Sebiru Hari Ini, Post O&G ;)

December 14, 2015



Live dari library. Ye, kena study, Khamis ni ada satu lagi exam final. Cuma kat sini takde study week semua tu, kelas macam biasa, final exam pun ada jugak. Kena pandai2 susun masa nak fokus masa kelas, nak ponteng mana-mana kelas etc. Opsss.

Final exam kat sini pelik sikit sistem dia. Haha, nanti nanti lah cerita part tu.

beautiful clouds

Sekarang ni tengah rotation O&G, yang department ni saya dah lama tak sabar nak masuk dari 1st year. Dan sampai jugak akhirnya :) Nampak susah, tapi I feel glad meeting all these women. Dari teenagers yg ada masalah menstruation, teenagers yang pregnant, makcik-makcik yang ada masalah dalam sistem genital dia, mak-mak bersalin, team neonatal :D Happy. Setakat ni lah ^_^

Hari ni ikut doktor yang jaga outpatient, so jumpa lah dalam 7 patients yang ada pelbagai sebab untuk datang hospital. Dan 7 kali jugak lah, tengok doktor buat transvaginal ultrasound. Awkward jugak pada awalnya sebab patients sini memang 'open'. Seriously 'open'. Lain adat, lain budaya, lain agama - itu faktor utama kot. Cuma advantage kat students sebab takde restriction sangat untuk examine patients. Biasanya patients akan okay je lah untuk kita examine from top to bottom :)

Bila buat transvaginal ultrasound ni, biasanya aim untuk tengok part2 sekitar vagina ni. Uterus (rahim), ovari, cervix, bladder, rectum etc. Boleh guna untuk tengok berapa umur kandungan untuk 1st trimester. Boleh guna untuk tengok ada apa2 ketulan / ketumbuhan kat rahim. 

The best moment, bila tengok baby 11 minggu bergerak2, dan memang terpancar la muka excited mak ayah tu bila doktor bagitahu saiz baby sekian-sekian, ni kepala, kaki, tangan etc. Saya ni pun happy sangat tengok baby dalam skrin mesin ultrasound tu, apatah lagi mak ayahnya kan :D

The baby is so small dalam 3.2cm camtu (CRL - crown-rump length = ukuran dari kepala ke punggung). Grow well, baby. :) The mother lahir 1993 kot, terus rasa tua T_____T



beautiful clouds
Awan kepul kepul rasa nak makan!


Sampai sekarang, masih terbayang-bayang baby tu bergerak2. :D Comel! Walaupun takde rupa lagi, tapi still comel lah :D

Anak bongsu kan, takde banyak pengalaman deal dengan baby setiap hari. Kalau jalan rumah makcik, haaa, kat sana baru banyak anak-anak sedara kecik2.


It makes my day happier. Dan habis kelas, terus cycling ke library. Dan sepanjang perjalanan tu, rasa nak senyum je dan entah kenapa ramai betul yang senyum balik. Bila ucap dobry den (good day) dapat balasan, lagi rasa nak senyum. 

Anyway, doakan ye saya & kawan-kawan nak exam ni ea.

Take care, semua.

Knihovna Mesta Hradec Kralove
151214








Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.