Fikir Sebelum Buang

October 9, 2015


Everybody loves food. 

Dan boleh katakan semua orang suka makan. Lagi-lagi kalau dapat makan banyak-banyak tapi tak naik berat badan. One of the best feeling ever! ^_^


Pembaziran Makanan
Sumber - Facebook


Siapa kat sini pernah rasa bersalah setiap kali buang makanan yang tak habis dalam tong sampah?

Saya! Dan korang pun kan?

Alaa, ada sekelumit pun, kira la jugak tu. :) Naluri kita asalnya suka benda yang baik. Jadinya, bila kena membazir makanan yang boleh dimakan macam ni, rasa tak seronok. 

"Patut jangan beli makanan banyak-banyak tadi."
"Alamak, makan sikit pun dah kenyang. Camne ni?"

Inner thoughts most of us.

Pembaziran Makanan Bulan Ramadhan
Sumber - Google


Pembaziran makanan banyak jadi dalam bulan puasa. Hmm, untuk kes sayalah. Perasaan nak makan macam-macam tu, memang rambang mata kalau dapat ke bazaar Ramadhan. Semua makanan nak beli, semua makanan nak rasa. Ibarat takde hari esok. 

Dan di penghujung hari, ke tong sampah akhirnya. Peti ais pun dah penuh dengan makanan yang tak habis hari-hari sebelum ni. :p

Sebutir beras ibarat setitik peluh petani.

Popular kan quote ni?

Fikir-fikirkan lah macam mana makanan tu diproses atau dimasak sebelum kita buang. Elakkan membeli atau memasak ikut nafsu, elak pembaziran wang juga :)

Saya ni 'tong sampah'.

Ni quote untuk diri sendiri yang saya cuba sedaya upaya nak hapuskan. Saya memang tak boleh tengok makanan tak habis dan end up dalam tong sampah. Lagi-lagi kalau saya yang kena buang makanan tu. Orang yang biasa basuh pinggan ataupun kemas meja lepas makan ramai-ramai mesti faham macam mana perasaan nak kosongkan pinggan sebelum sabun dan bilas kan?

Pinggan saya biasanya memang akan 'clean' (kecuali tulang, kulit etc T_T). Kalau makan ramai-ramai dalam dulang, memang paling bahaya laaaa kalau dulang-mates tak makan banyak. T_T

Tips;-
1. Rancang makanan sebelum masak - berapa kali nak makan, berapa orang nak makan.
2. Kalau makan kat kedai, fikir dulu, nak pilih makanan sebab nafsu ke memang lapar. Habiskan.
3. Kalau portion makanan tu besar, kongsi dengan kawan ataupun makanan yang bungkus tu bawak balik untuk makanan seterusnya. 


"Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." - Quran 7:31


Okay guys? Reminder for myself as well. :D

Salam Jumaat semua ;)

Fakultni Nemocnice HK, Czech
151009

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.