Menuju Hari GST
March 28, 2015
Phew.
Walaupun sekarang ni bukan kat Malaysia, tapi masih terasa bahangnya nak dekat 1 April. Bukan setakat ada final exam hari tu nanti, tapi sebab 1 April tu jugaklah mulanya GST tu. Jujur, memang tak berapa faham sangat. Dah cuba baca banyak info kat macam-macam tempat tapi serius tak faham.
Sekejap kata barang sekian sekian tak naik harga, tapi tiba-tiba tengok ada banyak list barang yang naik harga (yang dikatakan tak naik harga) diviralkan kan FB etc.
Pengangkutan katanya tak naik harga, tapi tambang bas, komuter sekian sekian naik jugak.
Ke saya memang salah faham sangat ni? Haha.
Jadinya, apa langkah kita nak hadapi GST ni?
Sunshine, for Us :)
March 24, 2015
Spring is here, yeay!
Sejak dah officially masuk musim bunga Jumaat lepas, dah boleh nampak banyak perubahan kat sini.
Orang dah mula berpicnic kat tepi sungai.
Dah tak ramai pakai coat / jacket tebal.
Of course, no more winter boots.
Pagi-pagi bermandi peluh sesampainya di kelas.
Aiskrim di mana-mana.
Short skirts pun sama.
Dan....
Tak lupa jugak, itik tidur kat hospital.
Seriously, I cannot brain you, ducks! Haha.
Rasanya, mungkin hospital ni bukan setakat mesra pengguna tapi mesra haiwan. Tapi bukan anjing peliharaan la, yang ni tak pernah nampak setakat ni :)
Itik, Tupai. Arnab.
Suka ria betul diorang ni menikmati cahaya matahari yang terik ni.
Satu benda yang terlintas di fikiran masa tengok itik ni, pheww betapa perlunya bersyukur adanya matahari. Saja nak share, cahaya matahari penting jugak taw untuk improve mood kita. Dulu pernah kawan bentangkan pasal tahap depression kat negara yang kurang dapat cahaya matahari ni. Kira negara yang ada macam-macam musim ni :)
Seasonal affective disorder (SAD)
SAD ni sejenis depression yang berkaitan dengan perubahan musim ni. Ada orang ciri-ciri depression tu boleh kita nampak masa musim luruh hingga musim sejuk - jadi namanya winter depression. Dan ada jugak yang terbalik, ciri-ciri depression bermula masa musim panas - summer depression
Orang yang depression ikut musim ni, biasanya akan mula dan tamat pada jangka masa yang sama.
Diorang akan penat, cepat lapar, craving for high carbs food, naik berat badan, takde semangat, banyak tidur dan tak lupa jugak, sensitive. Masa winter lah, orang biasanya lebih moody. :p Cepat sensitive kalau tak kena cara dia.
Macam mana terjadinya SAD ni?
Tak pasti sangat mekanisme untuk summer depression, jadi saya share untuk winter depression la eh?
Masa winter, kan siang pendek dan malam panjang. Dan dah pasti lah, cahaya matahari kurang, jadi kurangnya hormone yang kawal mood kita. Dan masa gelap pulak, badan keluarkan banyak hormon melatonin - tu yang rasa lemah, ngantuk, rasa nak tidurrrr je sepanjang hari.
:)
----
Okay, tu je setakat ni nak share. Maaf, tak dapat nak update blog selalu. Mudah-mudahan apa yang dikongsikan dalam blog ni bermanfaat :)
Na shle!
Assalamualaikum.
Hradec Kralove,
150323
Gerhana Matahari Bakal Berlaku Hari Ini
March 20, 2015
Siang dah semakin panjang, malam dah bertambah pendek. Bermakna, musim sejuk dah ke penghujungnya, dan ada juga yang kata dah masuk musim bunga dah :)
Subuh sebelum 5pagi, syuruk sebelum 6pagi. Untuk orang yang tak biasa tidur lepas Subuh, dah kena praktis tidur awal. Hehe.
Selasa, 17/3/15 - syuruk 6.02am |
Oh ya, hari ni, Jumaat 20hb 3 bakal mencatatkan sejarah gerhana matahari.
Rasa dah lama sangat tinggalkan sains sekolah rendah pasal gerhana2 ni. Jom sama-sama baca balik untuk at least tahu la sikit asalnya macam mana gerhana berlaku. Hehe, mudah je insyAllah sebabnya, kita dah tahu benda ni sebagai pengetahuan am sebenarnya. :)
1. Bulan bergerak ikut orbit dia mengelilingi bumi kan? Dan satu pusingan bermakna sehari - siang dan malam. Pada masa yang sama, bumi pun akan bergerak ikut orbit dia mengelilingi matahari. Dan satu pusingan yang ini pulak bermakna setahun.
