Belajar Dari Lagu Tanya Sama Pokok - Meet Uncle Hussain ft. Hazama

August 2, 2016

Post ni dah lama dalam draft sebenarnya :)

-----------------------------

Baru beberapa hari lepas, saya dan kawan-kawan cuba hayati lirik lagu ni. Since I prefer instrumental, I find it very hard to understand songs without reading the lyrics. Jadinya, saya cari video yang ada lirik dulu, lepas tu baru saya tengok official video. :)




Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Menyusur di kaki lima terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

[*]
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

[**]
Terlalu mahu dan mahu terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang [*]

Nanana.. nananana..
Nanana.. nananana..
Nanana.. nananana.. na…

Kau masih ada (ulang 2x)
Kau masih adaaa… ooooooooo!

Ulang [**]

Tanya sama pokok…



Dan banyak sebenarnya perkara yang kita boleh muhasabah diri dalam lirik ni. Jom, czech it out :)

1. Malu bertanya sesat jalan

This one is very straight forward. :) Dah sesat, pastu taknak tanya orang, lebih bertambah sesat. Untuk yang biasa travel, mesti faham sangat konsep sesat ni. Kalau buat road trip, cuba refer balik GPS untuk bawak ke route yang sebetulnya. Pernah sekali GPS tunjuk jalan ke tengah tasik mana entah, jadi cari alternatif lain - check your maps. 

Tapi, yang paling mudah ialah tanya orang tempatan. Ini sebenarnya boleh jadi bahaya, tapi doa, tawakal banyak-banyak.

Kadang-kadang, kita rasa helpless dalam buat keputusan hidup. Cuba tanya pendapat orang keliling kita, walaupun mungkin akan ada pendapat yang bercanggah dengan prinsip kita, hormat pendapat orang tu. At least kita dapat tengok sesuatu perkara dari pelbagai sudut. 

sekadar hiasan :)


2. Jangan banyak alasan

Pernah tak rasa, bila someone banyak alasan untuk sesuatu perkara - bermaksud orang tu taknak buat perkara tu. Contoh macam bila kena buat group project - ada je alasan bila team leader cuba contact untuk set meeting. Takde kredit nak reply / call semula lah, tertidur lah, ada hal family lah, tak sihat lah.

3. Salahkan orang lain

Semua orang ada ego masing-masing. Bezanya tinggi atau rendah. Orang yang egonya tinggi takkan nak terima pendapat orang lain dan begitulah sebaliknya. Bila sesuatu berlaku tak kena dengan apa yang kita harapkan, kita akan cenderung nak salahkan orang lain - sedangkan mungkin perkara itu salah kita sendiri.

Ataupun, memang Allah nak uji kita untuk pelbagai sebab.

4. Walaupun gagal, kita masih mampu bangkit

Sekarang dah banyak kisah-kisah personal / confession kita boleh baca kat laman sosial ni. Dari hal rumah tangga, sampai hal belajar, persahabatan, keluarga - terpampang kat NewsFeed Facebook. Isu menceritakan perihal diri sendiri atau orang lain - itu perbincangan lain. Tapi kita sebagai pembaca - instead of mengutuk etc, kita boleh ambik pengajaran dari kisah diorang. Banyaknya gagal / kurang berjaya dalam sesuatu perkara tapi diorang tak berputus asa untuk memperbaiki keadaan.

Hebat kan?

Dan yakinlah, walaupun kita gagal atau dipandang rendah, akan ada hamba Allah yang sudi support insyAllah. Paling tidak pun, yakin yang Allah ada untuk kita.



5. Terlalu banyak kehendak tapi tak tahu keperluan

Set our priorities.

Kawan saya baru sebut ayat ni beberapa hari lepas. Betullah - kita kadang-kadang terlalu mengejar sesuatu yang kita tak sedar itu hanyalah lebih kepada kehendak berbanding keperluan. Tak perlu pergi jauh - tengok handphone atau kereta kita sendiri.

Nak kejar berjenama tapi tak mampu.
Atau bersederhana tapi cukup serba serbi.


p/s - Cepat je rasa dah Ogos.
SS, Perak, Malaysia
160802


Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.