuh, kami gilir-gilir tidur dan berkawal. Kat tempat asing, public area pulak tu, anything can happen kan.
Aktiviti tahan mengantuk |
Subuh agak lambat daripada kebiasaan di Czech. Lewat pukul 8 pagi baru syuruk. Settle bersihkan diri, solat Subuh jemaah, masing-masing mengheret beg ke tempat Metro. Ramai sangat orangggg. Serius. Ada banyak pilihan tiket ni, T+, T10, Paris Visite Pass etc. Dan disarankan korang buat research dulu untuk plan perjalanan kat Paris ni. Either murah dan leceh sedikit, atau mahal dan senang.
If korang datang on weekend and you are 26 years old and below, better beli tiker Jeunes Weekend. 7.60Euro for a day. Tapi tiket ni tak valid untuk metro airport-city center. Korang kena naik bas 350 / 351 kat tingkat atas airport, lebih kurang macam bas lompat-lompat, ambil masa dalam sejam untuk ke tengah bandar.
Sampai Gare d'Lest, kami terus naik metro ke Gare d'Austerlitz untuk letak luggage kami kat consigna (locker). Actually, kat Paris ni sekejap je untuk transit sebelum teruskan perjalanan ke Toulouse by train 23hb tu. So, menggunakan masa yang ada, memang cuba jelajah jugaklah Paris within a day.
Notre Dame - Mungkin sudah serik untuk masuk ke cathedral, memang kali ni tak sampai 2 minit, kami dah keluar balik. Penat hati, penat mata. Ingatkan nak naik menara ke atas, rupanya pintu masuk tu kat bahagian luar cathedral, dan bertiket, hee, terus rasa tak menarik.
Haa, nampak tak orang berdiri ramai-ramai tu? Kat situ lah beraturnya untuk naik menara. 8.50E rasanya tiket tu.
Hujan.
Pakai payung pun tak mampu bertahan, memang terbalik payung dek angin yang agak kuat. Mujur jaket berhoodie dan kalis air. Ibrah #1 - check weather forecast & check pakaian.
Satu perkara yang kurang menarik di sini, susah sangat nak jumpa WiFI free. If nak guna wifi, pergilah makan kat mana-mana, then gunalah wifi kedai tu ;) Ibrah #2 - Make sure phone ada banyak kredit dan paling penting bernyawa dan tak silent. Kalau terpisah dengan kawan, senang nak call terus dan cari balik. Public phone in Paris adalah sangat rare. Ada cuma jarang jumpa.

Makanan halal kat Paris banyak, just find the right restaurant or cafe, and eat whatever you want. Biasanya tak makan banyak pun. Dan kalau travel tu under budget, bolehlah bawak bekal siap-siap. Macam roti, sardin, tuna spread, marjerin, chips, instant mee, fruits etc. Jimat.