Jelajah Balkan 2.0 - Slovenia

March 31, 2016

Sempena cuti Easter . :)


Jelajah Balkan 2.0 - Slovenia


I have this thing about Balkan countries. Masih tak boleh move on, so itu lah antara sebab Slovenia menjadi pilihan untuk adventure kali ni. :) InsyAllah kali ni temanya backpacking, get into local community dan menghayati alam semula jadi.

Jelajah Balkan 2.0 - Slovenia
Credit


Macam biasa, terpaksa plan last minute dan kali ni nampak agak mencabar sebabnya takde geng nak travel sekali. T_T Dah tanya ramai orang, tapi banyaknya tak dapat join. So, saya pun minta izin parents untuk travel solo. Saya pernah travel solo setakat dalam Czech dan untuk flight KL-Prague etc (kira pergi balik Malaysia, Czech lah). Pernah jalan Munich solo masa transit sana setengah hari.



Selesai pujuk, explain kat parents - barulah lega nak settlekan beli tiket bas & hostel etc. 

Kali ni, saya pilih naik Flixbus paling murah banding choices lain dan paling sesuai dengan masa travel. I have considered flights & train. Tapi sebab bertangguh dengan harapan ada orang lain ikut - jadinya harga pun dah naik. :D Haha pengalaman betul bila harga tiket flight pernah lagi murah dari tiket bas.

Flixbus ni kalau tak silap saya antara bas baru, nama dia macam baru dengar few months ago. Kalau pandai cari, memang tiket murah2 belaka kat company ni. Bas selesa, Internet coverage ada sepanjang perjalanan (kadang-kadang disconnected jugak lah ;p), driver cermat & mesra.

Jelajah Balkan 2.0 - Slovenia


Untuk perjalanan yang across countries, saya prefer Student Agency (SA) sebenarnya tapi surprisingly SA belum cover negara Balkan. Eurolines dari Prague pulak hanya ke Maribor, Slovenia. 

Kalau korang baca travelog orang lain, sebenarnya ramai yang recommend road trips untuk negara Balkan ni. Pada saya, saya pun rasa road trips lagi best kat area sini. Tapi, itulah... bergantung pada keperluan & keadaan masing-masing. :)

Jelajah Balkan 2.0 - Slovenia


Sepanjang backpacking ni, saya dapat explore 4 bandar / pekan.
  • Bled
  • Bohinj
  • Ljubljana
  • Postojna
Since it was my first time backpacking (the real one), of course the feeling and experiences are way different. Jumpa orang berbeza setiap hari, nak jaga diri sendiri, nak jaga backpack, nak bergaul dengan orang lain, nak ambik gambar etc. 

Harap sangat diri ni mampu betul2 buat posts pasal the whole journey. Saya dah draft sikit masa atas bas etc. Rasa nak sangat share untuk self reminder dan berkongsi dengan korang. Dan untuk bacaan ayah jugak :) Nina tahu ayah tengah baca ni kan? Hehe.


--------------------------------------------



Walaupun Czech ni masyarakat dia kebanyakannya atheist, tapi diorang masih ada cuti Easter. Berbanding Slovenia, kat sana memang majoriti Kristian dalam 61% macam tu. Masyarakat Muslim pun ada jugak, mostly Bosniak (Muslim yang asalnya dari Bosnia).

Roughly about Easter, dari apa yang kawan saya cerita, Easter ni lebih istimewa dari Krismas katanya. Kalau Krismas ni sempena kelahiran Jesus Christ (based on Christianity), Easter ni pula tentang kelahiran semula Jesus Christ (resurrection).

Ada 2 hari cuti - Good Friday (hari Jesus disalib) dan Easter Sunday. Tapi sebabkan Easter tu jatuhnya hari Ahad, banyak negara letak Easter Monday tu sebagai hari cuti jugak. Saya dah banyak kali cuba tanya2 kawan2 yang beragama Kristian pasal konsep Trinity diorang ni, tapi sungguh saya tak boleh hadam. :p

As Muslims, I believe most of us know that we don't celebrate these days. But, we can still wish them 'have a nice day', 'happy holidays' etc. Tak perlu nak ucapkan spesifik pun. :) Cukup untuk jaga hubungan sesama kita.


Bersambung :)

S. K. Neumanna, HK, Czech
160324

Bled, Slovenia
160326


Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.