Sejauh Mana Kita Hidup Dengan Rukun Negara?

August 31, 2016

Hari ni 31 Ogos. MERDEKA!

Wahaha, serius tak sedar cepatnya masa berlalu. Terasa baru semalam melangkah ke bulan Ogos, dan sekarang dah di hujung Ogos. Ehemmm.

Bulan Ogos ni terasa istimewa untuk saya. Mungkin sebab saya ni August baby, kot. :D Haha

Banyak negara jugak sebenarnya ada hari merdeka bulan Ogos ni. (reference)
9 Ogos - Singapore
14 Ogos - Pakistan
15 Ogos - Republic of Congo, India, Korea
17 Ogos - Indonesia
19 Ogos - Afghanistan
20 Ogos - Hungary
31 Ogos - Malaysia (now, I'm confused. Nak letak Tanah Melayu or Malaysia?) 

------------------------------

Back to the topic.



When I saw the title, I tried to say out loud the Rukun Negara. Nak tengok, diri sendiri ingat ke tak. Alhamdulillah, segan jugak kalau tak ingat. Tak ingat current rhythm lagu Perak pun dah cukup memalukan T_T

Haa, korang cuba recite Rukun Negara.
Haha.

Kalau tak silap saya, saya tahu Rukun Negara ni masa sekolah rendah. Ala, belakang buku tulis sekolah kan ada Rukun Negara ni. Tapi, hafal setakat macam tu je lah. Takde nak hayati bait-baitnya. Tapi, bila dah besar ni, so many things I need to think. Setiap apa yang kita buat tu, kena consider kesan baik dan buruknya.

So... that's what happen to me when I watch this Rukun Negara's video.

Sejauh mana kita hidup di negara kita ni dengan acuan Rukun Negara?

Acuan.... hmmm a bit 'over' for me, sebab dah terbiasa dengan 'kita kena hidup dengan acuan Al-Quran' - which is the best way of life for Muslims. Tapi, sebab kita hidup dalam zaman penuh nationalism, negara tu pun penting untuk kita.

Let's go through our Rukun Negara.
Kita try ambil iktibar dari kehidupan seharian kita je la ye.



1. Kepercayaan kepada Tuhan

Rata-rata orang Malaysia ni berpegang pada agama, maknanya kita percaya wujudnya satu kuasa besar yang kawal, jaga, bimbing kita semua. Tuhan. Rukun ni diletakkan yang pertama sekali sebab well, memang Tuhan should be at the first place in our life. Kan? Rukun Iman dan Rukun Islam pun meletakkan Allah kat atas sekali.

How religious are we?
Sejauh mana kita ikut peraturan yang Allah tetapkan?
Sejauh mana kita buat apa yang Allah suka dan tinggalkan apa yang dia larang?

Sejauh Mana Kita Hidup Dengan Rukun Negara?
Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara

I used to adore kerabat diraja until one day, I do believe they are just human like we are.

Bukan nak menidakkan institusi diraja, tapi saya harap sangat kalau institusi diraja dapat gunakan pengaruh yang ada untuk keamanan, ketenteraman sejagat. I am not into politics, but I do hope someone who has appropriate power to bring up all those complaints from the common people to the government.

Dari apa yang diajar, negara kita amalkan demokrasi berparlimen. Apa yang saya faham, Raja-raja Melayu ni jadi ketua adat dan agama Islam sahaja. Cumanya, kalau kerajaan dah terang benderang buat salah, siapa yang layak menegur? Rakyat marhaen yang dipandang sebelah mata pun dia tak kisah.

Kesetiaan kepada Negara... jaga nama, maruah negara. We are little ambassadors of Malaysia, right?


3. Keluhuran Perlembagaan

Sekali lagi, I don't remember much about constitution. Saya cuma tahu perlembagaan ni undang-undang paling tinggi dalam negara dan ada banyak perkara. Ni kira satu rujukan untuk apa-apa tindakan sebelum dilaksanakan.

See, now I realised how bad am I as a Malaysian not to have general knowledge on this!

Kita tepek sekali kat sini.


  • Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
  • Bahagian 2 - Kebebasan asasi
  • Bahagian 3 - Kewarganegaraan
  • Bahagian 4 - Persekutuan
  • Bahagian 5 - Negeri-negeri
  • Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
  • Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
  • Bahagian 8 - Pilihanraya
  • Bahagian 9 - Kehakiman
  • Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
  • Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
  • Bahagian 12 - Am dan pelbagai
  • Bahagian 12A - Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak
  • Bahagian 13 - Peruntukan sementara
  • Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
  • Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja
(reference - Wikipedia)

4. Kedaulatan Undang-Undang

Untuk ni, kena refer rukun ketiga kot? Sebab undang-undang dibuat berpandukan perlembagaan kan? 

Cumanya, pihak / orang yang bersalah, tolong lah hukum 'sewajarnya' tak kira pangkat dan status. Orang kurang kemampuan bila mencuri sampai kena masuk penjara, padahal yang rasuah....I agree that nak buat pertuduhan tu susah, kena kumpul bukti dulu. But, still....

Pernah ada pengalaman sendiri, bila orang pecah masuk rumah, tuan rumah yang dipersalahkan sebab biar rumah dikelilingi semak samun jadinya orang keliling tak perasan pencuri masuk. Like... what? 
Semak samun tu atas tanah orang lain, dah kenapa kita yang nak clearkan? 

Belum masuk tuan rumah dipersalahkan sebab tak pasang grill kat tingkap, sebab tu pencuri senang masuk.

Sejak hari tu, saya buat konklusi... Malaysia belum selamat selagi pintu tingkap rumah wajib pasang grill. 

Kenapa tak cari perompak ke lubang cacing?
T__T


Sejauh Mana Kita Hidup Dengan Rukun Negara?
Evening drive. 


5. Kesopanan dan Kesusilaan. 

Apa beza kesopanan dan kesusilaan?

Saya pun tak pasti. Tapi kedua-duanya berkait rapat dengan personaliti dan tingkah laku.

Kita renungkan bersama...

Adakah kita masih buang sampah keluar tingkap kereta?
Adakah kita masih menggunakan bahasa kotor yang kurang enak didengar?
Adakah kita mampu mengawal marah dengan tak bertindak luar kewarasan?
bla bla bla.





------------------------------

Hehe, sorry lah, terasa berat pulak tajuk ni. Tapi, kita dah hidup lama dengan Rukun Negara, saya rasa dah masanya kita reflect balik macam mana Rukun Negara ni bagi pengaruh dalam hidup kita. 


p/s - currently inspired by Aiman Azlan to update my blog frequently. One post a day looks hard though.
p/s/s - 3 days left.

SS, Perak, Malaysia
160831

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.