Okayy, kita sambung dengan point seterusnya yea.
4. Jangan guna tembakau dalam bentuk apa pun.
Tembakau ni dalam English ialah tobacco. Hehe rasa lagi familiar bila guna tobacco -_-' Dan tembakau ni bukan setakat dihisap (dalam rokok, cerut, paip dan seangkatan dengannya) tapi boleh jugak dikunyah. Kalau pernah tengok orang tua zaman dulu, memang banyak dikunyah tembakau... dan biasanya dibalut dengan daun sireh.
Kenapa tembakau ni bahaya? Sebab dia ada nikotin.
Kenapa nikotin ni bahaya? Sebab dia sejenis perangsang... kiranya senang nak addicted.
Dan semua orang tahu berapa banyak bahan berbahaya dalam rokok tu, majoriti boleh menyebabkan kanser. So, dengan nikotin, bertambah-tambah bahaya. Merokok tu sendiri bawa risiko banyak masalah kesihatan, pada semua sistem badan! Dari jantung, buah pinggang, paru-paru etc.
Untuk yang merokok, cuba fahamkan kenapa kena berhenti merokok especially ingatlah keluarga tersayang. Cuba cari alternatif untuk bantu korang konsisten berhenti. Untuk yang teringin nak mencuba. PLEASE DON'T. T_T
5. Elakkan / kurangkan alkohol.
Di Malaysia, alkohol mungkin bukan satu isu utama kerana ramainya beragama Islam. Tapi alkohol sama macam rokok jugak, salah satu risiko untuk dapat banyak penyakit - terutamanya penyakit jantung, stroke, darah tinggi dan juga hati. Hati kat sini saya refer as 'liver' okay? Bukan hati perasaan.
Tapi alkohol pun boleh bagi kesan kat jantung dan hati perasaan sebenarnya. Boleh tengok orang yang sangat bergantung pada alkohol, apa kesan jangka panjang dalam hidupnya - duit habis, masalah kerja, masalah keluarga, masalah sosial, seks bebas.
Untuk perempuan yang mengandung, alkohol boleh bagi kesan pada baby tu T__T Dalam medical kita panggil fetal alcohol spectrum disorder. Bila ada word 'spectrum', maksudnya kesannya luas, boleh jadi tumbesaran, IQ, anggota badan. Anything can happen. Kesian okay bila dari baby dah kena hadap macam-macam dari kesilapan maknya.
6. Kawal stress (untuk kesihatan fizikal & mental)
Stress. Satu perkataan yang tak asing lagi dalam hidup kita.
Yang kalau berterusan tanpa dikawal boleh menyebabkan depression.
Depression is a mental disorder. Memang perlukan rawatan dari segi sokongan dan ubatan.
Dan stress ialah benda yang memang susah nak elak sebab aktiviti harian kita menyumbang kepada stress. Traffic jam, problem tempat kerja, kos hidup yang mendesak etc.
Tips:
- Dari agama, solatlah. Kalau masyarakat tak beragama (macam kat Czech dulu) buatlah apa-apa meditasi, yoga dan sebagainya.
- Dengar muzik yang menenangkan.
- Tonton atau baca bahan-bahan yang kelakar. Benda lawak ni boleh release hormone happy.
- Spend time dengan orang tersayang - tak kisah la bercuti ke, main game ke, tengok movie ke.
- Massage / berehat / tidur
- If it's getting worse, seek help - kaunseling / support group etc.
Till next points :)
SS, Perak, Malaysia
180115