2. Setahun pusingan bumi keliling matahari pun bukanlah tepat 365 hari, tapi kalau tak silap 365.25 hari. Jadi, sebab tu kita ada tahun lompat setiap 4 tahun, maksudnya 366 hari untuk tahun tersebut.
3. Gerhana matahari berlaku bila bulan akan berada betul2 di antara matahari dan bumi. Nampak je bulan ni kecik, tapi jarak dia dari matahari tu, buat dia masih mampu untuk tutup cahaya matahari tu :)
4. Tak semua tempat akan dapat tengok gerhana matahari ni, dan kat kutub utara yang boleh tengok gerhana matahari penuh. Cuma tempat lain tu akan dapat rasa jugak perubahan ni. Gerhana akan berlaku kat Czech bermula 8.41 pagi sampai 12.50 tengah hari, gerhana paling maksimum masa pukul 10.45pagi nanti.
Tapi saya masih dalam kelas masa tu nanti :)
Area seeing the total solar eclipse.
More than 90% of the sun is covered.
Up to 90% of the sun is covered.
Up to 40% of the sun is covered.
Eclipse is not visible at all.
Note: Percentage values (%) relate to moon coverage of the sun and depends on location. Visibility is weather permitting.
5. Apa yang buat gerhana matahari hari ni lebih menarik? Sebabnya gerhana matahari berlaku pada hari berlakunya jugak March Equinox (yang sebelum ni last berlaku masa tahun 1662!). SubhanAllah!
Equinox ni apa pulak la? Equinox ni bila bumi akan rasa tempoh siang dan malam yang sama. 12 jam siang, 12 jam malam. :) Berlaku kalau ikut pemahaman saya lah, bila nak masuk spring ataupun autumn setiap tahun.
6. Kat area Malaysia pulak, insyAllah gerhana matahari separuh bakal berkunjung tahun depan dalam 8-9 Mac 2016. Tapi, paling ketara kalau tengok di Indonesia.
-----------------
Satu perkara yang saya boleh ambik pengajaran dari peristiwa gerhana ni, hmmm. rasa macam tersedar balik yang sebenarnya saya duduk atas bumi yang bergerak. Hebat kan ciptaan dan kejadian yang Allah buat. Kalau ikut apa yang saya baca, bumi bergerak lagi laju 2x ganda dari Boeing-777. Tapi alhamdulillah, manusia dijaga untuk selamat masa pergerakan tu.
The Messenger of Allah (p.b.u.h) said, “These signs that Allah sends are not for the death or life of anyone, but Allah makes His slaves afraid through them, so if you see anything of that [eclipses], then hasten to remember Allah and make supplication to Him and seek His forgiveness.” - al-Bukhâri in Kusûf (no. 1059)
Let today become a day that reminds us to Allah :) Ameen.
Rujukan
- solar eclipse 20 March
- link tentang solat gerhana
**update 22.3.15
Salam Jumaat semua.
Hradec Kralove,
150320
Ambulans Udara - Helikopter
March 19, 2015
It's been a hectic week. :)
Tapi alhamdulillah, kesihatan okay, akal okay. Cuma, penat tu biasalah.
Dan sekarang ambik keputusan untuk stay back dekat hospital untuk buat revision. Dan this is my view everyday, except helikopter tu. Bukan setiap masa ada kat situ. Just landing, turunkan pesakit and parking tempat lain.
Tapi, setiap kali dia nak landing, bunyi dia memang dah boleh dengar walaupun dia jauh lagi.
Or mungkin laptop saya ni yang bunyi mengalahkan helikopter. Haha
Helikopter ni akan ambik pesakit dari jarak 100km radius dari hospital ni (kalau tak silap) dan memandangkan tempat saya dekat dengan bahagian utara Czech, memang helikopter jalan paling cepat untuk access mountain area yg banyaknya jadi border Czech.
Especially, orang yang injured sebab winter sports. :)
Post by Václav Mlejnek.
Tabik spring lah :)
Segmen Bloglist by JINDRISSKA
March 15, 2015
Wohooo.
Kali ni nak join satu segmen bloglist dari blogger dari negara sebelah Czech ni :)
Kalau nak tahu, Jindřišská tu nama satu tempat kat Czech, dan ia adalah sebuah menara. Sebutan dia boleh try Google translate na. Masih menanti Aisya berkongsi kisah kat sini, mesti ada something sampai terus letak as URL blog tuu. Haha.
p/s - Aisya, tak pastilah kita follower keberapa ^_^''
CLICK BANNER or SINI untuk join! :)
2 Malam Bersama Polis
March 12, 2015
Polis kat sini serius ada kat mana-mana. Depan tesco ada, kat bus station ada, kat stesen kereta api ada. Dan percayalah, kereta polis juga di mana-mana. Bandar kecil je ni, tapi, rondaan sepanjang masa.
