(repost & edited from old posts / drafts)
Post ni dah berkurun dalam draft. Dah post dah, tapi masa tu penggunaan bahasa agak kurang senonoh, tu yang masuk draft balik. Jadi, eloklah saya edit mana yang patut sebelum repost balik tanpa ubah feeling masa tu. Lol ^_^
2012
Sementara menunggu 1 Okt 2012 untuk kelas mula, saya dan batchmates jalan-jalan 2 hari kat Český Krumlov. Bandar kecil ni letaknya kat selatan Czech, quite close to the border of Czech-Austria.
Em, macam biasa, kami naik train/bas ekspress je kalau nak travel around. But memandangkan perjalanan naik train nampak lagi menyeronokkan, so proceed dengan train :) Train kat sini banyaknya koc yang jenis cabin (ala-ala Harry Potter tu), memang meriah perjalanan tu boleh bersembang, makan, tidur dengan selesanya.
** update - Kalau korang tak minat naik train (biasanya route Prague - České Budějovice (tukar train) - Český Krumlov), alternatif lain ialah bas. Saya recommend untuk guna
bas Student Agency.
|
Very frequent and so far, I have good experience with this Student Agency Bus |
Selepas 316km, sampai kat Český Krumlov (train stop) dalam tengah hari, terus je naik bas kat depan stesen tu untuk ke Hostel Havana (kami dah book siap-siap). Dan tiket bas dalam bandar lagi murah berbanding kat HK, 10kc for one ride :)
Heee, sebab excited nak tengok dan keep wondering kenapa tempat ni diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site. (**update - masa ni baru nak masuk second year, tak tahu sangat pasal UNESCO site ni). Haha. Dan sebab lain ialah untuk elakkan buat benda tak berfaedah kat HK tu haaa. Masa lapang tengah ada ni, manfaatkan :)
Basically, Český Krumlov is just a small town, surrounded by the longest river within Czech,
Vltava River. Kalau tengok peta pun dah nampak menarik sebab sungai ni bentuk ladam.
Oh ye, memandangkan tempat ni diiktiraf UNESCO, memang ramai tourists datang, kebanyakannya dari luar negara. Especially Asia. Terkesima jugak lah nampak ramai pelancong dari Korea, Jepun, China, Hongkong, Indonesia pun. Orang Malaysia tak jumpa pulak masa tu. Hee. Kalau korang main-main dengan hashtag #ceskykrumlov kat Instagram, most pictures are from Asians :)
Restoran dan kafe kat sini banyaknya ada sediakan ruang makan menghadap sungai. One of the attractions, I guess. Dan biasanya diorang letak signboard TERASA depan restoran tu. Maknanya teres la kot. Heeee, awalnya gelak je wonder awatlahhh restoran ni nak terasa terasa pulak.
Ni antara souvenirs kat sini. Banyak lagi pilihan lain dan ada jugak yang lagi mahal compared to Prague. Kalau memang nak, beli je lah ye. Kalau shirts, harga dia tak murah sangat lah. Cuma kat sini boleh try bargain jugak :)
On the way ke Svornosti Namesti (square) - center of the town, ternampak mesin ATM ni. Saja nak share, mesin ATM kat Czech ni macam takde banyak sangat security. See, ATM ni tepi jalan je, memang kena hati-hati. Sila la prepare duit cash siap-siap ye kalau tak berani nak guna ATM macam ni.
Hari pertama kat Český Krumlov (CK), pusing-pusing town dengan hujan renyai2. Syukur sangat hujan kat sini tak demam sangat. Setakat ni lah, Alhamdulillah :) So, boleh je tak pakai topi, payung. Cuma, basah sikit.
Pintu masuk ke Český Krumlov Castle with
bears untuk tatapan pengunjung. Read somewhere yang kata bears ni simbolik hubungan antara noble family Český Krumlov - Itali.
Český Krumlov Castle - dari jauh.
Mula dibina masa abad ke-12, istana ni penting untuk urusan perdagangan kat kawasan South Bohemia ni. Dah tua sangat, tapi masih kukuh tersergam indah.
Bila fikir balik, dah banyak castle dah kat luar negara yang saya pernah masuk. Kalau kat Malaysia tu, Kelli's Castle pun tak jejak lagi (**update - dah jejak dah. haha). Kat Kuala Kangsar pun, mampu pusing luar pagar Istana Bukit Chandan je. :P
Pemandangan dari Castle.
Woahhhh, speechless kejap masa tu. Castle ni berbukit ye, kalau nak datang, jangan beratkan backpack/beg dengan benda2 yang tak nak guna. Tinggalkan je kat hostel/hotel. Apa yang patut ada dalam beg just passport, dompet, phone, kamera, payung kalau nak bawak :)
Bersambung.
:D
(repost & edited from old posts / drafts)
Ad-deen, Buzulucka
120927
Khaulah, HK, Czech
160304