Churros dan Dia

November 30, 2015



As I promise myself to update the blog along with the Instagram...

Here you go. Churros. :)

Rasanya banyak orang share kat Facebook tentang churros ni. Macam-macam resepi, ada yang churros digoreng, ada yang dibakar dalam oven. Yang terkini saya tengok, churros oreo. Wohooo. I love oreo!

Ni hasil scroll FB la ni. 






I made few, as 'rewards' to this beautiful lady. Lucie.
MashaAllah, she is a revert Muslim Czech, struggling to live as a Muslim in a non-Muslim family. I had amazing Saturday with her, listening to her Quran reading. She knew all the alphabets and how to pronounce them. 

Of course, she couldn't pronounce well few alphabets (especially 'ain), but I must say that SHE IS AMAZING!! 

Saya pun bukanlah expert dalam Quran ni, jadinya, saya cuba bantu ikut pengalaman dan apa yang pernah saya belajar sebelum ni. Sekarang pun, masih membaca Quran hari-hari insyAllah. Cuma tengah struggle jugak untuk hayati maksud-maksud ayat Allah tu, supaya bukan setakat lafaz di bibir. T_T Baca tu pun pahala kannn, ameen!

Saya memang dah lama nak buat aktiviti macam ni dengan Lucie. Hiking sudah, cycling sudah, makan-makan sudah. Alhamdulillah, diberi peluang jugak :) Moga ada lagi di masa akan datang. 

Sementara tolong tengokkan bacaan (atas, bawah, depan tu), saya rasa saya kena belajar tajwid balik untuk explain kat dia kenapa kat ayat macam ni kena dengung, kenapa nun ni takde bunyi, terus masuk mim, kat mana kita boleh berhenti baca dan boleh sambung balik. InsyAllah, dari sekolah kita dah belajar ihfaq hakiki, idgham ma'alghunnah semua tu kannn, tapi 'terms' tu saya jujurnya dah lupa nun bertemu huruf sekian-sekian. Bila baca ayat Quran, lidah tu biasanya dah tahu 'ahaa, kat sini dengung etc..' T_T 

Okay, homework!

Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka, masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku. - Al-Fajr 89:27-30

Di penghujung surah, saya try share apa yang pernah saya belajar tentang kisah surah tu. Tak la semua, actually yang saya share pun apa yang paling terkesan di hati saya sendiri sementara dia baca. T_T. 

And, it was a hard task to explain something in English, as well. Sampaikan 'redha' pun saya terlupa kejap English-nya apa. 

So, basically, those verses are about the rewards for people who follow what Allah asked us to do. Amar makruf nahi mungkar. And sometimes, we as humans found it hard to be pleased with what we have in our life. Being grateful of all events that happened either good or bad - it is just hard. We might blame Allah or something or someone else for the bad things. Yet, we didn't really thank Allah for the good things - I mean, spiritually, from the bottom of our hearts. 

If we are pleased with our life, our hearts and minds will be in peace, insyAllah. Just, that's not easy to do. Hard work guys, hard work. 

That's why Allah assures us with the rewards in Akhirah soon - to keep motivating us. :)

Moga Allah permudahkan urusan kita semua. Dan moga Allah kuatkan hati dan semangat kita untuk urusan yang sukar. Ameen.
Hradec Kralove,
151130


Menara Basikal

November 26, 2015


Sebab saya memang selalu naik basikal, menara ni sangat menarik perhatian saya masa kali pertama nampak. Ye lah, sesuatu yang baru dan saya sendiri tak pernah tengok kat tempat lain. Di Amsterdam yang terkenal dengan basikal pun, saya tak jumpa. Mungkin ada rasanya ataupun sistem parking basikal kat situ lain sikit. Nama pun tak explore seluruh Amsterdam. -_-' :D

Robotic Bicycle Parking Tower in Czech Republic


Oh ya, menara ni dekat sangat dengan rumah saya dan letaknya berhadapan dengan stesen kereta api Hradec Kralove (Hradec Kralove hlavni nadrazi). Saya pernah guna 2 kali sebelum ni, rumah masa tu jauh sikit dari stesen kereta api. Jadinya, menara basikal ni lah tempat yang boleh katakan selamat untuk parking basikal beberapa hari kalau nak naik kereta api / bas ke bandar lain.

