Sebab inspired by post kakak cantik yang berbasikal pagi-pagi, terus rasa nak update pasal Slovenia. Haha. Harap sempat lah selesai semua post pasal backpacking Slovenia sebelum balik Czech. Alahai, nak balik dah lagi 2 minggu.
-----------
Dari Vintgar Gorge, terus berbasikal sampai tasik Bled ni. Ke sini pakai instinct dan pengalaman pergi tadi je. Sesat pun, biarlah. Tapi sebenarnya kawasan sini kecil je, pelik pulak kalau sesat. ;p
Kat jalan raya Bled ni, boleh expect banyak kereta. Serba salah nak berbasikal atas jalan raya atau laluan pejalan kaki. I should wear the helmet tapi saya pun tak ingat kenapa saya sangkut je sekali backpack... dah macam kura-kura rupanya. T_T
Nak guna monopod, risau terlanggar kereta ataupun pelancong lain. Memang sangat berhati-hati pakai monopod tu. Biasanya saya pakai chest harness untuk GoPro kalau berbasikal, tapi entahlah tak bawak pulak.
I need gloves, berangin sangat masa ni. |
View sepanjang berbasikal, memang tak boleh nafikan betapa indahnya Bled ni. Serius!
With that background - the mountains covered with snow, fuhhhh. SubhanAllah. Bukan selalu nak tatap pemandangan macam ni in real life kan.
Banyak gambar selfie. T_T |
Dalam gambar kat bawah ni, boleh nampak kan satu menara kat belah kanan kepala saya?
Itu ialah church kecil atas pulau kecil. Nak ke pulau tu, korang boleh cross the lake dengan sampan - sama ada beramai-ramai dengan pelancong lain ATAU dayung sendiri. Dayung sendiri tu menarik tapi pricey sikit lah. Oh yea, masa musim panas boleh try swimming jugak kat sini.
Beramai-ramai naik sampan / bot apa-apa lah = dalam Euro 10-15 return.
Dayung sendiri = atas Euro 15 per hour.
Info ni dari pengalaman yang saya baca sebelum datang sini. Saya tak minat sangat nak melawat church, so, tak kisah sangat nak ke pulau tu. Dikatakan, kalau kena masanya - korang berpeluang tengok wedding ceremony kat sini. Dan kat church ni jugak ada beberapa adat / mitos - contoh macam ring a bell for luck, takpun lelaki kena piggyback the partner naik tangga sampai atas. Lebih kurang macam ni. T__T
I don't mind these kind of things.
Ramai jugak berbasikal kat sini. |
Bled ni tumpuan pelancong dari dalam & luar Slovenia. Memang ramai yang datang dengan keluarga, kawan-kawan. Ada yang jadikan Bled ni tempat honeymoon - which I think memang sesuai sangat la... haha berangan.
View yang takkan pernah jemu. |
Julian Alps. kot. |
Saya ni kalau solo travel, memang jenis tak kisah part makan. Berbeza kalau dengan kawan-kawan - kena consider ada yang kena makan setiap meal tak kisah la proper meal ke tak. So, kita raikan perbezaan bersama.
Memandangkan saya travel sendiri kali ni, chestnuts pun dah cukup mengenyangkan.
Dah lama tak makan chestnuts, lagi-lagi lepas insiden hampir kena food poisoning sebab makan chestnuts yang jenis beracun. Fuh, pengalaman betul masa tu.
Harga tak ingat. Dalam Euro 2? |
Yang buat lebih best, bila makan sambil menghadap pemandangan tasik ni. Wahhhh, rasa taknak balik. |
Itik pun makan chestnuts weh. Ingatkan saja-saja la baling cebisan chestnuts tu, sekali betul itik tu makan. |
Dah Maghrib, saya pun balik ke hostel. Nak cycling malam-malam pun bahaya bila takde lampu basikal.
Esoknya, saya akan tinggalkan Bled untuk teruskan perjalanan ke Ljubljana. Target bas tengah hari. Ada masa sikit lagi nak luangkan kat tasik ni. T_T nanti rindu-rinduan. Haha masa menaip ni pun dah terbayang-bayang Bled sebenarnya.
Sebelum tidur malam tu, kawan sebilik tunjuk gambar tasik dari tempat tinggi. Ahh, baru teringat ada viewpoint yang Miha pernah cerita. Osojnica dan Ojstrica. Lokasi viewpoint ni betul-betul bertentangan dengan castle.
Way to the viewpoints. |
Serius saya tak tahu saya ikut yang mana satu. :p Pakai melangkah je mendaki tu. Mungkin sebab masih pagi, tak ramai orang naik mendaki lagi. Masa tengah mengah nak panjat bukit, tiba-tiba ada seorang mamat ni potong, siap berlari lagi. Amboi hebat sangat stamina tu. Jealous.
Tapi, pemandangannya....superb!
SubhanAllah!
View memang amazing. Rasa tak nak turun tapi kena la turun kann.
Timelapse |
Look at this! :D |
Oh, saya ke bukit ni dengan basikal. Haha jangan expect la saya nak jalan kaki dari hostel. Kena jimat masa yang ada pagi tu.
Turun dari viewpoint, kayuh satu round lagi keliling tasik ni. Kalau naik basikal boleh la dlm 30-40 minit camtu. Tapi kalau berhenti-henti ambik gambar, berjam-jam pun boleh jadi. Haha. Sampai hostel balik dlm 12.30 tengah hari. Okay ada lagi sejam utk next bas ke ljubljana. Sembang kejap dengan mamat China study Belgium - and I got to know about blablacar. Website ni pasal offer kereta / tumpang kereta orang lain - yang jauh lagi murah dari naik bas or train. Dia kata setakat ni pengalaman dia okay je naik kereta org tu. Sebab ni memang trusted website.
Sebelum check out, Miha hidangkan telur easter. Nice...boleh buat makanan spare atas bas. Jangan perut berangin sudah. ;)
Goodbye Bled.
Hello again Ljubljana!
SS, Perak, Malaysia
160821