Jadi apa yang menariknya Bezděz Hrad ni?
Perasaan dia sama macam masa saya berkunjung ke Kellie's Castle dulu. Aura castle ni lain macam sikit. Mula dibina sebelum tahun 1264, jadi boleh kira betapa tuanya dia. 752 tahun! Dan dikatakan Bezděz Hrad ialah antara contoh terbaik untuk seni bina Gothic.
Pembinaan ni diarah oleh King of Bohemia, Premysl Otakar II. Dalam Instagram, saya pernah berkongsi tentang sejarah nama Czech. Sebelum wujudnya nama Czech Republic, ada Czechoslovakia (nama ni lebih famous dalam kalangan orang Malaysia) dan lama sebelum tu, tanah Czech ni dikenali dengan nama Bohemia.
Tapi kalau korang jumpa orang Czech, janganlah cakap "Ohhh, you are from Czechoslovakia?" For some people, they find it to be inappropriate. :) Czech is a country and Slovakia is another country. Okay?
Tapi kalau korang jumpa orang Czech, janganlah cakap "Ohhh, you are from Czechoslovakia?" For some people, they find it to be inappropriate. :) Czech is a country and Slovakia is another country. Okay?
View dari Bezděz Hrad |
Premysl Otakar II tak sempat pun tengok castle ni siap, sebab dia terkorban dalam perang dan istana tu jadi penjara untuk isteri (Queen Kunhuta) dan anaknya (Vaclav II). Ada versi yang kata kedua-dua queen dan anaknya berjaya larikan diri, ada pula rekod yang queen sahaja yang lari dan anaknya ditinggalkan di istana tu.
Kalau ikut versi kedua, Vaclav II ni pulak dibawa pergi oleh nobleman Czech dan bila dia dah besar, dia kembali ke istana ni dalam tahun 1283. Vaclav II beli istana tu dengan anggaran harga 30.36 juta Czech koruna (convert sendiri -_-). :O :O :O Nampak betapa istana tu bermakna untuk dia.
Monumen? |
Saya tak pasti adakah ini yang dimaksudkan dengan chapel (sebab saya ingatkan chapel ialah satu bangunan). Tapi dikatakan kawasan istana ni pernah dijadikan tempat keagamaan. Dan 'monumen' macam kat atas ni dibina sepanjang jalan ke istana.
Nak ke istana ni, kena mendaki sikit sebab letaknya 604m dari paras laut. Masa kami ke sini, memang terasa sunyi sebab istana ni tutup jadi takde orang pun datang. Sejuk tak terkata, boleh pulak turun snow masa ni T_T
Dari Bezděz Hrad, kami boleh nampak tasik yang agak besar. Kisah tasik ni bermula dalam tahun 1366-1367. King Charles IV arahkan untuk korek tanah dijadikan tasik buatan. Agak besar jugak tasiknya. Nama asal tasik tu sangat simple, Velký rybník (Big Pond). Tapi tasik ni jadi inspiration untuk orang seni berkarya, salah seorang namanya Karel Hynek Macha (penyajak) dan sekarang tasik ni dikenali sebagai Lake Macha (Machovo jezero).
Banyak betul itik. |
Ada yang mengatakan, kalau King Premysl Otakar II tak terkorban, Bezděz Hrad mampu jadi istana utama kat Czech ni, which means Prague may not be the capital city like today. :O Prague is famous for its Prague Castle, anyway.
Oh ya, yang membuatkan perjalanan kali ni lebih menarik ialah at the end of the journey when we were already back in Hradec Kralove, the car suddenly broken down. :O Nervous sangat sebab gear kereta tu tak boleh masuk masa kat simpang 4 yang busy! Fuh, kalau terdampar kat situ, buat drama betul nak kena tolak kereta tengah-tengah jalan. Syukur alhamdulillah, kami dapat 'park' kat tempat selamat sikit walaupun still halang laluan kereta lain lah.
Pasang lampu kecemasan....dan kami pun menunggu orang kereta sewa sampai. Kereta tu kena tarik dengan kereta lain balik ke syarikat dia. Dan alhamdulillah, kami tak kena charge lebih pun. Watch the video to see what happened :D
What a day....
Rujukan:-