Kembali di Czech

October 1, 2015

Alhamdulillah, dah selamat bersila atas katil kat rumah di Hradec Kralove ni. Dah selamat tiba lepas perjalanan 7 jam flight Kuala Lumpur - Dubai, 10 jam transit di Airport Dubai, 7 jam flight Dubai - Prague, 1 jam bas Airport Prague - Train Station Prague, 2 jam train Prague - Hradec Kralove.

Czech from top
Czech from top


Perjalanan bersama satu luggage besar 31kg, satu cabin luggage 15kg, backpack 10kg. 

Gigih.

Oh. Belum masuk angkat beg setiap satu ke rumah kat tingkat 4, naik tangga. Haha. 

Masuk rumah terus..... mana katil mana katil -_-'

Dan terlelaplah selepas Maghrib hingga pukul 2 pagi.

Ah sudah, tak boleh tidur. Ye lah, 2 pagi sini sama dengan 8 pagi Malaysia. Jet lag. Sejuk bukan main, padan muka tidur tak tutup tingkap, heater tak pasang. :p Selesema. Batuk dari Malaysia pun tak lega lagi.

-----------------

Sunrise in Hradec Kralove, Czech
Sunrise pagi tadi.


Pagi tadi dah pergi kelas dah. Kelas pertama di semester baru, padahal kelas dah start 2 hari lepas. Takde niat nak ponteng kot, asalnya. :D Kelas macam biasa, minggu pertama semester kannn, penuh lectures. Asalkan saya ambik nota, alhamdulillah tak mengantuk. Memang segar habis.

Kita tunggu malam ni, pukul berapa masuk tidur. Haha

Eh, beg tak unpacked lagi. Nanti saya sambung update. Kalau rajin T_T

Doakan tahun ni akan jadi tahun yang awesome walaupun akan penuh dengan exam, mudah-mudahan tak stress over sangat. 

Mak ayah abglong abgngah, I miss you.
Byeee, assalamualaikum.

HK, Czech
151001

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.