Tadi masa tengah baca terjemahan Al-Quran, saya rasa tertarik untuk share satu ayat ni,
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya; dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) agar kamu berjaya. - Al-Ma'idah 5:35
Ada banyak cara untuk mendekatkan diri pada Allah, contohnya menjaga solat, mendampingi orang-orang yang baik, bersedekah harta ataupun tenaga. Dan satu cara lagi seperti yang semua tahu dan insyAllah saya yakin kita mengamalkannya - membaca Al-Quran.
InsyAllah membaca Quran bukanlah sekadar melafazkan atau mengiramakan ayat-ayat suci tu. Tapi lebih kepada menghayati dan cuba menjadikan ayat-ayat Quran tu sebati dalam jiwa dan hidup kita. Dan antara yang utama sekali, faham apa yang kita baca. :)
Tapi untuk konsisten baca Quran ni perlukan usaha dan komitmen.
Payah, susah.
Betul saya setuju.
Tapi kalau kita dalam komuniti ataupun dikelilingi dengan orang-orang yang buat benda yang sama; jujur saya cakap, tak sesusah yang kita sangkakan.
Serius jujur. :) Hehe.
Jadinya, saya teringin nak promote satu projek / program ni. Emm, saya tak pasti lah nak gelarkan dia as projek etc atau mungkin lebih sesuai guna 'medium'. Ini adalah usaha untuk menggalakkan lahirnya generasi Al-Quran yang akan rasa Quran tu sentiasa dalam hati kita. Kalau tak baca sehari tu, fuh, rasa tak senang duduk.
ODOJ - one day one juz
ODHJ - one day half juz
Pernah dengar kan?
Program ni bermula di Indonesia, kalau tak silap saya, tapi Alhamdulillah dan tersebar dengan meluasnya di seluruh dunia. Benda baik kann, ya Allah, berganda-ganda pahala orang yang mulakannya ni :). Dulu sy tak pernah bayangkan nak khatam Quran sekali sebulan, tapi ODOJ ni membantu. Weee, alhamdulillah!
Dan kenapa adanya ODHJ?
Ada juga yang semangatnya membara, cuma ada kekangan masa, Jadi, dibahagikan juz tersebut kepada 2 hari. Untuk yang takde kekangan masa dan still join ODHJ, mereka boleh spend masa lebih untuk hayati terjemahan Quran tu. Best sangat, sebab ye lah, baca dengan kefahaman jauh lagi best dari baca sahaja kan :)
--------------------------------------------------
Jadi, kalau ada yang berminat nak join, boleh tengok FB Page ni untuk maklumat lebih lanjut. Or lebih specific nak join, boleh tengok sini. Dan insyAllah, setakat ni, khas untuk girls a.k.a. sisters :)
Oh ye, untuk FB page - One Day One Juz - Europe ni, adanya Europe kat belakang tu bukanlah bermaksud orang-orang kat Eropah je boleh join taw. Alhamdulillah, setakat ni, ODOJ Europe dah dapat penglibatan dari Malaysians yang ada di seluruh dunia. Majority dari Eropah lah; macam France, Spain, Germany, Czech, Poland. Ada jugak dari Timur Tengah - Mesir, Jordan. Tak lupa jugak Turkey, Morocco, Russia, Indonesia, Australia, USA etc. Dan semestinya Malaysia. ^__^
Kalau korang nak tanya nak tanya apa-apa, boleh la leave comments, insyAllah saya try jawab mana yang mampu. Jumpa kat sana! :D