Satu Hari di Zagreb, Croatia

April 23, 2015

Bersempena selesai satu final exam hari ni, ayuhlah saya berkongsi pengalaman jelajah Balkan yang lepas :) Kali ni, saya try cover perjalanan di Croatia. 


--------------------

Lepas je dapat rawatan kat Belgrade Airport, Serbia, alhamdulillah dapat tidur lena malam tu. Tidur kat airport macam biasa, lagipun next flight untuk ke Zagreb less than 6 hours. 

Cahaya matahari memancar dengan terangnya masa nak bertolak tu. Penting ye. bukan setakat good lighting untuk ambil gambar, jugak sebab nak bagi mood happy. T_T Saya pernah travel dalam musim hujan, memang rasa gloomy, sebak, sayu, sedih semacam je. 


Belgrade Airport ni jugak dikenali as Nikola Tesla Airport. Pernah dengar kan nama Tesla? Famous je rasanya. Tesla ni kan satu unit dalam fizik, rasanya magnetic strength. Kat MRI pun ada guna unit ni as MRI ada guna magnetic field untuk buat imaging. 

So, untuk pengetahuan kita bersama, Nikola Tesla ni asalnya dari Serbia ye. Dan banyak lagi benda lain yang dinamakan bersempena nama Tesla. 


Flight AirSerbia yang kami naik ni, kecil comel je, boleh muat dalam 66 orang. Cuma kipas dia agak scary rupa dia dari seat saya. Yang menarik flight ni ialah dia bagi luggage free untuk check-in. Tak ingat berapa kg, tapi more than 20kg jugak lah. 

Yang kelakar masa nak check in tu, bila nama kami ni panjang sangat. Hehehe. Biasalah nama orang Malaysia jarang yang sepatah. Biasanya nama akan dipotong / diabaikan especially bin/binti. 



Selamat mendarat di Zagreb Airport, dan ni papan tanda yang awal-awal jumpa sejurus turun dari flight. Hrvatska ialah nama Croatia dalam bahasa mereka. And republika tu semua tahu kot, Republic of. Macam Czech Republic pun, orang tempatan panggil Ceska Republika. Gituu. :)

Masa kat passport control, kalau boleh, beratur la sekali kat satu kaunter. Sebab biasanya pegawai tu akan tanya few questions yang biasalah kena tanya:-

- tujuan datang Croatia ni?
- nak ke mana lepas ni?
- berapa lama kat sini?
- akan tidur / menginap kat mana?

So, bila beratur sekali, biasanya orang yang tahu details banyak pasal trip yg patut jadi orang pertama tu. Then, boleh terus bagitahu yang kita travel in a group of __ people. Nanti takde la kena tanya soalan yang sama berulang kali. 


Dari airport, boleh naik bas ni terus ke Zagreb Bus Station, bertolak setiap 30 minit walaupun bas yang besar tu ada 4-5 penumpang je. Tambang dalam 30 Kuna. Oh ya, currency conversion kat sini 1 Euro = 7.5 Kuna. Kami dah tukar duit siap-siap kat Czech, sebab rasa tak berkesempatan nak cari money exchange kat Zagreb tu. Tukar dekat airport, memang dielakkan. 

Oh ye, mungkin ada cari lain untuk tinggalkan airport ni, either teksi or drive sendiri kereta sewa. Tapi kami memang tak sempat nak survey banyak untuk trip ni, so, ambik mana yg mudah dan sesuai dengan masa :)


Pemandangan atas jalan raya pun nampak cantik. Hehe. Mungkin sebab dah lama tak nampak gunung ganang di kejauhan macam ni. Ah, rindu Malaysia. T_T 

Perjalanan dalam 30 minit :) 


Sampai bus station before pukul 10 pagi, alhamdulillah sempat beli tiket bas untuk ke Plitvicka Jezera (Plitvice Lakes) yang pukul 10.30 pagi. Mula-mula rasa lost bila sampai bus station tu, walaupun station tu simple je sebenarnya. Kaunter tiket ada kat tingkat atas rupanya (bukan separas dengan bas-bas semua). 

Boleh rancang perjalanan via this website, kalau nak naik bas ke any parts of Croatia ataupun luar Croatia jugak. 


Oh ya, bas untuk ke Plitvice ni memang biasanya akan penuh dengan tourists. Bas ni macam bas lompat-lompat tu dan walaupun dalam tiket ada tulis seat kita nombor berapa, takyah rely on that. Kadang-kadang bila naik bas, tengok dah ada orang duduk seat kita. Sebab sebenarnya bas kat sini free seating! 

Diorang letak nombor seat hanya untuk make sure takde penumpang yang berdiri. 

Banyak kali dah pengalaman macam tu kat negara lain pun, so, kami dah come out dengan trick - 2 orang jaga bag untuk letak kat luggage storage bawah bas tu, 2 orang lagi naik bas dulu and cop tempat. Haha tapi yang lawaknya, end up semua naik bas terus, dengan bag2 sekali sebab nak store bag pun kena bayar T_T Mana boleh jimat yang ketara sangat, kita jimat yea. 


Konsep bas dia, dah nama pun bas lompat-lompat - memang banyak bus stop yang dia berhenti. Dan majoritinya dia tak bagitahu pun nama bus stop tu. :p Macam kami, penginapan kami Guest House Plitvicka - satu bus stop lepas Plitvice ni, Mukinje namanya. Sebutan dia Mu-kin-nye. So, kalau korang naik bas ni dan nak berhenti selain dari bus stop Plitvice tu, bagitahu driver siap2. 

Nanti ada yang terlepas ke bandar lain macam Zadar, Split, Bihac etc. :D

Sampai kat bus stop Mukinje, jalan kaki dalam 100m, sampai dah kat Guest House Plitvicka ni. Alhamdulillah, tempatnya selesa - rupanya ni villa keluarga yang dah direnovate untuk disewa by rooms. 



Selesai check in - let's go to Plitvice Lakes! :D

Basically, kami tak explore Zagreb pun heee, sebab niat asal memang nak ke tasik2 ni. :) Sampai airport & bus station Zagreb pun jadilah. T_T

InsyAllah, bersambung ke post seterusnya yea.
Assalamualaikum.

Hradec Kralove
150422

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.