Apa yang Kita Tahu Tentang Tekstur?

February 5, 2016



/4 Texture

Basically, saya curious apa yang dimaksudkan dengan tekstur. Bila sebut tekstur ni, benda pertama yang saya bayangkan ialah makanan.

1. Texture in food. 

Mungkin sebab dulu, saya suka satu rancangan makan-makan ni (tak ingat nama rancangan tu). Dan host dia sukaaaaaa betul sebut,

"Teksturnya....... hmmmmmmmmm (sambil menikmati makanan tu)" 

Dan saya pun *gulp gulp gulp* je lah yang mampu. :p 

Tekstur makanan ni penting taw. Contohnya, untuk baby yang baru mula nak makan solid food, mak-mak tak bagi buah epal sebiji terus kan? Tapi diblend betul-betul jadi puri. :) Sebab baby tu belum ada gigi cukup nak kunyah.

cupcake by lucie


Ada orang tak suka makanan yang liat2 dan prefer sup. Ada yang suka tekstur agar-agar jeli. 

Ada yang suka makanan crunchy. Cuba bayangnya burger kosong (roti dengan daging je) pastu bandingkan dengan burger yang ada roti, daging, salad, timun, sos, mayonis. Fuh. Dengan bahan yang berbeza, burger tu akan ada tekstur yang berbeza. 

*tiba-tiba terbayang pau ayam*

Bahaya betul cakap pasal makanan ni. Haha.

---------------------

Anyway, texture is not only for food. Let's learn, what texture is actually about. :)

Texture can be defined as what things are made of and how they feel. 

Jadinya, perkataan tekstur ni boleh diguna pakai dengan meluasnya. Wow!



2. Fabric / textile vs texture.

Saya tertarik jugak dengan comparison ni. Macam korang semua tahu, textile ataupun kain ni banyak jenis kan? Kalau singgah Nagoya ke Jakel ke Kamdar ke untuk pilih kain / pakaian, mesti nak rasa dulu. Kalau tengok orang beli baju online, kena tanya dulu "kain jenis apa ni ye?" 


Credit


Sejak mulanya famous bisnes tudung, jubah sekarang ni, baru lah saya tahu ada lycra, chiffon bla bla bla. Dulu tahu cotton, wool, silk begitu je lah :) Kalau baju sekolah dulu, saya tahu kain cotton vs kain licin je. Noob sungguh.

Belum masuk kain jenis kulit, sulaman, anyam, tenun, kait etc. Hebat2! Macam-macam tekstur kita boleh rasa.



3. Texture in architecture.

Wah, sedap rasa sebut ni ;p

Perasan je kan, betapa gerutunya jalan raya dan gerutu tu bukan saja-saja. Makin bergerutu, makin senang tayar nak bergerak. Tak licin, memang cengkam habis lah. Tengok pulak tandas masing-masing. Biasanya tandas kat Malaysia majoriti jenis wet-toilet kan? Jarang sekali jumpa lantai yang jenis tile jenis licin.


snow texture


Cuba bandingkan rumah batu dengan rumah kayu. Dua-dua ada fungsi yang sama, sediakan tempat berteduh untuk manusia, walaupun tekstur rumah tu berbeza :)


4. Texture in painting.

Saya suka gerakkan jari jemari atas lukisan yang guna acrylic paint. :) Entahlah, feeling dia best. Haha.

Surface painting pun salah satu tekstur. Satu lagi tekstur yang saya baru tahu wujud ialah cara painting tu dibuat. Kalau pernah tengok doodles, tu pun a type of texture in painting :)


Ni Instagram kawan saya :D


5. Texture in music.

Yang ni, saya tak tahu nak hurai lebih, sebab tak faham pun nak baca music notes. Hehe.

Tapiiiii, untuk pemahaman paling mudah, kita imbau balik sejarah ringtone telefon tu. Satu masa dulu, saya selalu pinjam handphone kawan sebab nak main code ringtone. Budak-budak zaman Nokia tiga tiga sekupang ni faham kot. Haa, masa awal-awal telefon wujud, bunyinya monophonic - mendatar jeee. Pastu up sikit jadi polyphonic, ada la bunyi pelbagai sikit. Sekarang ni, dah boleh letak lagu bersuara dah. :D



Saya jumpa view ni kat YouTube, menarik jugaklah :D


Reference:- Wikipedia 1, 2

Rasa happy pulak bila buat challenge ni. I learned so many new things every day! Harap korang pun sama dapat ilmu baru :)

Dan nak mintak maaf in advanced, kat diri sendiri, blog dan korang yang baca kalau within next few days, saya tak mampu nak update panjang-panjang for this post-photo challenge. I have another final exam this Wednesday. A picture will be enough, kan?

Doakan saya dan kawan-kawan yang lain ye. Segan sebab selalu mintak orang doakan, tapi kot-kot la yang baca ni tengah musafir ke, tempat tu tengah hujan ke, insyAllah lebih mustajab kan? Ameen ameen :D :D :D

Jumpa esok. Salam.

HK, Czech
160204

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.