Mengimbau Kenangan

April 1, 2017


Wah, terkejut tak bila nampak post kali ni bukan dalam English? :D

Ada lagi soalan-soalan Sunshine Blogger Award yang belum selesai dijawab sebenarnya. Memandangkan kali ni soalan dari Muteq dalam bahasa Melayu, jadinya post ni pun dalam BM. :) Saya pun dah tak ingat sejak bila dan macam mana kitorang mula baca blog masing-masing. Hee.



1. Pernah buat nakal kat sekolah tak? Korang buat apa?
Jujurnya saya budak baik lagi berdisiplin masa sekolah. Jujur. Hahaha. 

Saya sama sekolah dengan ayah ataupun mak (banyak sangat pindah sekolah). Tak siap kerja sekolah pun, cikgu report kat mak ayah. Itu belum masuk kalau tak aktif dalam kelas, lambat masuk kelas lepas rehat yada yada. Saya pun tak faham, kenapa cikgu-cikgu lain suka report. Haih. 

Lepak tepi longkang lepas habis sekolah sambil kupas kelapa kering kat pagar rumah terbiar pun mak ayah boleh tahu. Ppffttt. 

2. Pernah buat mak korang menangis / marah tak? Apa jadi lepas tu?
Hmm pernah. Dan ni pun satu sebab kenapa orang nampak saya baik je. Kadang-kadang sebab benda kecil je... lagi-lagi age / generation gap, pemikiran berbeza sikit. Setiap kali 'lawan' cakap mak, tunggu la balasan. Tak payah tunggu lama, memang selalunya on the spot. 

Jatuh longkang. Jatuh dalam lubang sampah yang api tengah menyala-nyala. Nyaris kena langgar dengan motor. Plug charger laptop patah. Flask air pecah T___T 

Itu yang sekarang ni, nak buat nakal pun minta izin mak ayah. Haha. Biasanya diorang redha je dan melepaskan anak perempuan diorang ni buat macam-macam. As long as they know and well informed. 


Memori dengan mak ayah masa Europe Trip | Brussels, Belgium.

3. Apa cita-cita waktu kecik? Masih sama?
Petani moden. 

Ya Allah, masa belajar Kajian Tempatan pasal cara-cara tumbuhan membiak tu, the best feeling ever rasanya masa kecil. Semua cara nak cuba, serius halaman rumah sewa saya sekeluarga yang kecil tu memang penuh dengan pokok.

Kacang hijau boleh tumbuh atas kapas yang basah tu pun dah boleh buat saya kagum. Belum masuk pokok ubi kayu yang ingatkan boleh makan daun je, lepas tu masa nak pindah rumah... ayah korek tanah sebab nak ambik ubi bawah tu. Pokok setawar pun, kangkung yang boleh menjalar kat pagar, semua jenis kekacang (kacang panjang, kacang bendi, kacang botol). Pokok durian pun saya pernah tanam (masa ni atuk tolong jagakan).

4. Nanti dah besar nak stay mana?
Fuh, susah soalan ni.

InsyAllah yang pasti, saya stay Malaysia. Setakat ni lah...insyAllah. Tak tahu la kalau nanti migrate tu lebih baik. -_-'

So, goodbye frozen Labe. 

5. Buku apa yang paling best pernah baca?
Quran.

Lagi-lagi bila jumpa verses yang fuhhh menusuk kalbu.

6. Lagu paling best?
Hmmm. Entahlah nak jawab macam mana. Saya jenis dengar semua lagu (except geng head-banging). Lagu tenang-tenang okay je. 

7. Movie paling best? (Nampak tak aku malas nak buat soalan baru? Haha.)
Haha. Ni satu lagi soalan entahlah nak jawab macam mana. Saya prefer yang romantic comedy kot. I am okay with heavy movies, macam yang perlu fikir banyak asalkan jangan ganas sangat lah. Potong kepala, tembak sana-sini...sakit jantung. T_T

8. Apa harapan untuk Malaysia pada masa akan datang?
Perangi rasuah dan orang-orang yang mengetuai Malaysia masa tu akan cuba letakkan semua perkara pada tempatnya - adil la senang kata. 

9. Kalau mati nanti nak tinggalkan apa?

Memandangkan belum fasa berkeluarga untuk dapat bahagian anak yang soleh tu, saya akan usaha kerja lebih untuk dua yang lain tu. Ada beberapa idea dalam rancangan hidup dan blog ni pun harapnya salah satu medium bermanfaat yang saya akan tinggalkan. 

10. Nak buat apa dalam hidup ni?
Banyak bendaaaaa. :)

Cuma, kena selalu ingatkan diri dengan tujuan hidup. Menjadi 'abid dan khalifah atas muka bumi. 

'Abid = hamba yang patuh pada Allah. Allah tak halang pun kita nak buat apa sahaja yang kita nak, asalkan tak langgar syariat. 

Khalifah = wakil / pemimpin. Mungkin nak jadi pemimpin dunia tu... jauh sangat impian tapi sekurang-kurang kita kena jadi pemimpin untuk diri kita sendiri.


11. Nak mati macam mana?
Fuh, soalan. 

InsyAllah saya yakin semua Muslim nak mati dalam husnul khatimah (pengakhiran yang baik). Ameen.


-----------

Jumpa lagi post akan datang :)

HK, Czech
170330

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.