8 Perkara Untuk Renungan Bersama Sebelum Ibu Bapa Pergi Selamanya

October 21, 2016

First of all, this is actually a Whatsapp message forwarded by my beloved cousin, Fa. We are very close to each other since baby, especially when we are both the only daughter in the family. Trust me, I have a lot of male cousins, maybe that's why I am not that feminine T__T

Oh yea, I edited the spelling and rephrased the points to suit my blog yea. And it will be in Malay. :)

8 Perkara Untuk Renungan Bersama Sebelum Ibu Bapa Pergi Selamanya
Missing them. :)


-------------------------------------------------------

TIPS UNTUK ANAK-ANAK SUPAYA TAK MENYESAL BILA MAK AYAH DAH TAK ADA

  • Duduk dekat atau jauh dari mak / ayah, luangkan masa sebanyak mungkin dengan mereka. Call lah selalu. Sekurang-kurangnya tanya khabar mereka. Kalau yang mak ayah pandai guna smartphone, rajin-rajin la PM / ajak berborak kat dalam group.
  • Mak / ayah nak atau berkenan barang-barang anda? Bagi! Biar kita beli lain pun takpe. Biasanya mak ayah kita kalau nak apa-apa, mereka tak akan cakap secara direct. Mereka akan berkias, contohnya macam "Selesanya pakai kasut kamu ni...". Haa.. Dia berkenan la maknanya tu.
  • Bagilah duit belanja kat mak ayah walaupun RM50 sebulan. Berkat tau rezeki yang kita dapat bila kita berkongsi dgn mak ayah.
  • Peluklah, ciumlah pipi mak ayah kita sementara mereka masih ada. Bila mereka dah takde satu hari nanti, mesti kita akan rindu peluk cium mereka.
  • Bahagiakan mak ayah selalu. Buat mereka tersenyum dan senang hati. InsyAllah doa mereka untuk kita akan sentiasa mengiringi.
  • Selalulah selfie / wefie dengan mak ayah kita. Rakamkan setiap detik terindah supaya ada gambar  / video kenangan kita dengan mereka sebanyak-banyaknya. Bila mereka dah takde, gambar-gambar tu lah yang akan jadi pengubat rindu.
  • Mak / ayah sakit? Inilah klimaks kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapa. Ikhtiarlah untuk sembuhkan penyakit mereka dengan apa cara sekalipun selagi berlandaskan Islam. Cari ubat & cara rawatan terbaik. Masa kita kecik dulu, bintat bekas kana gigit nyamuk pun mak ayah kita kalut nak sapu ubat. Takkan kita sanggup nak tengok mak ayah tanggung sakit, kan? Kita tak tahu mungkin sakit itu akan jadi sebab untuk mereka tinggalkan kita. InsyaAllah kita tak akan rasa terkilan sekiranya hayat mak ayah kita tak panjang sebab kita dah berusaha yang terbaik untuk mereka.
  • Selalu mintak maaf dan memaafkan mak ayah kita walau apa sekalipun yang mereka buat pada kita. Kita kena ingat, mereka juga manusia biasa. Kerana jasa mereka lah kita dapat tengok dunia dan jadi manusia berjaya.

Kepada yang masih ada mak ayah, amalkan tip-tip yang saya share ni. InsyAllah, anda tak akan menyesal kemudian hari.. :)

Adakala, masa mak ayah masih ada kita jadi alpa. Sehinggalah kita kehilangan salah seorang daripada mereka. Masa tu, kalau ada duit berjuta sekalipun, kita takkan mampu untuk mengundurkan masa.


-------------------------------------------------------

I love this kind of forward messages on Whatsapp. They do not involve any hadith that I need to check before spreading it. And they are not "mesej berangkai" which say you will get pahala if you spread this, you will get sins if you don't. 

May Allah bless us :)

Salam Jumaat, semua. 

HK, Czech
161019

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.