Alhamdulillah :D
Belum mula lagi :p |
Merasa jugak masuk apa-apa acara larian. Dah lama aim nak join, asal klik register je, mesti dah tutup. Dan rezekinya kali ni ternampak announcement kat Instagram. Lol. Memang betul la Instagram bukan setakat berkongsi gambar, jual beli sebagainya.
Jadinya, apa persediaan?
Memandangkan saya dah start running, cycling & hiking masa kat Czech lagi, stamina taklah teruk sangat. Not that good but not that bad. Haha. Kira tak semputlah. <-- Ini betul saya suka. :D Dan kat rumah, ada lagi lari few kilometers on alternate days. :)
Fit Malaysia kali ni kat Ipoh, Perak. Weekend depan ni kat Kepala Batas, Penang. Sesiapa nak join boleh la register. Oh ya, bukan larian sahaja taw. Ada berbasikal jugak. Larian tu pulak boleh pilih 5km atau 10km.
Saya prefer berbasikal lagi, tapi basikal yang ada kurang sesuai untuk saya, helmet pun takde. So, ke larian lah kita. 5km okay laaah untuk beginner :D
Menarik jugak la bila berlari atas jalan yang biasa kita guna dengan kereta. Hehe. At the same time, improve sikit memori tentang selok belok jalan kat Ipoh. Kawan saya yang belajar kat Ipoh pun lagi hebat jalan-jalan situ berbanding saya yang selalu ke Ipoh dari kecil. T_T
Nanti saya share pengalaman masa berlari dan apa yang saya dapat dari event Fit Malaysia ni yea. InsyAllah.
SS, Perak, Malaysia
150914