Hamparan Rapeseed
May 19, 2015
Alhamdulillah.
Grad's Night dah selesai, Dinner untuk Malaysians di lokaliti saya pun dah selesai. InsyAllah ada lagi satu final exam sebelum mulanya cuti summer. Weee, insyAllah kalau takde aral, by end of May dan habis semester dah. Tapi tak dapat nak balik Malaysia awal sebab kena renew visa kat Czech ni. -_-
------------------------------------
Habis kelas last week, rasa tak nak balik rumah. Kalau sampai rumah, memang terus jadi tak produktif. Masuk comforter, pasang kipas, tidur. T_T
Jadi, ayuh kita berbasikal sepanjang sungai. :D Kayuh kayuh kayuh, terkesima tengok pancaran keemasan dari jauh. Wahhh mashAllah, ada ladang rapeseed rupanya kat Hradec Kralove ni. Biasa nampak pemandangan macam ni kat kawasan luar bandar masa naik train ataupun bas HK-Prague.
Kalau kat Malaysia kita ada banyak ladang kelapa sawit, kat Czech ni banyak ladang rapeseed. Ladang sunflower pun. :)
Untuk pengetahuan kita bersama, biji rapeseed ni boleh diproses jadi minyak sayur-sayuran, ketiga terbanyak selepas minyak kelapa sawit dan kacang soya. Tapi kat Tesco sini, saya biasa beli sunflower oil - sebab dia murah. Hehe. Minyak kelapa sawit hmmm rasa macam tak perasan pulak ada ke tak.
Actually nervous nak masuk ladang rapeseed ni, sebab dia open, tak berpagar. Risau pulak kalau tiba-tiba dikatakan trespass kawasan owner ni. Masuk ikut laluan traktor, so tak rasa bersalah sangat nak pijak bunga tu. :D Memang orang Czech yang tengah cycling or jogging kat laluan tu pandang pelik je kat kami, sebab nampak sangat teruja nya. -_-'
Tapi, hmmm.
Kita kena nikmati pemandangan cantik Allah dah bentangkan untuk kita kannnn?
"Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya" - Quran 14:34
Hradec Kralove,
150518
Belajar dari Grad's Night 2015
May 6, 2015
Subuh 3.58 pagi
Maghrib 8.24 malam.
Dah start praktis puasa ke arah Ramadhan nanti :) Cuma, memang exhausted jugak lah kadang-kadang sebab bangun tidur dah masuk Subuh -_-', memang tak dan nak sahur. Nanti Ramadhan lagi challenging ni, Subuh before 3 pagi, Maghrib 9 malam lebih. Go go!
Ramadhan is coming guys!
Moga Allah sempatkan kita dengan Ramadhan. Ameen.
Banyak events yang saya jadi salah seorang organiser untuk bulan May ni, fuh. Kerja mungkin tak seberat orang lain, tapi terasa la kepadatan masa tu. Salah satunya;
Grad's Night 2015
Event ni ialah untuk meraikan 6th year (a.k.a final year) students kat universiti saya. Saya tak pasti uni lain macam mana, tapi kalau kat uni saya - students yang handle. Lebih spesifik nya budak-budak 4th year.
Banyak perkaralah yang saya belajar masa tolong organise kan event ni.
1. Kami boleh make sure yang the event tu alcohol-free dan makanan semua halal.
Penting sangat point ni. Sebab apa? Ada pelajar 6th year yang Malaysian Muslim. Of course la nak diorang rasa tenang dalam dinner tu, tak payah nak risau pasal makanan & minuman etc.
Tapi tak semudah tu nak deal dgn orang lain yang nak kerja sekali. Even though the event tu mungkin la bebas dari alcohol, tapi untuk make sure takde dana / usaha kami yang Muslim yang menyumbang 'indirectly' ke alcohol tu.... ya Allah bantulah kami.
2. Boleh belajar sikap & cara kerja orang.
Biasalah, nak get to know people, kena spend time sekali kan? This event patutnya diuruskan oleh semua 4th year. I'm not sure kenapa students yang organise at the first place, -_-' tapi dah jadi tradisi kat uni ni.
Out of semua 4th year students, memang bukan semua yang nak libatkan diri. So, saya sendiri boleh bayang betapa beratnya tugas sesetengah orang bila kena pikul banyak tanggungjawab.
3. Latih diri jaga masa
Salah satu skop kerja saya - fundraising team - yang ambik banyak masa.
Memang niat utama untuk jaga bahagian duit sebab nak cuba pastikan sources of money yang baik. Uni just provide duit untuk dinner hall, and the rest kami kena cari ways to gain money. Kat Czech ni, macam susah sangat nak dapat sponsor orang, lagi-lagi kami yang international students. Language barrier mungkin. Kalau orang nak sponsor pun, lebih kepada kupon, voucher - yang end up, akan jadikan sebagai cabutan bertuah.
Fundraising - buat jualan - haaa, since Malaysians yang banyak involve in this part, tu yang banyak makan makanan Malaysia lately ni. Sate ayam, karipap, kek batik etc. ;)
But it was fun to introduce our food to the people.
-------------
The event will be on this Saturday. Nervous!
Doakan kami ye.
Moga Allah redha semua usaha tu.
Hradec Kralove,
150506
Subscribe to:
Posts (Atom)