Check In - Bled, Slovenia

April 12, 2016

Backpacking to Bled, Slovenia
A part of Bled, Slovenia - bukit yang rata tu ada bobsleigh. :D


Saya naik bas terawal pukul 6 pagi dari Ljubljana ke Bled. Plan untuk jadikan Bled sebagai base untuk 3 hari di Slovenia. Semua perjalanan dalam Slovenia yang menggunakan bas, korang boleh refer website ni untuk plan perjalanan yea. 

Bas Ljubljana - Bled ni sangat frequent - dalam sekurang-kurangnya interval 1 jam. Harga tiket 6.30 Euro (one way). Tips kat sini saya recommend untuk beli direct dari bus driver.  Bas tak penuh pun jadi tak payah risau kalau tak cukup seat. Tak payah beli awal-awal or beli kat kaunter. Kaunter ada caj extra beberapa euro sen (untuk administration agaknya). 

Backpacking to Bled, Slovenia
Bus Station Bled

Perjalanan ke Bled kurang sejam setengah macam tu. Ni bas loncat-loncat taw bukan bas ekpress. So be alert dengan bus stop yang kita nak turun. Especially kat Bled ni ada banyak bus stops. Dalam website yang sama, korang boleh check laluan bas dan senarai bus stop yang dia berhenti. Jadinya, boleh check siap-siap bus stop yang mana satu dekat dengan hostel / penginapan korang.  

Alhamdulillah setakat yang saya naik, bas agak on time. Boleh lah kalau nak tambah 10 minit masa kecederaan. 

Backpacking to Bled, Slovenia
Bus station, train stations connecting Bled, Slovenia.

Untuk yang nak naik train ke Bled, ada 2 train station - Lesce Bled dan Bled Jezero. Kalau korang turun kat Lesce Bled, boleh naik bas untuk ke area tasik. Kalau turun kat Bled Jezero, rasa macam korang kena jalan lah kot. :O

Saya recommend naik bas. Senang. Terus sampai kat area tasik. :D


Where did I stay?

Memandangkan saya backpacking, solo pulak tu - memang tak mampu lah nak berAirBnB bagai. Hostel dengan private bedroom, bathroom pun tak dapat. Jadi, saya book single bed dalam 4 beds female's room with shared bathroom di Aces of Spades Hostel. Saya tak pasti kenapa, banyak hostel yang takde female's room, banyak yang lebih kepada mixed room. Ouch, memang cuba elak berkongsi bilik dengan opposite gender ni. 

Backpacking to Bled, Slovenia
Castle Hostel 1004 - Hostelbookers

Oh, saya tukar hostel masa nak check in tu. Dari Aces of Spades ke Castle Hostel 1004. Diorang satu geng sebenarnya. I don't really mind sebab harga bilik pun sama, kualiti pun sama. Asalkan female's room, it is more than okay :)

Backpacking to Bled, Slovenia
Castle Hostel 1004 dari luar. 

Sebenarnya ni kali pertama saya berkongsi bilik kat hostel yang saya tak kenal seorang pun ahli bilik tu. Dan sepanjang saya duduk sana 2 malam, roommates bertukar-tukar - more chances to meet different people every day. 

Oh ya, dalam hostel ni, diorang sangatlah friendly dan surprisingly jugak, diorang sangat trust each other. Majoriti pintu bilik tak berkunci kot. Ada yang loker pun tak berkunci. Ada yang charge mobile phones kat common room tapi tak tunggu pun phones tu. Bila bersembang dengan orang yang duduk lebih lama kat hostel ni, dia pun kata dia perasan benda yang sama. Hostel owner pernah cakap, kawasan Bled ni rata-rata penduduk kenal each others. Dan pintu rumah diorang pun ada yang tak berkunci. Saya tak pernah la pulak try bukak. Hehe.

Backpacking to Bled, Slovenia
Shared kitchen - dah pandai guna, pandai kemas balik - itu je tips nak dapur sentiasa bersih.
Backpacking to Bled, Slovenia
Common room - ada meja makan dan PC untuk lebih best plan aktiviti kat sana. Orang hostel pun senang nak bagi guide guna PC tu je.

Kat sini, diorang sediakan kunci mangga dan tuala tapi ni semua ada caj. So, bawak la sendiri yeap. Tandas cantik, bilik air pun nice. Paling penting, memang bersih. :) Thumbs up! Ada balkoni jugak kalau nak bertaichi pagi-pagi, makan minum, sidai pakaian etc. 

Hostel ni amalkan konsep no shoes inside the hostel. Ada rak kasut kat pintu masuk (still dalam bangunan) dan disediakan jugak sandal rumah. 

Backpacking to Bled, Slovenia


I really recommend this hostel! Baca reviews kat Tripadvisor, hostelbookers, booking.com semua - majoriti tinggalkan review yang baik-baik.

Dalam 50 meter, ada mini market - Mercator. Haaa, untuk yang nak beli bahan mentah untuk masak - semua boleh beli kat sini. 


---------------------





Saya sampai hostel ni dalam 7.30 pagi. Terlalu awal untuk check in, even orang hostel pun tak masuk kerja lagi. Hostel ni tak berkunci, so, boleh je masuk dan tunggu kat common room. Saya guna kesempatan ni untuk charge phone, guna PC untuk draft aktiviti lepas tu. 

Backpacking to Bled, Slovenia
View dari balkoni hostel

Dalam common room dah ada beberapa orang tengah sarapan. Sempat berkenalan dengan seorang traveler ni asal dari China tapi study di Brussels. Dia dah stay semalam kalau tak silap dia rasa nak tambah hari. :D Kat hostel ni, ada promotion kalau korang stay untuk 3 malam akan dapat malam ke-4 free. Best la boleh stay sini lama-lama. T__T

Backpacking to Bled, Slovenia
View dari balkoni hostel

Sedar tak sedar, dah pukul 9pagi. Orang hostel tu pun datang dan buat kerja dia - kemaskan bilik air tandas semua. Lepas tu baru dia uruskan check in. Katil saya belum dikemas lagi, kena tunggu orang sebelum saya check out - dalam sejam lagi. Jadinya, letak je dulu backpack dalam storage room dan continue with my day plan :D Nanti dah balik baru masuk bilik. 

Bohinj, I am coming! 

Bled, Slovenia
160326

S.K. Neumanna, HK, Czech
160411

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.