Alhamdulillah dah selesai unpack beg, dah letak beg dalam 'store', dah kemas almari, dah sapu habuk, dah buat laundry. Senang kata dah kemas bilik wohoooo, lega. Sejuk mata nak bangun pagi lepas ni :D
My rooftop room |
Tu semua buat semalam. Well, takde kelas masa weekend kan?
Semalam jugak, cadangnya nak bayar sewa flat. Memang tertunggak habis dari Julai. Julai Ogos September Oktober, dah deal dengan Uncle S (landlord aka tuan rumah sewa) untuk bayar lepas balik cuti summer. Fuh, rasa bergetar-getar tangan nak sediakan duit. Dah whatsapp Uncle S untuk set up masa nak jumpa dan biasanya memang Uncle S akan datang rumah untuk proses kutip duit tu.
Pukul 9, masa yang dijanjikan. Uncle S tak datang.
Lepas 20 minit, ding dong ding dong. Siap pakai properly, pastu bila bukak pintu... eh bukan Uncle S. Ada dua wanita, seorang lelaki & seorang baby girl. Eh eh nervous dah. Siapa ni? Tapi muka macam familiar.
Baru teringat one of the women tu, isteri Uncle S. Jumpa 2 kali je sebelum ni - masa tengok rumah & masa serah kunci. Bila perkenalkan diri, seorang lagi wanita tu anak kepada Uncle S. Pernah meet up seorang lagi anak perempuan dia masa Uncle S travel pergi South Africa nak jenguk cucu dia baru lahir. Anak dia dah berkeluarga dan bekerja kat sana.
Dan bila tengok baby girl tu, memang terus teringat moment tu. That's the baby! Rasa lain pulak Uncle S wakilkan diorang untuk datang. Mana Uncle S?
Lepas anak Uncle S perkenalkan diri, dia bagitahu "I want to inform you that my dad had passed way, on the 25th of September."
Allahu. Terdiam. Speechless sungguh.
"I am sorry to hear that." Itu yang mampu terkata lepas beberapa saat terdiam.
It was just few days ago. Just few days. T_T
Teringat wajah happy dia setiap kali jumpa.
Teringat betapa excited Uncle S masa dia bagitahu cucu baru lahir dan dia nak jenguk cucu dia.
Teringat dia menghulur sepinggan home-baked cookies masa Christmas.
Teringat betapa happy dia mendengar kisah travel (roughly je) saya.
Teringat bersungguh-sungguh dia bertanya ada apa-apa masalah tak dengan rumah yang dia boleh baiki.
Since I have good memories so far about Uncle S from the moment we first met until the last time before going back to Malaysia, meet every month for the rent ... I felt the lost.
The rest was history.
True. |
May you rest in peace, Uncle S.
HK, Czech
151004