Memang nervous sebenarnya bila nampak polis ni. Entah kenapa, biasanya takde buat salah pun tapi bila lalu depan polis, fuhhh, nervous nya tu ibarat macam ada buat salah besar je.
Tapi, semalam, lagi bertambah nervous bila nampak lampu biru kereta polis berkelip2 kat cermin tingkat bangunan-bangunan yang saya berbasikal. Diekori rupanya.
Sah, kena berhenti ni.
T______T
Memang silap sendiri lah. Langgar lampu merah zebra crossing tu. T_T
Masa tu pukul 9 malam, dan memang sikit sangat kereta yang ada kat jalan. Lengang tu ibarat korang boleh buat photoshoot atas jalan tu ha. Nak cross jalan raya, so, cycle lah dekat zebra crossing with traffic light. Malas nak tunggu lama sangat, terus cross.
Zapppp. Beberapa meter lepas tu, terus kena tahan polis.
Ambik. Cekap lagi berdedikasi.
Nak kata apa, memang salah sendiri.
Mujur baru kena warning (siap masuk rekod sebenarnya), lagilah bertambah fobia dengan traffic light lepas ni. Haha.
Dan tadi pun kena tahan polis. Ye, lagi sekali. Tapi bukan pasal traffic light lah. Cuma laluan yang saya biasa guna tu, sebenarnya one-way. Duh. Apakah selama ni, semua orang bawak basikal lalu lalang situ tapi tak sedar benda ni. Haha, ikut pemerhatian sangat ye Nina?
Alhamdulillah, takde kena warning apa-apa, just teguran.
Lepas ni, nak pergi kelas just kena tempuh 2 lampu isyarat. Tapi nak balik dari kelas, kena guna laluan seberang sana pulak dengan 5 lampu isyarat. Ye, lima! Lampu isyarat zebra crossing je kot, tapi lima! :p
Beberapa pengajaran saya dapat dalam dua malam ni.
1. Untuk orang yang selalu ikut peraturan - bila sekali dia langgar peraturan, terus dapat balasan. :p
Contoh macam, seorang ni memang rajin la pergi kelas, tapi setiap kali dia ada kat kelas tu, tak pernah-pernah cikgu ambil kedatangan. Sekali tiba-tiba dia rasa malas sangat nak pergi, boleh la pulak hari tu ada attendance list :p
Kan kan? Hehe
2. Jangan expect yang kita dah expert untuk perkara yang kita selalu buat.
Orang kata, makin banyak kita belajar, makin kita sedar banyak benda kita tak tahu kan. Life is a continuous learning process, ambil pengajaran ye untuk setiap apa yang berlaku.
3. Berdedikasi dalam bekerja.
Kejadian semalam tu masih kuat dalam ingatan ni. -_-" haha, efficient sungguh pakcik polis ni.
4. Bersabar
Nak tunggu lampu isyarat bertukar hijau di tengah-tengah jalan raya yang takde langsung kereta tu - serius menguji kesabaran. Sabarlah. Ada sebab kenapa wujudnya lampu isyarat kan. Hidup ni kena ada peraturan walaupun tak semua peraturan tu orang suka. Tapi orang still kena ikut sebab nanti hidup kucar kacir.
Rules are meant to be broken.
Really?
Not this time and this way I guess. :p
Mudah-mudahan lepas ni everything will be smooth :)
Hradec Kralove,
150311
Our Group's Dinner 2015
March 9, 2015
Assalamualaikum :)
I had a great time yesterday for our group's dinner!
Sebenarnya, ni dinner part 3 dah. Alhamdulillah, masih berterusan sejak tahun kedua. Pada asal bermulanya tradisi group kitorang ni ialah bila kitorang ada few arguments masa nak hujung 1st year tu. Tak la gaduh apa pun, just ada berselisih pendapat pasal exam. Well, sistem exam sini lain banding Malaysia, nak terangkan pun, biasanya orang tak faham. Haha.
Jadinya, bila rasa hubungan macam renggang, apa yang patut kita buat? Yeah, betul betul. Cari jalan untuk rapatkan balik, kan?
Part I - 1 Mac 2013
Part II - 4 May 2014
Part III - 8 Mac 2015
Antara perkara yang aku sayang kat group ni ialah - being considerate.
Selisih faham tu biasalah, tapi okay lah kot setakat ni takde yang bermasam muka. Rasanya lah :)
Sebenarnya jujur nak cakap, susah nak adapt dengan budaya luar, especially kat Czech ni. Bukannya taknak bersosial dengan selain Malaysians taw, cuma social events yang diadakan untuk get to know each others tu, biasanya with alcohol. Dan korang pun boleh agak kan, kat mana biasanya diorang buat parties.
