Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia

August 29, 2016


Postojna Cave ni sangat besar. Out of 25km galleries, about 5km which are opened to public. Mula-mula dia bawak dengan train, lepas tu jalan kaki along the cave, nak balik baru naik train semula. 

Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
Dalam gua

Masa naik kereta api tu akan ada kamera pihak gua ambilkan gambar. So, make sure korang senyum jeeee sepanjang atas kereta api tu haha. Tapi, mahal sangat €8 sekeping. Kalau saya, memang tak beli. Depends... kalau korang rasa berbaloi, beli je. Saya selalu wonder apa diorang buat dengan gambar yang tak terjual ni. Daripada jual dengan harga mahal macam tu dan tak ramai pun yang beli, baiklah jual harga yang reasonable sikit. -_-'

Tour ni dalam sejam setengah. Pada saya, memang berbaloi dengan harga dia. In case kalau korang nak lawat Predjama Castle sekali, ada pakej nya jugak. 

Cuma castle & cave ni hanya ada shuttle masa peak season in which summer macam tu. Selain dari summer, either kena jalan kaki / naik teksi. Saya dah puas tengok castle kat Bled dan Ljubljana, so I think I can skip this one.

 Kat sini, saya kongsi beberapa lagi gambar dalam gua.

Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
Stalactites


So many things I learned from the tour :)

I asked the tour-guide about bats. Sebab gua Malaysia kan banyak kelawar. Tapi, katanya, kelawar tak dapat hidup kat gua sini sebab sejuk. Masa tour ni pun, suhu bawah tanah dalam 10 degree Celcius. 

Ada satu soalan comel dari seorang budak kecil ni. Dia tanya macam mana dalam gua ni tak gelap, memang ada cahaya semula jadi ke? Tour-guide pun senang hati jawab. "Ni lampu kita pasang, nanti gelap tak nampak apa-apa. Kalau gelap, susah nak jalan. Nanti jatuh atas batu, sakit..." Entahlah, rasa comel!


Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
Moreeee stalactites

Stalaktit dan stalagmit ialah mendapan calcium dari air yang bertakung dan menitik dari atas gua. Dia akan memanjang dalam 1cm dalam masa 100 tahun!

Pillar vs curtain

Pillar ni stalaktit, stalagmit yang rupa macam tiang. Curtain ni pulak bila stalaktit terjadi pada masa yang sama bercantum dengan dinding gua. Dalam gua kita boleh tengok stalaktit / stalagmit tu dari pelbagai warna. Kenapa? Perbezaan mineral dalam air yang menitik tu - ada iron, aluminium etc. Kalau banyak aluminium, stalaktit tu akan jadi lebih gelap.


Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
This is called pillar!

Gua ni sentiasa basah, salah satu sebabnya ialah hujan. Satu lagi sebab ni bawah tanah, banyak air bertakung kat permukaan tanah tu. Memang best bila pegang dinding gua. Sejukkkk. Mungkin ni la konsep labu sayung & tembikar kot. Air dalam labu kan sejuk2. Even tembikar ni ibarat peti sejuk zaman dulu2 kan? Orang Korea pun banyak letak makanan dalam tembikar.


Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
Tiny version of stalactites.

Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
This looks...euw?

Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
Macam gigi.

Binatang yang famous dalam gua ni ialah white salamander. Ala-ala biawak kecil. Tapi sebenarnya dia amfibia yang buta. Albino pun iye jugak.


Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
Saya takde ambil gambar salamander haha. Nah, gambar google je



Still ingat saya ada cerita saya berjalan dekat sungai luar gua ni?

Di penghujung gua, ada bunyi air mengalir. Rupa-rupanya air yang di gua tu bertakung menjadi sungai. Dan sungai ni la yang mengalir ke luar. Awesome kottt.

Disebabkan lagi best kalau korang dapat rasa sendiri suasana dalam gua, saya dah compilekan jadi video. Jangan expect video ni best macam travelog sebelum-sebelum ni taw. Itu orang hebat yang buat. Haha.




160825
SS, Perak, Malaysia

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.