[Life Lessons] 7 Keajaiban Dunia Kuno

April 1, 2016

Haa, cuba senaraikan apa seven wonders yang korang tahu. :D 

Sebenarnya, saya baru sedar ada 2 kategori untuk 7 keajaiban dunia ni. The first one is for Ancient World and the second is for Modern World. 

Source


Kali ni kita belajar sikit pasal 7 Keajaiban Dunia Kuno atau in English, it is called 7 Wonders of The Ancient World. :)

1. Great Pyramid of Giza
Kheops-Pyramid.jpg
Pyramids of Khufu - Wikipedia

Piramid ni ialah yang tertua dan terbesar antara 3 piramid yang ada di kawasan Giza ni. Ini jugaklah antara seven wonders yang tertua dan masih diiktiraf dalam 7 Wonders of Modern World! (dia jadi yang kelapan kalau tak silap haha)

Banyak teori yang keluar tentang teknik pembinaan piramid ni. Tapi takde apa yang confirm lagi, semuanya sekadar teori. Oh ya, piramid ni dibina lebih kurang antara 2584-2561 BC dan tingginya 147 meter. 


2. Hanging Gardens of Babylon

Illustration - Wikipedia

Saya ingat lagi pernah baca pasal Babylon dalam subjek Sejarah. Tapi saya tak ingat apa pun dah. T_T 

Ada yang kata Taman Tergantung ni sebenarnya tak wujud pun. Well, the exact location is not really confirmed. Tapi dikatakan letaknya di Iraq dan berkemungkinan besar dibina sekitar 600BC.


3. Temple of Artemis at Ephesus

color view of reconstructed model of Temple of Artemis, at Miniatürk Park, Istanbul, Turkey
Model of the Temple of Artemis, at Miniaturk Park, Istanbul, Turkey - Wikipedia

Greek people memang terkenal dengan banyak Tuhannya. And this temple was dedicated to the goddess Artemis. Bila baca pasal ni, baru lah sedar Greek ni macam sangat established dalam sejarah. Even majority medical are originated from Greek. 

Contoh macam anemia - kita faham dengan maksud kurang darah kan. Term ni asalnya dari word 'an-' = without dan '-aemia' = blood condition. Anaemia = without blood. Begitu. 


4. Statue of Zeus at Olympia

Coin from Elis district in southern Greece illustrating the Olympian Zeus statue - Wikipedia

Dibina sekitar 435 BC dengan ketinggian 13 meter. Statue ni dah musnah dan tiada kesan pun. Semua details dapat dari rekod Greek kuno dan syiling lama. 


5. Mausoleum at Halicarnassus

The ruins of the Mausoleum at Halicarnassus.jpg
The ruins of the Mausoleum of Halicarnassus - Wikipedia

Ini ialah makam sebenarnya, dibina dalam 351BC dan musnah kerana gempa bumi. Apa yang membuatkan dia menarik ialah pada 4 sisi Mausoleum ni. Setiap satu ada ukiran yang masing-masing dibuat oleh 4 pengukir Greek - Leochares, Bryaxis, Scopas of Paros dan Timotheus. Famous agaknya diorang ni.  


6. Colossus of Rhodes
The Colossus of Rhodes, as depicted in an artist's impression of 1880 - Wikipedia

Mula-mula baca Colossus, ingatkan Colosseum yang kat Rome tu. Tapi memang totally different. Cumanya, memang Colosseum Rome diiktiraf sebagai 7 New Wonders. 

Colossus of Rhodes ialah statue / patung Tuhan Greek (Tuhan Matahari - Helios) dan dibina sempena kemenangan Rhodes bila berjaya pertahankan Rhodes masa cuba dikepung anak pemerintah Cyprus. 

Statue ni ialah salah satu yang tertinggi di zaman kuno dengan ketinggian lebih 30meter!


7. Lighthouse of Alexandria 

Lighthouse - Thiersch.png
Drawing by archaeologist Hermann Thiersch (1909) - Wikipedia

Juga dikenali dengan nama Pharos of Alexandria. Dah musnah jugak dek gempa bumi - 3kali! Dan lighthouse ni terbiar je sampailah tahun 1480, Citadel / Fort of Qaitbay dibina di atas tapak lighthouse ni. 

------------------------------------------------

Dalam perjalanan saya dari Prague - Ljubljana seminggu lepas, dalam Flixbus tu saya berpeluang duduk semeja dengan satu keluarga dari Mesir. Mula-mula rasa kurang berminat nak berbual sebabnya saya ni macam ada motion-sickness sikit bila naik bas. Bas baru bergerak 5 minit, saya dah rasa pening. 

Tapi bila makcik kat sebelah saya tiba-tiba baca doa naik kenderaan, Al-Fatihah semua - terus rasa tertarik nak berkenalan. Menarik sangat apa yang Makcik S kongsikan. 




Cumanya, post kali ni saya dapat inspirasi dari Makcik S ni lah. Dari kisah pasal teknik pembinaan yang sampai sekarang hanya ada teori, sampailah kisah piramid ni ada teori yang kata ia dibina oleh orang Jews (sebagai hamba atau bukan, wAllahualam). Dan ada jugak dia gambarkan keadaan dalam piramid ni. Dengar macam cantik sangat! Cuma saya tak jumpa lagi video yang tunjuk interior yang cantik tu. Hehe. 

Masa tengah baca kisah piramid ni, terjumpa satu artikel pasal penemuan komposisi batu piramid ni. 
  • And Pharaoh said, "O eminent ones, I have not known you to have a god other than me. Then ignite for me, O Haman, [a fire] upon the clay and make for me a tower that I may look at the God of Moses. And indeed, I do think he is among the liars."- Quran 28:38

Bila mana dengan laboratory analysis dapat confirmkan komposis piramid hanya pada 2006, sebenarnya dalam Quran dah mention pasal ni. :)

Memang rasa Quran ni sangat awesome <3



S.K. Neumanna, HK, Czech
160331

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.