Ice hockey puck. |
Ini kali kedua saya tonton ice hockey match kat stadium. Perlawanan sebenarnya dah start dari bulan Disember lepas, tapi memanjang busy nak exam masa tu. Postpone punya postpone, sampailah masuk Februari. :p
Ada lagi 2 match untuk team Hradec Kralove sebelum habis season ni rasanya :D Dan sekarang di rank ke-4. Not bad :)
Ranking. |
Saya pernah berkongsi serba sedikit pasal ice hockey dalam post tahun lepas. Tapi tu memang roughly je, nak cerita banyak pun saya sendiri tak tahu sangat pasal tu. :)
Game bermula. |
1. Tiket boleh dibeli online. Kalau match yang kat HK, boleh beli kat Mounthfield HK. Harganya bergantung pada seat tu kat mana. Simple rule - lagi best view, lagi bertambah harga tiket. Hehe. You may expect other people to sit on your seat, but as long as you have the ticket - just tell them :)
2. Stadium kat HK ni boleh kata ada dua tingkat dan ini kali pertama saya pilih seat yang belah atas. Dapat lah merasa intai-intai macam mana reporters / media buat liputan / live update. Berderet laptop dan modem Internet, kamera pun sama. And surprisingly, ada playground area jugak kat dalam stadium. Ini untuk budak-budak main sementara parents tengok match. Ada volunteers yang jaga ruang ni.
After offside, I think. |
3. Untuk ice hockey match ni, apa yang saya dapat ringkaskan ialah match terbahagi pada 3 set (20 minit setiap satu), dan between sets tu ada 18-minutes-break. Masa break ni lah, korang boleh expect hampir semua seat kosong. Kenapa?
Yang pertama, mestilah ke tandas. Sebab lain ialah masa ni penonton boleh pergi beli makanan, minuman yang dijual kat belah bawah stadium. Cuma, memang lumrah orang Czech, tengok match sambil minum beer. Beer sana beer sini. T_T
Cars on the rink! :D |
Masa break jugak ada few commercial break - kereta, gimnastik etc. Saya pulak ambil kesempatan ni untuk buat stadium tour. Ada satu part menarik bila saya nampak sebahagian penyokong pihak lawan terasing dari penyokong lain, dan diorang siap ada tangga sendiri untuk ke seat diorang, if I'm not mistaken.
Mungkin nak elakkan perbalahan apa-apa kalau ada provokasi kot.
Dan mungkin sebahagian jugak, sebab saya ada je nampak penyokong pihak lawan kat area seat saya jugak :)
Oh ye, sementara tengah jalan-jalan stadium, dapat bergambar dengan maskot team HK. Oh yeah. :D
Mountfield HK mascot. |
Dan....bukan rezeki saya jugak bila datang kali kedua, HK kalah jugak T_T. Tahun lepas, HK kalah kepada Sparta Praha, dan kali ni HK kalah kepada Mlada Boleslav. Haha.
Extra 5 minutes. |
4. Habis set ke-3, rehat beberapa minit sebelum sambung terus dengan masa tambahan. Diberi dalam 5 minit macam tu. Kalau masih seri, sambung dengan 'sepakan penalti'. Tapi 'sepakan penalti' style ice hockey lah hihi. Bola hoki tu diletakkan di tengah court, pastu seorang pemain akan bawak bola sampai ke gol dan cuba jaringkan. Kira pemain tu bergerak lah, kalau dalam bola sepak, lebih statik kan?
HK kalah penalti masa ni.
Ni compilation videos yang saya rekod.
Saya tak reti buat/edit video, anyway. :p
Things I learned from the match;-
1. Walau penuh dengan cabaran mental, kuatkan semangat.
Memang nampak perbezaan sokongan pada tuan rumah dengan pihak lawan. Contohnya, cheer untuk HK memang bergema satu stadium tapi nothing untuk opposite team. Dan even, penyokong akan buat bunyi ala-ala wisel setiap kali pemain pihak lawan nak bawak bola.
That's torturing, if I'm in their place.
Dan saya tak berkesempatan nak record any goals. Cuma kelakar bila pihak lawan dapat masukkan gol, it feels like nothing happen! Takde replay sangat, takde annoucement sangat. Tapi.....kalau tuan rumah menang, amboi, sampai gelapkan stadium dan pancaran lampu warna warni atas ice rink ;p
2. Kalah menang, adat perlawanan.
Walaupun HK kalah, takde istilah nak mengamuk tak puas hati etc. Majoriti keluar stadium dengan segera (sedih tu memang nampaklah jugak kat wajah diorang tu). Takde masa nak baling-baling botol air, mercun apatah lagi. Semua botol, bekas air baling dalam tong sampah.
3. Tabik spring pada pengawal.
Keliling ice rink, memang ramai orang yang pakai vest oren - macam penjaga penonton dan diorang lah yang akan jadi saksi utama kalau ada apa-apa jadi. Tugas diorang ialah membelakangkan ice rink dan pandang penonton je. Ada pengawal yang memang tak pandang langsung ice rink walaupun gol, ada yang usha-usha sikit. ada yang siap bersembang sakan dengan penonton lain. Haha.
4. Hormat orang lain.
Kalau perlawanan tengah berlangsung, it is a bit rude kalau korang nak lalu depan penonton lain untuk ke seat korang. So, setiap kali break, make sure pergi semula ke seat sebelum game bermula. Ataupun tunggu masa kat skrin freeze - contoh macam waktu offside etc.
Okaylah, jumpa di post seterusnya.
Assalamualaikum
HK, Czech
160224