Jelajah Balkan

April 13, 2015

Assalamualaikum semua :)


Plitvice - Bihać - Mostar - Sarajevo


Alhamdulillah, esok genap seminggu berakhirnya kembara saya dan kawan-kawan ke sebahagian Balkan cuti Easter yang lepas. Mungkin tak semua tahu Balkan ni apa sebenarnya, tapi, no worries, saya pun banyak belajar geografi dan sejarah dunia waktu dah besar sekarang ni. Hehe.

Okay, sebagai introduction - Balkan ni adalah kawasan or wilayah di area tenggara Eropah, yang diambil nama sempena Pergunungan Balkan (antara Serbia ke Bulgaria). Jadi, boleh agak-agak lah Balkan ni merangkumi negara apa :) Contohnya Bosnia & Herzegovina, Serbia, Croatia, Greece, Montenegro etc. 

Credit

Cuti 4 hari sahaja masa tu; Jumaat-Isnin, jadi tak dapat nak luangkan masa yang lama kat satu-satu tempat. Dan boleh dikatakan ni perjalanan yang kurang plan sebab masing-masing pack dengan kelas dan exam. Tapi, masa beli tiket flight dulu, dah plan roughly nak ke sekian sekian. Begitu je. :)

Tiket pun beli last minute dan bukannya round trip (sebab nak jimat masa), jadi, taklah semurah yang sepatutnya. T_T Cuma, disebabkan perasaan rindu pada 'suasana' Islam masa trip ke Sofia, Bulgaria dan Istanbul, Turkey awal tahun lepas masih kuat - memang tutup mata la beli tiket ni T_T

Ke mana kami?

3 hari kami di Bosnia & Herzegovina, lebih spesifik di Bihać, Mostar dan Sarajevo. Dan hari pertama tu, kami singgah sehari semalam di Plitvice Lakes National ParkCroatia - letaknya dekat dengan sempadan Bosnia & Herzegovina (BiH).


Plitvice Lakes National Park.

Taman negara ni ialah yang tertua di tenggara Eropah, dan bila dah diletakkan under UNESCO bermakna tempat ni ada ciri-ciri tersendiri yang perlu dijaga. MashaAllah tempat ni memang cantik, penuh dengan tasik-tasik yang bersambung antara satu sama lain dengan air terjun. Dan melalui pembacaan, khabarnya air terjun boleh berubah-ubah, contohnya Tasik A mengalir ke Tasik B. Dan tak lama lepas tu, boleh jadi Tasik A mengalir ke Tasik C. :)

Waterfall in Plitvice. :)

Pernah bersembang dengan orang tempatan tentang Plitvice ni, ada satu point yang rasa serius-tapi-boleh-buat-tersengih. Di Plitvice ni memang tak dibenarkan mandi / berenang. Alasannya memang menarik. Sebab kalau lemas, memang tak dapat nak cari, tasiknya sangat besar, dan macam yang saya mention kat atas tu, aliran air boleh berubah-ubah. Pheww. 


Bihać, Mostar dan Sarajevo, Bosnia & Herzegovina.

Saya lahir setahun sebelum Perang Bosnia yang berlaku dari 1992-1995. Ini ialah perang yang sangat meninggalkan kesan yang padu pada masyarakat di Bosnia sama ada dari segi mental masyarakatnya dan jugak fizikal negara tu. 

Dan rasanya semua sedia maklum yang di Bosnia, majoritinya ialah umat Islam. Senang nak faham, mereka ni kaum Bosniak (rata-ratanya Muslim). Contohnya macam kat Malaysia, yang kaum Melayu pun rata-ratanya Muslim (bukan semuanya ya). Pada masa perang tu berlaku, beribu-ribu orang Islam dibunuh beramai-ramai dengan kejamnya, terutama anak-anak muda lelaki. 

Gara-gara hendakkan keluasan jajahan. 

Memorial Kovaci, Sarajevo.


Di mana-mana saja ada tapak perkuburan, boleh katakan setiap 50-100 meter. Memang setiap langkah di Bosnia akan mengingatkan kita dengan kematian. Sayu rasanya. 

Masih lagi dalam proses menghadam sejarah ringkas Bosnia, insyAllah ada rezekinya saya kongsikan dengan ringkasan ya :)


-----------------------

Maaf, lambat sikit nak up-to-date dengan alam maya ni sejak phone tak dapat diselamatkan dah. Boleh suggest mana-mana phone menarik untuk saya review sebelum beli? T_T. 

Move on Nina. Move on.

Hradec Kralove, 
150412

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.