Satu fakta yang korang perlu tahu, Czech ni pengeluar arak yang besar. Dan beer tu, harganya lagi murah dari air mineral.
Setiap kali nak join apa-apa, kena tanya dulu benda-benda ni. Biasanya diorang dah faham, tak ajak dah. Except yang tak libatkan alcohol lah :) Contohnya, Culture's Day, sports' events etc.
Like this group's dinner. Non-alcohol. Dan biasanya diorang akan cuba dapatkan daging / ayam halal untuk masak jadinya kitorang pun boleh makan sekali. :)
Tapi, ada yang tak berkesempatan untuk dapatkan yang halal, jadi diorang masak guna daging yang diorang biasa guna. Cuma, good thing is bila diorang akan bagitahu, "For this dish, you guys cannot eat. I'm sorry but I can't find time to get the meat from the mosque".
Air pun air mineral, soda, juices.
Terharu. T_T
----------------
Nak menjaga agama di tempat yang orang tak amalkan agama, fuh. Tak dapat nak bayangkan kalau takde support system yang kuat. T_T Godaan tu merata-rata, mudah tergelincir kalau takde yang mengingatkan.
Doakan kitorang ye :)
Khaulah,
150308
One Day One / Half Juz
March 3, 2015
Tadi masa tengah baca terjemahan Al-Quran, saya rasa tertarik untuk share satu ayat ni,
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya; dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) agar kamu berjaya. - Al-Ma'idah 5:35
Ada banyak cara untuk mendekatkan diri pada Allah, contohnya menjaga solat, mendampingi orang-orang yang baik, bersedekah harta ataupun tenaga. Dan satu cara lagi seperti yang semua tahu dan insyAllah saya yakin kita mengamalkannya - membaca Al-Quran.
InsyAllah membaca Quran bukanlah sekadar melafazkan atau mengiramakan ayat-ayat suci tu. Tapi lebih kepada menghayati dan cuba menjadikan ayat-ayat Quran tu sebati dalam jiwa dan hidup kita. Dan antara yang utama sekali, faham apa yang kita baca. :)
Tapi untuk konsisten baca Quran ni perlukan usaha dan komitmen.
Payah, susah.
Betul saya setuju.
Tapi kalau kita dalam komuniti ataupun dikelilingi dengan orang-orang yang buat benda yang sama; jujur saya cakap, tak sesusah yang kita sangkakan.
Serius jujur. :) Hehe.
Jadinya, saya teringin nak promote satu projek / program ni. Emm, saya tak pasti lah nak gelarkan dia as projek etc atau mungkin lebih sesuai guna 'medium'. Ini adalah usaha untuk menggalakkan lahirnya generasi Al-Quran yang akan rasa Quran tu sentiasa dalam hati kita. Kalau tak baca sehari tu, fuh, rasa tak senang duduk.
ODOJ - one day one juz
ODHJ - one day half juz
Pernah dengar kan?
Program ni bermula di Indonesia, kalau tak silap saya, tapi Alhamdulillah dan tersebar dengan meluasnya di seluruh dunia. Benda baik kann, ya Allah, berganda-ganda pahala orang yang mulakannya ni :). Dulu sy tak pernah bayangkan nak khatam Quran sekali sebulan, tapi ODOJ ni membantu. Weee, alhamdulillah!
Dan kenapa adanya ODHJ?
Ada juga yang semangatnya membara, cuma ada kekangan masa, Jadi, dibahagikan juz tersebut kepada 2 hari. Untuk yang takde kekangan masa dan still join ODHJ, mereka boleh spend masa lebih untuk hayati terjemahan Quran tu. Best sangat, sebab ye lah, baca dengan kefahaman jauh lagi best dari baca sahaja kan :)
--------------------------------------------------
Jadi, kalau ada yang berminat nak join, boleh tengok FB Page ni untuk maklumat lebih lanjut. Or lebih specific nak join, boleh tengok sini. Dan insyAllah, setakat ni, khas untuk girls a.k.a. sisters :)
Oh ye, untuk FB page - One Day One Juz - Europe ni, adanya Europe kat belakang tu bukanlah bermaksud orang-orang kat Eropah je boleh join taw. Alhamdulillah, setakat ni, ODOJ Europe dah dapat penglibatan dari Malaysians yang ada di seluruh dunia. Majority dari Eropah lah; macam France, Spain, Germany, Czech, Poland. Ada jugak dari Timur Tengah - Mesir, Jordan. Tak lupa jugak Turkey, Morocco, Russia, Indonesia, Australia, USA etc. Dan semestinya Malaysia. ^__^
Kalau korang nak tanya nak tanya apa-apa, boleh la leave comments, insyAllah saya try jawab mana yang mampu. Jumpa kat sana! :D
Subscribe to:
Posts (Atom)