Autobahn ni rupa dia sama je macam highway Malaysia tuu, cuma yang bestnya, takde toll, tak payah beli Vignette, jalan cantik.
Ni nak share few tips untuk memandu kat Autobahn ni :D
Tips #1 - Make sure petrol/diesel bukan kat level warning!
Kalau dah rasa petrol/diesel dalam kereta tu dah nak tinggal sikit sangat, sila lah isi secepat mungkin. Saya tak tahulah sama ada betul atau tak, tapi rasa macam jauh jugaklah jarak antara dua stesen minyak. Jangan sampai kereta mati atas jalan sebab takde minyak, hari tu ada baca yang kisah macam ni boleh kena saman nanti.
Petrol station |
Nak isi minyak kat Europe ni, korang isi dulu minyak pastu baru bayar. Make sure check kereta / kereta sewa korang pakai petrol ataupun diesel okay, jangan tersilap isi. Rate harga, memang tutup mata lah untuk tak compare dengan Malaysia. Harga diesel dalam 1.20 Euro/l, tapi harga minyak kat sini memang fluctuate tiap2 hari. even setiap petrol station pun ada rate berbeza. Paling murah jumpa masa kat Bingen, diesel 0.99 Euro/l. :D
Tips #2 - Pilih tandas kat stesen minyak
Masa kat autobahn ni, singgah lah few R&R (Raststätte) - untuk rehatkan kereta & ke tandas. Terpegun kejap dengan tandas kat stesen minyak tu. Haha, semua benda automatik. Dari nak flush toilet, sampai nak bersihkan mangkuk tandas, tempat keluar sabun, tempat keluar tisu sampailahhhh hand sanitizer. Semuanya style halakan tangan je kat sensor, kira takyah sentuh apa2 lah. Hygienic sungguh :)
Cumanya kena bayar lah. Haha 0.70 Euro untuk sekali masuk, tapi jap japppp, bayaran untuk tandas tu sebenarnya 0.20 Euro, lagi 0.50 Euro tu jadi kupon untuk diskaun nak beli secawan kopi ke, kat petrol station tu. Rasanya boleh cover untuk petrol/diesel sekali.
Pilih R&R yang ada petrol station kalau nak guna tandas yang selesa & berbayar. Kalau tak, boleh je singgah mana-mana kawasan rehat yang ada parking (Rastplatz) & tandas je. Cumanya, tandas tu tak dijamin bersih taw. T_T
Tips #3 - Speed limit
Walaupun dikatakan Autobahn ni takde speed limit, tapi sebenarnya ada taw. Alert je dengan signboard speed limit ni. Biasanya GPS ada tunjuk speed limit tu :) Untuk kawasan yang takde speed limit, speed yang recommended ialah 130km/h.
Kalau rasa taknak memotong takpun nak maintain steady je laju gitu, stay kat lane paling kanan okay (opposite dengan Malaysia). Sesi potong memotong semuanya belah kiri. Dah habis potong, masuk lah kanan balik. Haha nanti ada yang duk highbeam kat korang.
Credit |
Tips #4 - Alert dengan exit
Sepanjang drive kat autobahn ni masa tengah malam, selalu confuse jalan besar dengan simpang keluar. Kadang2 simpang keluarnya straight padahal jalan besarnya ada corner sikit. T___T
Okayyyy, till next post. :)
Assalamualaikum
Hradec Kralove, Czech
151229