Apa Yang Kita Akan Dapat Dari Istighfar?

October 28, 2016


Istighfar ni zikir yang kita selalu buat setiap hari kan? Rasanya semua orang pun tahu apa maksud 'Astaghfirullah' kann?


I've been reading surah Nuh yesterday. Ni surah ke 71, kalau dalam Quran boleh bukak page 570-571. Pendek je surah ni, banyak ceritakan kisah macam mana dakwah Nabi Nuh yang tak ramai orang nak terima dan macam mana Nabi Nuh minta Allah bagi balasan setimpal pada kaumnya. 

InsyAllah tak nak pergi dalam pasal sebab turunnya ayat semua tu sebab tu jauh dari bidang saya. I read few descriptions tapi tak sesuai la kot nak share public macam ni sebab nanti salah tafsir, haru jadinya.

Tapi, bila kita baca Quran, haruslah kita ambil tahu maksud ayat-ayat yang kita baca dan reflect diri sendiri. Konsep ni namanya tadabbur. 

image for the power of istighfar
So much things given by Him. :)



Few weeks ago, ada kawan berkongsi pasal the power of istighfar ni. Dan bila come across ayat 10-12 surah Nuh, memang teringat apa yang pernah kawan saya kongsikan tu. 

image for Surah Nuh - Istighfar
Screenshot

Dalam ayat 10, cuba bayangkan, katakan lah ayat tu tergantung je 'Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu' pastu takde sambungan 'sesungguhnya Allah Maha Pengampun'. Sedih tak bunyi dia? Like, kita beria-ia nak mintak seseorang maafkan kesalahan kita pastu orang tu tak respon apa-apa pun. Tak kisah la sama ada dia nak maafkan ataupun nak reply, 'you should try harder' ke kan. 

Masa baca ayat ni, memang kepala flashback apa yang saya buat sepanjang minggu ni sekurang-kurangnya. Memang sekarang ni struggle sikit nak study. Bangun pagi buku, makan buku, baring buku, tidur pun mimpi buku. Tapi bila penat study dan nak take a break...what have I done? Rasanya benda yang tak bawak saya kepada Tuhan pun. 

Sebab tu agaknya kita kena istighfar selalu kot, sebab memang lah manusia ni selalu buat silap. 

Bila go through ayat 11 tu pulak. 

Hmmm, honestly saya kurang minat sangat hujan kat Czech sebab sini dah sejuk, gloomy. Bila hujan ya Allah bertambah-tambah gloomy yang rasa nak selubung bawah duvet je. Study pun atas katil sampaikan 'pedometer' kat phone tu KOSONG - betapa tak bergeraknya saya. 

Tapi bila kenangkan Malaysia, heaven kalau hujan. Ibarat menyejukkan hari yang panas. Dan macam yang kita semua tahu, hujan tu bawak rahmat kan? Dan berdoa masa hujan pun antara masa doa mustajab. Hujan ni satu bentuk rezeki Allah nak turunkan, menyejukkan bumi, bagi basah tanah yang kontang, pokok-pokok boleh hidup. Kalau kat sesetengah pedalaman, air hujan ni source utama stok air kampung tu. T_T

Dalam ayat 12 pulak, wah lagi banyak Allah nak hadiahkan pada kita dengan istighfar. 

Harta.

Ni macam keperluan semua orang kot. Tak kisah la harta berlebihan untuk kehendak, sebab harta pun diperlukan untuk hidup. Nak beli makanan perlukan duit, nak bergerak sana-sini pun perlu duit. Cliche lagi, money is not everything but everything needs money. 

Anak.

Mungkin sebagai orang belum berkahwin, saya tak rasa lebih part ni. Tapi bila kehilangan abanglong baru-baru ni, sebak sangat saya rasa bila mak ayah cakap yang diorang dah hilang satu saham kubur dan akhirat. T_T Kan doa anak-anak yang soleh ialah bekal untuk orang yang dah pergi kan? Untuk yang belum kahwin ni, ayuhlah usaha untuk kejar 2 bekal lagi - sedekah jariah & ilmu yang bermanfaat. 

image for 3 amalan selepas meninggal
Source - Google

Kebun-kebun serta sungai-sungai untukmu.

Mungkin hati saya yang dah gelap sebab bila baca ayat ni, dah tak rasa getaran pun. 
Mungkin dah selalu sangat dengar keindahan alam kat dunia ni ibarat berapa perpuluhan peratus je syurga sebenar kat akhirat.

Tapi bila baca ayat 'untukmu'. Terasa lain. Ibarat kebun tu kita punya, sungai tu kita punya. Berapa orang je dalam dunia ni yang ada sungai sendiri? I have no idea.


Cuba bayangkan ni sungai kitaaaa. MashaAllah!




----------------

Quran ni kadang-kadang macam buku cerita, banyak sangat pengajaran yang kita boleh ambil dari surah-surah yang Allah turunkan. 

I'm learning to improve myself into a better person. Jom sekali? :)

p/s - selamat berhujung minggu, semua :D

HK, Czech
161028


Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.