SubhanAllah, menakjubkan!
|
Pintu masuk. |
Saat melihat keindahan di Plitvice Lakes ni, memang hampir tak berhenti kalimah memuji kecantikan ciptaanNya, kalau tak di mulut pun rasanya di hati semua orang, berbunga-bunga rasanya.
Kedua syurga itu kelihatan hijau tua warnanya.
Maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg kamu dustakan?
[arRahman:64-65]
|
Dari Villa Plitvicka Mukinje ke Ulaz (entrance) |
Tempat penginapan kami letaknya dalam 10 minit berjalan dari entrance Plitvice ni. Kalau ikut map, memang rasa sangat jauh. Tapi lepas dah ditunjukkan jalan dalam dari Mukinje ke pintu masuk, alhamdulillah not that far. Cumanya, untuk sesiapa yang berusia, mungkin boleh ambil penginapan yang dekat dengan pintu masuk - macam Hotel Plitvice, Hotel Jezero etc.
Nanti, belum apa-apa dah penat dah. :)
|
Perjalanan dari villa ke tasik. |
Macam yang dah dikongsi dalam post
Jelajah Balkan, Plitvice Lakes ni ialah satu taman negara yang tertua di Tenggara Eropah dan dah berada dalam list UNESCO sejak tahun 1979. Untuk opening hours dan harga tiket, boleh refer the
official website. Tak perlu beli/book in advanced pun, just pergi kaunter tiket and get yours :)
Harga tiket ada berbeza sikit ikut waktu bila kita pergi. Contohnya, harga antara 1 Jan - 31 Mac dan 1 Nov - 31 Dec murah hampir separuh harga dari harga dalam bulan selain itu. Kalau harga murah, maknanya itu ialah masa yang kurang pelancong. Lebihnya kat sini, kurang sesak, takde photobomb apa-apa. Hehe. Tapi, masa tu winter dan pemandangan pokok-pokok memang takde daun la ye. Boleh jadi bersalji dan sejuk berangin.
Kalau ada student cards, boleh guna jugak :)
Tiket agak besar, tapi okay je rasanya sebab kat page belakang tiket ada disediakan peta - sesuai dengan saiz kawasan tasik ni. :) Simpan tiket tu, rasanya bila nak naik boat, kena tunjuk tiket dekat orang boat tu.
Untuk menjelajah laluan tasik ni, kita boleh pilih routes yang bersesuaian - bergantung pada berapa lama kita nak / mampu spend masa kat sini. Paling singkat, boleh pilih route E (2-3 jam). Kalau tak silap, dulu kami ikut laluan H (4-6 jam). Kalau korang rasa korang akan ambil banyakkkkk gambar, boleh la tambah 1-2 jam masa merancang perjalanan tu :D
|
Route E / F / H / K |
Dalam kawasan tasik ni ada disediakan bas - kiranya kalau nak naik bas untuk start berjalan dari kawasan tinggi pun boleh. Tak payah nak 'mendaki' awal2. Tempat ni boleh tahan berbukit jugak, biasalah ada kawasan tinggi sikit, kawasan lain yang rendah sikit.
Tapi insyAllah walkable - jalan slow-slow pun takpa. Take our time :) Kalau orang belakang lagi laju pun, biar je dia nak potong kita.
Kebanyakan laluan tu ialah keliling tasik, tapi banyak jugak laluan yang merentasi tasik tu. Dah disediakan laluan berkayu - yang boleh jadi tenggelam sikit dek air lagi-lagi lepas hujan. Kalau boleh, pakai kasut yang kalis air sikit na. Kalau tak pun, okay je. Hati-hati pijak spots yang kurang air. :D
Jemput tengok beberapa gambar2 sekitar tasik ni.
Dekat gambar atas ni, P2 - ada tempat tunggu bot untuk cross tasik ke pit-stop seterusnya :D Harga dah termasuk dalam tiket, so, kalau sempat, naik ye.
Kalau naik ke P3 - boleh tengok banyak lagi waterfalls cantik-cantik. Kalau ke P1, terus balik ke kawasan berdekatan entrance.
Kami pilih ke P3, sebab masih cerah lagi dan alang-alang dah sampai kan. Tapi alert jugak ye, walaupun ada bas yang lalu few routes kat sini, dia ada masa tamat jugak. Try tanya dulu bas terakhir pukul berapa - so that takde lah nanti tak dapat naik bas, end up kena jalan kaki masa dah gelap.
These places, actually tak expect pun. Sementara tengah tunggu bas untuk balik ke entrance, rasa macam lama pulak nak tunggu - dalam 20 minit camtu. So, teruskan berjalan. Rupa-rupanya banyak je kawasan yang kitorang hampir terlepas nak pergi. Ini antaranya lah :D
Dah macam post tips2 ke Plitvice pulak. Heee
Mana yang rasa sesuai, guna pakai lah ye kalau ada yang merancang ke sana :)
Basically, routes dia smooth je, insyAllah takde sesat bagai. Ikut je laluan, takpun tanya2 orang.
You will know as you go :)
Ada jugak orang kata tempat ni overpriced - tapi personally, okay je harga dia. Berbaloi dengan pemandangan yang tak akan dapat kat tempat lain. Plitvice Lakes pun kena jaga kualiti tempat ni kannn?.
SS, Perak, Malaysia
150630