Dan yang penting, murah ^_^

5kc sehari (lebih kurang RM 1). Okay la tu kan. Yang penting kurangkan risiko basikal kena curi. 

Robotic Bicycle Parking Tower in Czech Republic

Pernah rakam video masa proses hantar basikal masuk dalam menara dan ambil basikal balik. Tapi video tu dalam phone lama yang dah rosak tu. Maaflah, tak dapat nak kongsi.

Just watch this YouTube video yea to get rough idea what's going on. Bicycle tower yang saya kongsikan sama konsep macam video kat bawah, lokasinya kat Jepun cuma bezanya yang Jepun ni bawah tanah.


Video ni yang naik di news feed Facebook saya, tu yang tiba-tiba rasa best nak share.


Yang menariknya juga, kita boleh tinggalkan topi keledar, beg2. Yakin selamat, insyAllah sebab takde orang yang boleh ada contact dengan basikal lain kecuali basikal sendiri :) 


Dekat depan bike tower ni, ada disediakan pam tayar. :D Cuma kelakar sikit masa tengah nak cuba tu. Tak faham sangat arahan yang dibaca dan akhirnya basikal saya terus takde angin. T______T

Robotic Bicycle Parking Tower in Czech Republic

p/s - Tengah consider nak bawak balik my Kelly ni, masih kira-kira berbaloi ke tak.
p/s/s - Basikal saya namanya Kelly.
p/s/s/s - Kelly tu sebenarnya literally jenama basikal. Lol. Pemalas cari nama.

Hradec Kralove,
151125

Giveaway Poskad Vintage by Jindrisska



Dah beberapa kali dah Aisya ni buat giveaway, tapi belum ada rezeki nak menang T_T

Please Aisyaaa, this time, pretty please :D

p/s - Klik SINI untuk join taw :)

Hradec Kralove,
151125

Ahad.

November 22, 2015

Memang taktahu nak letak tajuk apa.


Yeay, excited hari ni 1st snow untuk winter ni, Agak awal sebab tak dapat agak pun bila habisnya autumn, bila mulanya winter. Cuma, walaupun ni dah tahun kelima sobs sobs, masih teruja dengan kehadiran butir2 ais dari langit ni. Teringat masa bawak mak ayah jalan-jalan kat Switzerland, rezeki diorang dapat merasa salji kat puncak Schilthorn tu :) 

Nak tunggu post Aisya pasal Swiss, baru nak cuba update pasal sana. Haha. Kalau la update. T_T

I guess, nak cuba cara update kat blog dulu kalau ada any nice pictures, lepas tu baru share kat Instagram. Kalau.......

Blog banyak gambar, saya enjoy the pictures. 
Blog banyak perkataan, saya baca dan cuba cari pengajaran dari pengalaman orang tu. 

Kadang-kadang orang tu mungkin tak rasa blog dia bermanfaat sangat, tapi percayalah, setiap orang tengok sesuatu tu dari kaca mata berbeza. 

Ni sebenarnya tengah motivate diri untuk rajin update blog. Haha.

K bye

Hradec Kralove,
151122

Kuasa Senyuman

Smile!
Credit - Google



Dalam sebulan dua ni, memang berdebar rasanya nak keluar rumah. Hujung Oktober, baru je ada demonstrasi anti-Islam & immigrant kat Prague. Dan seminggu lepas, dengan insiden Paris attack. Selasa lepas, lagi sekali ada demonstrasi kat Prague jugak yang bermatlamat yang sama. 

Kat FB, macam-macam kisah yang kita boleh baca - tentang perempuan yang ditolak ke arah kereta api di London, tentang perempuan yang 'mentally abused' dalam train di Germany etc...

Sekarang ni, setiap kali nak berurusan dengan orang Czech, rasa dia lain macam sikit. T_T Renungan mata diorang yang tajam, selama ni boleh nak lawan balik dengan balas renungan tajam. Ataupun buat bodoh je. Jalan selamat, senyum selebar, manis mungkin dan cakap dobry den (good day).

