Naluri Memelihara Diri Sendiri

February 27, 2015


Dua hari lepas, saya tergamam sekejap bila nampak headlines berita kat Czech pasal 9 orang mati ditembak di satu pub kat bahagian selatan Czech ni. Belum baca lagi masa tu, tapi dah nervous dah kalau kes ni pun akan dikaitkan dengan isu 'terrorist' jugak. Baru few days sebelum ni pun, isu random shooting kat Denmark kalau tak silap.

Untuk kes yang kat Czech ni, turns out seorang lelaki ni tembak 8 orang kat satu pub ni sebelum dia tembak diri sendiri. Dan bila baca kronologi peristiwa tu dan few follow-up news, baru tahu yang lelaki tu mentally unstable. T_T 

That man is a legal gun license holder, so, mungkin dia mentally unstable tu baru lagi kot?

Actually, hari yang sama tu baru belajar pasal ni dalam psychiatry.

Self-preservation instinct

Ni naluri yang PALING PERLU kena jaga bagi semua manusia.

Maksudnya?

Naluri yang kita rasa diri kita ni berharga, dan kita akan berusaha untuk buang / hindarkan apa-apa yang menyakitkan diri. Naluri yang bila kita dalam bahaya, kita akan cuba selamatkan diri.

Apa jadi bila hilangnya naluri ni? Rasanya semua orang pun tahu kan?
Cubaan membunuh diri.

********************

Credit

Cikgu ada cakap, orang yang beragama - KURANG kes bunuh diri banding yang takde pegangan agama. Tapi, just kurang sahaja taw. Bukannya takde langsung.

I guess, this is one of the reason for it;-

Bila kita ada something untuk bergantung, (I mean bila kita ada Tuhan untuk share every emotions yang ada), kita ada rasa lega dan kurang tendency untuk fikir pasal cubaan bunuh diri ni. Bila kita betul-betul rasa Tuhan tu ada, kita akan selalu rasa dilindungi dan disayangi. Memang manusia akan diuji, tapi insyaAllah kita kena sama-sama pupuk keyakinan yang kita diuji untuk lebih mematangkan diri. Tuhan sayang, sebab tu Dia uji. ^_^

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.- An-Nisa' 4:29

Untuk kita semua, jaga naluri yang ni ye :)
Salam Jumaat.

v Khaulah,
150226


Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.