Kelebihan Menziarahi Orang Sakit

August 9, 2016

Rasanya, dalam subjek Pendidikan Islam dulu ada diajar adab-adab menziarahi orang sakit. InsyAllah yang ni, saya share dalam post seterusnya. 

Sepanjang saya berada di hospital, rata-rata setiap hari ada yang datang melawat abang saya di wad. Boleh katakan, hmmm sehari dalam sekurang-kurangnya 15 orang. Pada saya, orang yang datang melawat / menziarahi ni Allah kirimkan rezeki melalui mereka terutamanya doa. 

Sunset Hospital Ipoh image
Sunset dari Hospital Ipoh.



Sunat untuk kita menziarahi orang sakit dan digalakkan dalam Islam. Ada 2 hadis yang nak saya kongsikan kat sini tentang menziarahi orang sakit.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:"Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70 000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70 000 malaikat mendoakanya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik paa bila-bila masa." (Riwayat at-Tirmizi)


Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa belia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Kewajibab seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)




Mengeratkan silaturrahim.

Menziarahi orang sakit ni dapat mendekatkan yang sedia ada dekat dan merapatkan yang jauh. Senang kata, mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita. Kadang-kadang, di tempat orang sakit itulah kita dapat berjumpa dengan orang yang bertahun lamanya tak bersua muka kerana sibuk dengan hal masing-masing.


Kebergantungan (tawakal) kita pada Allah.

Pada saya sendiri, melalui menziarahi orang sakit, kita sedar yang kita tak berkuasa untuk mengubati semuanya. Doktor jururawat ialah sebagai pengantara untuk apply semua ilmu perubatan yang kita tahu sendiri semua ilmu tu datangnya dari Allah. Kan? Kita sebagai hamba Allah, memang hanya pada Dia kita berserah dan memohon doa. 


Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

Selain tu, saya teringat tentang 5 perkara sebelum 5 perkara, yang salah satunya ialah sihat sebelum sakit. Biasa sangat dengar kan, tapi nak hayati tu ambil masa dan keadaan jugak T__T

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara image
Credit - http://alinscartoon.blogspot.my/

Rujukan:
Pamphlet Adab-adab Menziarahi Pesakit Menurut Perspektif Islam
Bahagian Pendidikan Kesihatan,
dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Agama Islam, Hospital Sungai Buloh

160809
SS, Perak, Malaysia

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.