Jujur cakap, orang Czech ni kalau usha korang, memang boleh rasa tembus la. 

Lepas bermacam-macam peristiwa ni, rasa lebih perlu usaha jaga diri dan berhati-hati. Lagi-lagi bila keluar seorang diri (which I normally do). Ye lah, pergi sekolah (hospital) naik basikal seorang2. Balik pun sama, ada peluang memang akan join sekali boys yang satu laluan balik. 

Sekarang ni pun, tengah latih diri jangan stay library / hospital / kafe sampai lewat malam. Kat sini, jam 9 malam tu memang lengang sangat dah bandar ni. T_T Kafe pun tutup pukul 8 malam. ;p

Although I am a proud Muslim wearing hijab, I need to do something on this as well. Kadang-kadang hijab tu yang tarik perhatian orang. Dan sebab ni jugak, pakaian saya memang akan pilih at least a layer yang ber-hoodie. Untungnya masa musim sejuk sekarang, memang semua orang pun tutup litup kannnn. :)

Pernah satu hari, ada perasaan seakan-akan orang nak tendang basikal dari tepi. Nervous tu memang tak tergambar lah. 

Oh, point nak sampaikan kat sini. Senyuman tu mampu mengubah mood & persepsi seseorang. 

Orang pandang pelik, kita senyum. 
Orang kata bukan-bukan, kita senyum. 
Jumpa orang Czech tengah jalan yang dah tenung kita dari jauh, kita senyum. 

domino effect of smiling
Credit - Google


Semalam, pergi beli barang-barang makanan kat Tesco. Tengah bayar kat kaunter, tiba-tiba ada seorang budak ni kat sebelah, sambil tunjuk bunga kobis saya. Terpinga-pinga kejap. "Eh why?". Teragak-agak budak tu nak jawab "It fell down." Allahu, terus cakap "Awww, thank youuuu" sambil senyum berganda. Nak dijadikan cerita, memang nampak jelas muka budak tu tenang. I mean, dia pun tak nervous lah. Siap dia lambai-lambai cakap bye bye lagi lepas tu. 

You made my day, little kid. :)

Hradec Kralove,
 151121

Hello November :)

November 5, 2015


Dah 5hb dah kan :) Happy birthday abg long!

Rasa macam baru je lagi menikmati kecantikan bunga api tahun baru 2015 kat atas lebuh raya di Istanbul. Sesat punya pasal bila GPS tak cover Turki. 

2015.

Tahun ni alhamdulillah tak seberat tahun lepas, dari segi dugaan hidup. Study sentiasa rasa makin susah tapi still... boleh move on lah. 

Dah lebih 4 tahun duduk di perantauan ni, memang rasa tak sabar nak balik. Tapi bila memikirkan susahnya kerja berbanding belajar, rasa taknak balik. Rindu family memang sentiasa. 

Hari tu ada seminar tentang macam mana nak sambung kerja kat Czech ni ha. Dan negara2 lain, UK Ireland Sweden etc. Bila dengar rasa macam....balik je lah. Gaji tu memang of course negara lain tinggi lagi. Dengarnya Botswana pun boleh offer gaji utk foreign doctors sampai 2000 Euro sebulan, dengan penginapan sekali. Lol. 

Ottoke?

Fikir fikir fikir. 

Oh, kalau kerja sini tak mudah sangat. Teknologi memang tiptop, sistem macam menarik tapi kurangnya part bahasa. Belajar in English, macam mana nak expect diri fluent bahasa Czech. Haha. Siapa yang ada inisiatif sendiri, memang power lah Czech dia. 

Cikgu siap suruh kitorang cari boyfriend girlfriend orang Czech. Amboi.

Hehe. Pelik pulak rasa dah lama tak post kat blog. Tengah try post via email ni. Kot kot la lepas ni boleh try buat live update hahaha.

Okay lah, nak kena bersiap ke kelas. Untuk yang sudi baca, nah saya hadiah gambar autumn ni yang dah ada kat Instagram sebenarnya. ^_^



Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.