Bas dari Bled sampai di Ljubljana nak dekat pukul 3 petang. Terus berjalan ke Hostel Vrba untuk check in, letak bag, solat yadayada. Kelakarnya kat hostel ni, bilik mix ramai je orang tapi kat female dorm takde sapa. Sebelum ni saya pernah share tentang susahnya nak cari hostel yang offer female dorm kat Bled. Bukan setakat Bled, kat Ljubljana pun female dorm ni limited. Saya jumpa Hostel Vrba je yang kosong masa tu. Cuma, jauh betul dari stesen bas.
Strolling around the city. |
My travel app companion |
Basically saya duduk seorang dalam dorm 7 katil! Haha. Memang happy jugak sebab boleh pasang alarm dengan senang hati, bukak music kuat-kuat, semua plugs saya conquer. Sebelum ni mujur mampu bangun subuh without alarm. Rasa bersalah nak kejutkan orang pukul 4-5 pagi, masa macam ni memang backpackers lain tengah nyenyak tidur. Bila share bilik dengan orang, kena respect jugak.
Big enough for only 1 person! |
So, lepas settle down kat hostel, orang hostel suggest naik castle. Weather cantik sangat katanya. Okay why not. Tempat menarik kat Ljubljana ni tertumpu sepanjang sungai Ljubljanica. Ini part menarik, sebab jalan je sepanjang sungai.
Ljubljana ni ibu negara Slovenia - kecil je negara ni. Penduduk pun tak ramai mana, dalam 2 juta lebih. Dikatakan Ljubljana ni antara bandar yang paling selamat di dunia - kecuali satu crime yg common; curi basikal. Tapi rasanya tak boleh lawan Amsterdam kot part basikal hilang ni. T_T
Nak jalan-jalan dalam bandar ni pun senang, sama ada jalan kaki or naik basikal. Bas ada tapi macam tak berbaloi je sebab walking distances semua attractions.
Unik pokok ni. |
Ada yang kata Ljubljana ni little Amsterdam / Venice. Boleh lah.... satu sungai je tapi, kalau nak banding dengan canals Amsterdam / Venice tu. |
Rasa pokok ni cantik. Lol. |
Cuaca cantik sangat, ramai orang jalan-jalan keluar. Lagi-lagi ni malam Easter kalau tak silap. |
Jumpa satu pasangan masa mintak ambikkan gambar. Mungkin nampak obvious kot yang saya solo-travel, bersembang lah kejap.
"So.. you are travelling alone?"
"Yeah."
"Scared?"
"Not really. There are many nice people here so far."
And memang betul Ljulbjana ni, penduduk dia agak mesra pelancong. Tak tahu la mungkin faktor kali ni kena rely on diri sendiri for most things so memang banyak communication dengan local people. Paling rasa bersalah tapi okay je bila part ambik gambar ni. Haha kalau dapat solo-traveler jugak, dia selalunya faham dan dia akan tolong ambik gambar banyak-banyak. Angle pun berbeza. Lol
Castle di kejauhan. |
Sebenarnya saya sesat cari jalan nak naik ke castle ni. :D Punya lah confident berjalan, dah jauh baru saya perasan saya terlepas laluannya. Patah lah balik. Haha.
Jalan nak naik castle. Orang yang tak reti pose lain. Pose baik je lah. |
Laluan mendaki okay je, not that steep. Tapi still mencabar, walaupun saya pakai kasut hiking winter, tapi saya rasa lagi selesa pakai sport shoes kot.
Tak ramai orang pun. |
Dari atas castle.. castle la antara viewpoint best sebab selalunya terletak atas bukit. |
Flag of Ljubljana |
Courtyard - inside the castle. |
Castle ni letaknya atas Castle Hill, tinggi lebih kurang 360 meter. Asalnya dibina untuk kubu pertahanan tapi lepas tu baru start jadi istana. Tapi fungsi bangunan berubah-ubah ikut siapa yang menguasainya. Kejap jadi penjara, barracks, hospital tentera etc.
Tahun 1900an, bangunan ni dibeli oleh 'Majlis Bandaraya' Ljubljana. Cadangnya nak dijadikan muzium tapi sebelum tu, bangunan ni sempat dijadikan tempat tinggal orang-orang miskin sampai 1963. Lepas tu, barulah direnovate jadilah macam sekarang.
Dan, sekarang jugak castle ni dijadikan tempat untuk any cultural events ataupun wedding ceremonies. As long as it is used (tak ditinggalkan macam tu je), I think it is more than enough.
160327
Ljubljana, Slovenia
160821
SS, Perak, Malaysia