Belajar dari Wanita yang Gemuruh

February 22, 2015



Assalamualaikum everyone. Alhamdulillah, I was doing good for the past few days and I am looking forward for this new subject for this semester.

Psychiatry

http://nemophilist-girl.tumblr.com/

Sebelum bercakap panjang, saya nak berkongsi dengan korang, insyAllah saya akan berblogging dalam Bahasa Melayu (with English). Ni pun lepas dah berfikir panjang yang serius. Hehe, entah apa yang serius pun tak tahulah. 

Jadinya, mudah-mudahan lebih senang nak mendekati semua pembaca yang ada, dengan harapan dapat berkongsi pengalaman dan cerita bermanfaat. 

Oh ya, berbalik pada tajuk, cadangnya nak berkongsi kisah yang dapat masa belajar Psychiatry. :)

Wanita yang gemuruh.
Ada seorang pesakit ni, dia datang ke hospital sebab rasa sesak nafas (gasping for air - bayangkan ikan hidup yang tak dapat air), jantung berdegup laju (tachycardia), sakit dada etc dan kalau tak silap, ada beberapa kali dia hampir pitam. Dia ingatkan dia ada something wrong dengan jantung dan doktor buat ECG (electrocardiogram - test untuk check aktiviti jantung kita). ECG untuk wanita ni dibuat untuk eliminate possibility of myocardial infarction, MI (keadaan di mana sel-sel jantung mati sebab tak dapat oksigen). Results of ECG shows that no MI. Tak ingat macam mana, tapi dia end up dihantar ke department psychiatry untuk further check up.

Kemudian, dapat come out dengan sebab dia ada symptoms tu semua.

Rupa-rupanya, wanita tu ada masalah kat tempat kerja, dan dia terlalu memikirkan masalah tu almost all time, Bila stress, body kita akan respon dengan hasilkan banyak stress hormones (eg; adrenaline) dan stress hormone ni lah yang buat symptoms tu -_-'

--> Anxiety disorder
-----------

I guess, the problem she had at the office must be big enough to trigger the constant stress. Ataupun, wanita tu tak pernah ada masalah dan satu masalah yang jadi buat dia tak dapat nak tampung stress tu.


Stress tu perkara normal dan kita yang kena kawal perasaan tu. T_T


Macam mana nak kurangkan stress?

1.Tenangkan diri & fikir positif

Banyak cara nak bermotivasi ni. Kita boleh baca Quran ataupun buku-buku motivasi. Kadang-kadang kita boleh baca kisah-kisah orang lain untuk rasa kita patut bersyukur dengan apa yang berlaku dalam hidup kita. Ujian hidup orang lain lagi berat dari apa yang kita diuji.



2. Berkongsi masalah dengan orang lain.

Stress yang kecil, bila disimpan lama-lama dia akan membukit dan boleh cenderung kepada depression (kemurungan). Dan, oleh sebab tu, cubalah buat apa-apa yang boleh buat kita lupa / buang perasaan stress tu. Berkongsilah dengan ahli keluarga, kawan-kawan ataupun kaunselor. Mungkin bila bercerita kat orang ni, kita akan rasa kita ni sangat bermasalah ataupun kita akan merisaukan orang lain. Tapi, percayalah, bila sampai tahap kemurungan, orang lagi akan risau.

3. Buat sesuatu yang menggembirakan kita.

Buatlah apa-apa pun, nak mendaki ke, nak bercucuk tanam ke, nak shopping ke. Bila happy, badan kita akan hasilkan hormon endorphin yang bantu atasi stress jugak. Pernah dengar kan yang orang makan coklat untuk kurangkan stress? Tapi fakta ni untuk dark chocolate je rasanya :)




Setakat ni, ni yang saya pernah apply dan alhamdulillah berkesan untuk kurangkan stress tu. Kalau korang, apa yang korang buat? Jom kongsi. ^_^


v Praze,
150222

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.